Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
RESEPI SOTONG SUMBAT
TELUR
BAHAN
BAHAN
500 gm sotong
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang
besar, dicincang halus
1 tangkai cili
hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili
merah, buang biji dan cincang halus
1 bawang besar,
dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah
kari ikan2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap
pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk
lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk
secukupnya
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Pukul telur,
separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata. Panaskan satu
sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
Sumbatkan telur ke
dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan. Seterusnya, panaskan
minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
Masukkan rempah
kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan
kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan pula sotong
sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang
besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.
No comments:
Post a Comment