BELUT
Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan
yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4
suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan
pemangsa
Belut tinggal di
dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan
air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m
bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
RESEPI BELUT MASAK
PEDAS
BAHAN BAHAN
500gm belut yang telah dibersihkan
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 biji Cili Hijau
15 Biji Cili Padi
15 Biji Cili Padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
PROSES MASAK
Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan Ikan Belut dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment