Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN GERUT MASAK ASAM

IKAN GERUT
GERUT-GERUT ialah sejenis ikan yang bernilai dari segi komersial – terutamanya di Australia kerana ukuran ikan di sana besar-besar belaka – kerana rasanya yang lemak manis dan boleh dimasak dalam apa cara sekalipun; kari, asam pedas, pindang, lemak cili padi, dikukus atau dibakar dengan pelbagai jenis rempah dan bumbu dan sebagainya.

Lagipun susuk dan warna keperak-perakannya yang berkilau itu menonjolkan keberadaannya di samping ikan-ikan lain yang dipamerkan oleh penjual. Oleh itu, harganya pun agak tinggi.

Bunyi ‘geruuut’ atau ‘keruuut’ ini terbit daripada tabiat gerut-gerut menggerit gigi-giginya yang berada di dasar tekak. Pundi-pundi angin yang berdekatan, yang berfungsi sebagai kotak suara, pula menguatkan lagi bunyi itu. Tabiat ini serupa dengan perlakuan ikan gelama (croaker) jantan yang ‘mengeruk’ seperti katak dek pengecutan pundi-pundi anginnya ketika ia diganggu, ditangkap atau dipancing. (Cerita ikan gelama ini – gelama pisang – sudah disiarkan dalam keluaran BH, 14 Mei lalu.)
RESEPI IKAN GERUT MASAK ASAM

BAHAN BAHAN
2ekor ikan Gerut saiz 200-300gm tiap seekor
3 ulas bawang merah yang dihiris kasar
3 ulas bawang putih yang dihiris kasar
1 biji bawang besar dihiris kasar
5 biji cili merah yang dihiris kasar
5 Biji cili Merah
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.

PROSES MASAK
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan dan air asam jawa sehingga naik bau.

Kemudian masukkan air asam jawa dan lepas tu masukkan ikan gerut  yang telah digoreng tadi.. Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment