Tuesday, December 19, 2017

RESEPI SOTONG MASAK PEDAS

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.


RESEPI SOTONG MASAK PEDAS
BAHAN BAHAN
400gm sotong saiz sederhana 
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 biji Cili Hijau
15 Biji Cili Padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


PROSES MASAK

Potong sotong cara bulat dan bersihkan

Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.


Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan sotong dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.  boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment