Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK KERABU

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
  • 300gm sotong – potong cincin
  • 1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
  • 2 batang serai – dihiris halus
  • 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 ½ biji limau nipis – ambil jus nyer
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. 
  • Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. 
  • Gaul rata dan rasa supaya dapat  masam, manis dan masin mengikut selera. Siap


No comments:

Post a Comment