Udang Lipan, udang
mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis
spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.
Udang lipan atau
stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah
udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai
kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in)
panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di
Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang
kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai
warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia
merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat
kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana
kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang
dan lubang.
RESEPI UDANG LIPAN
MASAK CILI KERING
BAHAN BAHAN
1 Kg Udang Lipan
& Mantis diperap dengan garam dan
kunyit
3 biji cili kering
6 helai daun kari
1/2 sudu kecil
jintan manis (yg belum dikisar)
3 biji bawang putih
ditumbuk
sedikit halia
ditumbuk
sedikit air asam
jawa
PROSES PENYEDIAAN
Goreng udang Lipan
dan ketepikan kemudian Tumis cili kering dan ketepikan
Tumis daun kari dan
jintan manis. Apabila sudah garing, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga
wangi selepas itu Masukkan udang dan gaul biar sebati. Kemudian masukkan air
asam jawa dan sebatikannya. Masak sehingga air asam jawa menjadi pekat.
Akhir sekali
masukkan cili kering yg telah digoreng td. Siap utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment