Wednesday, December 20, 2017

RESEPI KETAM BUNGA MASAK KARI

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae).

Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m.

RESEPI KETAM BUNGA MASAK KARI
BAHAN BAHAN
6 ekor ketam bunga dibelah dua
2 sudu kecil herba campur
4 sudu besar serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
4 cawan santan
2 cawan air asam jawa
Sedikit air Garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baud an selepas itu Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.


Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak.

No comments:

Post a Comment