Kuih keria (atau
kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek
dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin
ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan
gula (gula cair). Kuih ini sering
dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.
RESEPI KUIH KERIA
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar
soda bikarbonat – 1/2 sudu teh
SIRA
GULA MELAKA
2 keping gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
1 sudu besar gula batu
1 sudu besar gula merah
PROSES
BUAT KUIH
Kopek keledek , potong sederhana besar dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk. Angkat keledek , toskan airnya
Lenyekkan keledek kemudian satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Gaul sebati
Bulat-bulatkan adunan dan tebuk tengah macam kuih donat
Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan
PROSES BUAT SIRA GULA MELAKA
Satukan semua bahan dalam kuali dan biarkan sehingga gula berbuih mendidih baru masukkan kuih keria dan gaul semuanya sehingga semua tersalut gula
Agak-agak gula dah mula berat angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis
Pisahkan kuih segera jangan bagi melekat .
Biarkan kuih menjadi sedikit sejuk untuk rasa yang lebih sedap

No comments:
Post a Comment