Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK STIM LIMAU

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
  • 5 ekor sotong saiz sederhana
  • sedikit halia
  • 5 ulas bawang putih
  • daun ketumbar
  • cili padi
  • serai
  • lobak merah/brokoli/apa-apa sayur yang sesuai
  • gula & garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Hiris badan sotong sedikit dengan pisau dan bersihkan sotong.Bunag dakwat sotong
  • Bawang putih tu tumbuk tak berapa halus. Sediakan satu bekas untuk mengukus, campakkan bawang putih dalam tu. Ketuk serai, campak juga dalam bekas.
  • Halia potong halus masukkan sekali. Cili padi tu ketuk juga, bergantung pada masing-masing kalau nak pedas boleh letak lebih.. Lepas tu bolehlah letakkan garam dan gula secukup rasa juga sayuran tadi. 
  • Semua bahan tu dikukus dahulu tanpa masukkan sotong. Dan masukan juga daun ketumbar sekali
  • Kukus lebih kurang 10 minit gitu, baru keluarkan pengukus tu dan masukkan sotong dalam bekas tadi. Dan kukus lagi lebih kurang 5 minit.  Setelah tu dah masak  boleh terus dihidang

No comments:

Post a Comment