IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu
famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada
dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi
permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan
Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.
Ikan Bawal hidup dan berenang secara
berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan
banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar
laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan
yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap
menggunakan pancing dan rawai.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal hitam (digoreng
hingga masak)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung
hirisan nanas, epal, tomato, timun,
cili benggala
BAHAN DIHIRIS
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 biji cili padi
sos cili secukupnya
PROSES MASAK
Panaskan minyak. Tumis bawang besar,
serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga
wangi. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh
tambah garam dan gula jika suka.
Seterusnya, masukkan tomato, nanas,
timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit
bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
Setelah masak, angkat dan tuangkan
kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment