IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu
famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada
dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi
permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan
Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.
Ikan Bawal hidup dan berenang secara
berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan
banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar
laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan
yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap
menggunakan pancing dan rawai.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK TOMATO
2 ekor ikan bawal berat 300gm/perekor
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah inci halia
serai
cili besar merah dan hijau
cili padi (kalau nak pedas)
sos tomato
sos cili
1 Biji Tomato
garam
PROSES MASAK
Lumur ikan bawal dengan serbuk kunyit
dan garam..lepas tu gorengkan ikan tu..jangan sampai garing..buat setengah
masak.ketepikan potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan
hijau dan cili padi. serai diketuk
Tumis bahan-bahan potongan tadi dan
serai..tumis sehingga naik bau. bubuh sos tomato tiga sudu besar , yela dah
namanya masak tomato, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu
besar untuk memekatkan kuah. bubuh sedikit garam
lepas tu, bubuh sedikit air sehingga
masak mengelegak. masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak
tu. Biarkan sementara.dah nampak kuah
pekat bubuh tomato. siap untuk dihidang..
No comments:
Post a Comment