IKAN SENANGIN
Senangin yang biasa terdapat di
Malaysia adalah berwarna silver dan apabila di dalam air dan masih hidup, kita
dapat melihat warna kehijauan di bahagian atas badannya. Warnanya juga berbeza
mengikut habitat dan musim. Mengikut habitat dan waktu tertentu, ada senangin
berwarna silver keputihan dan ada juga yang berwarna putih kekuningan.
Seperti kurau, senangin juga boleh
didapati di kawasan muara, pantai berpasir dan laut berstruktur. Ia jarang
ditemui di kawasan berlumpur. Tidak seperti kurau yang lebih gemar memburu di
dasar, senangin lebih bersifat pemangsa yang mana ia lebih gemar memburu mangsa
di pertengahan air.
RESEPI IKAN SENANGIN MASAK MERAH
BAHAN BAHAN
1 Ekor Ikan Senangin
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar - ikut suka hati jika mahu pedas
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula
PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan terlebih dahulu. Kisar bawang
merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
Masukkan sedikit air dan sos cili kimball.
Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa. Masukkan bawang
yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau
dan angkat. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan. Sedia
dihidang.
No comments:
Post a Comment