Monday, November 13, 2017

RESEPI KERUTUK AYAM KAMPUNG

Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

 RESEPI KERUTUK AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam kampung - potong kecil dan bersihkan
2 batang serai - ketuk sikit
5 Sudu Kecil rempah kerutuk
23 Sudu Besar cili mesin
1/2 cawan kerisik
1 keping gula merah (nise)
Garam, gula secukup rasa
1 cawan santan pekat dr sebiji kelapa
4 biji ubi kentang  - belah 4
Air asam jawa
Daun pandan
Minyak
4 Sekawan

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
12 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
11/2 inci halia - hiris

PROSES MASAK
1. Panaskan minyak dan masukkan daun pandan dulu (utk bg kerutup ni wangi)

2. Masukan  4 sekawan dan bahan bahan  yg telah dihiris

3. Masukkan pula rempah kerutuk yg telah dicampur dgn sedikit air, cili mesin dan air asam jawa dan biar sehingga naik minyak baru masukkan ayam kampung dan santan

4. Bila dah mendidih dan ayam dah separuh empuk, masukkan kentang, gula melaka dan garam serta perasa. Biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan kerisik . Masak menggunakan api sederhana

Siap dan hidang

No comments:

Post a Comment