Thursday, November 16, 2017

RESEPI SOTONG MASAK SAMBAL MERAH

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.


BAHAN BAHAN
1kg sotong - dipotong dan dibersihkan
3 biji bawang besar - dibelah 4
3-4 keping asam keping
Perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5-6 sudu besar cili kisar
Belacan secukupnya
Sedikit air

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing

Masukkan sotong dan biarkan seketika

Masukkan perasa dan asam keping.Biarkan hingga mendidih

Akhir sekali,masukkan bawang besar yang dibelah.Biarkan hingga bawang agak layu dan boleh tutup api

siap untuk dihidang..

No comments:

Post a Comment