Gulai ialah
masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan
utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil
masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan.
Gulai
berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya
di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang
Minangkabau.
Kini
terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah
ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan
serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini
berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa
mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.
BAHAN BAHAN
800gm udang besar
2 cawan santan
200 gm kacang panjang
3 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit
3 sudu besar minyak utk menumis
garam dan sedikit gula
BAHAN KISAR
3 tangkai cili merah
15 tangkai ciliapi
3 cm lengkuas
2 batang serai
3 ulas bawang merah
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
sehingga naik minyak.
Masukkan santan dan asam gelugor. Masakkan
sehingga naik minyak dan pekat.
Bila pekat masukkan udang, kacang panjang,
garam dan daun kunyit.
Masakkan sehingga pekat dan udang masak betul.
No comments:
Post a Comment