Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan
sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali
sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci)
diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes ,
mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan
darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada
hitam (buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada
putih (benih masak kering).
Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan
boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam
adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada
tanaman dunia pada tahun 2008.
RESEPI SOTONG MASAK LADA HITAM
BAHAN BAHAN
500 gm sotong sederhana besar (dipotong
kecil)
1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
1 biji tomato - dibelah 6
Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada
hitam sudah masin)
BAHAN TUMIS
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan
bahan tumis hingga layu.
Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad
hitam, kacau sebentar.
Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap
sambil dibalik-balikkan. Masukkan garam secukup rasa.
Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap
untuk hidangan.
No comments:
Post a Comment