Sambal ialah
sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan
bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah
salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai
kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI SAMBAL TELUR BERLADA
6 biji telur
1/4 cwn air asam jawa
1 labu bawang besar-potong bulat
gula dan garam secukup rasa
air jika perlu
minyak utk menumis
BAHAN BAHAN KISAR
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah/hijau
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis- buang kotoran dan cuci
sedikit belacan
CARA PENYEDIANNYA
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan
bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan
kisar dan gaul rata. Kacau dan masak
hingga terbit minyak
2. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Gaul
rata dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masak guna api sederhana
je
3. Pecahkan telur satu persatu tapi jangan
bertindih ya. Kecilkan api dan biarkan telur separuh masak. Kemudian barulah
terbalikkan sebelah lagi perlahan lahan
4. Bila dah masak sempurna dan cukup rasa, tutup
api dan bolehlah di hidangkan.Sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih
panas
No comments:
Post a Comment