Thursday, November 16, 2017

RESEPI NASI GORENG PEDAS

Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.

Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.

Bagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan telur sebagai bahan utama.


BAHAN BAHAN
1 mangkuk besar nasi
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili kisar
2 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan cili kisar hingga cili garing

Masukkan telur dan biarkan sebentar

Masukkan nasi dan gaul hingga rata.Tambah garam secukup rasa.

Biarkan atas api sederhana dan sesekali dikacau hingga nasi masak elok dengan rasa yang sepatutnya.

siap dihidangkan dengan menu iringan..

No comments:

Post a Comment