Thursday, November 16, 2017

RESEPI KERUTUK TELUR



BAHAN BAHAN
10 biji telur ayam
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar - potong 4
2 bj cili merah - belah 2
nisan/gula melaka
garam
minyak
1 btg kulit kayu manis 
3 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawing

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin

2. Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan yang kisar. Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.

3. Masukkan telur  yang telah direbus dam dikupas dan gaul sebati. Biarkan rempah mesra kat telur dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air. Biarkan hingga mendidih. Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.

4. Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik. Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah dua.

5. Masaklah hingga telur dan kepekatan yg disukai.Hidangkan panas.

1 comment: