Thursday, November 16, 2017

RESEPI SOTONG ORIENTAL

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN
500g sotong - dibersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & toskan
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah- dihiris
3 ulas bawang putih- dicincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau-dihiris
5-6 biji cili padi

PES / SAMBAL
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu kecil rempah kari ikan
11/2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil sos ikan
6 sudu besar air panas

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.

Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biarkan lebih kurang 3 minit.

Masukkan sotong dan cili hijau. kacau rata. Masukkan garam(jika perlu) & gula dan masak 5 minit. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment