Rendang
adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada
masyarakat Melayu, bersantan dengan daging lembu sebagai bahan
utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun
limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia
dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau
ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan
bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.
BAHAN BAHAN
1 kg hati lembu
250ml santan pekat
2 batang serai - diketuk
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
Perasa
BAHAN KISAR
2 bungkus serbuk kari
3 ulas bawang besa
4-5 ulas bawang putih
Halia
PROSES MASAK
Kisar bahan
untuk dikisar dan masukkan ke dalam kuali bersama hati lembu. Biarkan hingga
mendidih.
Masukkan
santan, serbuk lada hitam,serai dan bahan perasa.Biarkan hingga masak boleh
ditambah sedikit air jika tidak suka kuah terlalu pekat
Bila dah
masak,boleh lah dihidangkan mengikut kreativi masing-masing
No comments:
Post a Comment