Kacang buncis merupakan sejenis sayur kekacang yang
berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protein. Ia dipercayai berasal dari
Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah
Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada
tumbuhan sekelurga dengannya.
Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai
akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.
BAHAN BAHAN
300 grm buncis
2 batang carrot
200gm udang saiz medium atau besar
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos nampla
Garam secukup rasa
PROSES MASAK
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus ,
potong sayur buncis, cendawan shitake dan Lobak merah.
2. Bersihkan udang dan buang semua kulit serta
kepala . Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang biar
sampai layu. Masukkan udang , sos tiram , minyak bijan , sos nampla dan lobak merah , kacau sampai udang separuh masak
3. Masukkan buncis dan cendawan. Terus kacau
supaya semua bahan mesra dan boleh la dirasa sayur ni kalau kurang masin baru
la ditambah garam dan tutup api bila sayur buncis masak.
No comments:
Post a Comment