IKAN KEMBUNG
Kembung adalah nama sekelompok ikan
laut yang tergolong ke dalam marga Rastrelliger, suku Scombridae. Meskipun
bertubuh kecil, ikan ini masih dalam keluarga sama dengan tenggiri, tongkol,
tuna, madidihang, dan makerel.
Kembung termasuk ikan pelagis kecil
yang memiliki nilai ekonomi menengah, sehingga terhitung sebagai komoditas yang
cukup penting bagi nelayan lokal. Kembung biasanya dijual segar atau diproses
menjadi ikan pindang dan ikan asin yang lebih tahan lama. Ikan kembung yang
masih kecil juga sering digunakan sebagai umpan hidup untuk memancing cakalang.
RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG
BAHAN BAHAN
5 ekor ikan kembung sederhana besar
2 biji bawang besar – dimayang halus
2 ulas bawang putih – nina ketuk ajerr
1 inci kunyit hidup – nina ketuk ajerr
2 batang serai – nina ketuk pas tu hiris
besar-besar
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka
pedas sila buh segenggam. Hahaa..
1-2 biji cili merah dan cili hijau – hiris
serong
1 keping asam gelugur
2 biji tomato – belah empat
garam, gula secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Ikan dibersihkan lalu ditoskan. Panaskan air
dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih kunyit, serai dan cili
padi. Rebus hingga mendidih. Kemudian masukkan asam gelugur, kacau dan biar
mendidih.
Lepas tu masukkan pula ikan dan tomato
bersama cili merah dan hijau. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan garam dan
gula secukup rasa. Setelah masak boleh lah dihidangkan. Sedap makan bersama
nasi panas-panas.
No comments:
Post a Comment