Sunday, November 12, 2017

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk). Tumbuhan ini hadir dalam genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
1kg udang
 3 papan petai - diambil isinya
1/2kg bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN DIKISAR
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 batang cili kering
1 ketul belacan

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar  hingga wangi

kemudian tuangkan air asam jawa dan masak  pada api sederhana hingga naik minyak

selepas itu, masukkan petai, udang dan  bawang besar. kacau rata

masukkan garam secukupnya. kacau sehingga udang masak

hidangkan bersama dengan nasi putih panas

RESEPI SAMBAL UDANG PERIA

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI SAMBAL UDANG PERIA
sekadar Hiasan
BAHAN-BAHAN
o  15-20 ekor Udang
o  Sebiji buah peria
(Setelah dihiris, rendam dalam air garam kemudian basuh dan toskan)

BAHAN DIKISAR
o  10-15 tangkai cili kering
o  2 ulas bawang merah
o  2 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak

Setelah sambal betul-betul masak (naik minyak), masukkan udang

Seterusnya masukkan peria, biarkan ia masak kemudian perasakan.

Sedia untuk dihidang.