Thursday, January 11, 2018

UDANG REBUS SERAI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG  REBUS SERAI
BAHAN BAHAN
600 gm udang sedang
2 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih  2.5 sm halia
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya

PROSES PENYEDIAAN

Udang dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Serai diketuk-ketuk sedikit, masukkan udang dan bahan-bahan yang dimayang serta serai di dalam periuk dengan air secukupnya. 

Kemudian jerangkan sehingga mendidih. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Setelah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment