Tuesday, October 16, 2018

RESEPI ASAM PEDAS EKOR

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur


RESEPI ASAM PEDAS EKOR
BAHAN BAHAN
1kg ekor lembu | rebus empuk
2 cm halia | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
8 biji bawang merah | kisar
6 tangkai cili kering | kisar
1 kuntum bunga kantan | hiris
3 tangkai daun kesum | hiris
2 sudu besar air asam Jawa
Sedikit belacan | kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar dan belacan sehingga naik bau.

Kemudian masukkan sedikit air.

Apabila air mendidih masukkan air asam Jawa, daun kesum dan bunga kantan.

Akhir sekali, barulah masukkan ketulan ekor lembu yang telah direbus tadi.

Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika kuah pekat bolehlah dicampurkan sedikit air.

Setelah masak, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.Selain ekor anda juga boleh tukar dengan daging tetel.




RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.


RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS
BAHAN BAHAN
5 bj telur gred A
2 1/2 cwn tepung biskut marie(biskit marie tu kisar halus(
Stgh tin kecil susu pekat manis
1 1/4 cwn gula halus
250gm butter atau margarine
1 sudu besar ovalett
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
Buah hawflakes(masam manis)
Pewarna hijau dan kuning(apa2 kaler pun boleh)

PROSES PENYEDIAAN
Pukul butter dan gula smpai kembang dan ringan.masuk telur satu persatu.masuk ovalett,susu dan esen vanilla.

Ayak tepung biskut marie bsama baking powder.lps tu masuk skali dlm adunan butter tdi.gaul sebati.

Bahagi kpd 2 bahagian.bubuh pewarna utk setiap bhgn.sediakan pengukus.panaskan air kukusan tlebih dahulu.

Ambil dlm 7 sudu mkn adunan bubuh dlm loyang.susun buah hawflakes.lps tu kukus.ambik masa dlm 10 minit lps tu keluarka lapis pula kaler lain.ulang proses lapisan smpai habis.
10 minit setiap lapisan
20 minit utk lapisan terakhir.

Potong kek bila ke dh betul2 sejuk.klu x nnti kek bersepai isinya.x cantik


  :

RESEPI MUFFIN JAGUNG

Mufin ialah produk bersaiz individu yang dipanggang. Ia boleh merujuk kepada dua item yang berbeza, roti bakar yang dibangkitkan sebahagian dan roti cepat seperti kek cawan. Roti rata adalah berasal dari British atau Eropah, dan tarikh dari sekurang-kurangnya awal abad ke-18, sementara roti cepat berasal dari Amerika Utara pada abad ke-19. Kedua-duanya adalah umum di seluruh dunia hari ini.


RESEPI MUFFIN JAGUNG

BAHAN BAHAN
1 tin jagung manis
800gm tepung gandum | diayak bersama serbuk penaik
40gm serbuk penaik
550gm gula
350gm marjerin
8 biji telur
400ml susu segar

CARA MEMBUAT:
Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.

Setelah itu masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pukul rata. Seterusnya masukkan susu segar dan gaul hingga sebati sebati.

Masukkan adunan ke dalam acuan mufin dan letakkan satu sudu makan jagung manis di atasnya. Akhir sekali, bakar mufin selama 20 minit sehingga 30 minit pada suhu 150ºC atau 180ºC.


RESEPI APAM LABU

Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama. Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).

RESEPI APAM LABU 

BAHAN BAHAN
1 cawan labu rebus
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung tepung gandum
1 cawan tepung beras
400 ml santan
1st baking powder
1 st yis

CARA CARA
Blender semua bahan sampai hancur. Lalu perap dlm 1-2 jam.

Sapu acuan apam lalu kukus 15-20 minit.

Siap. Nak makan dengan kelapa lagi sedap.

RESEPI PUDING ROTI LAICI

Puding adalah jenis makanan yang boleh jadi sama ada pencuci mulut yang manis atau hidangan savori. Perkataan puding adalah dipercayai datang dari bahasa Perancis boudin, yang berasal dari bahasa Latin botellus, yang bererti "sosej kecil", merujuk kepada daging bersalut yang digunakan dalam puding abad pertengahan Eropah

RESEPI PUDING ROTI LAICI
BAHAN BAHAN
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
8gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air *1 cawan daripadanya guna air laici
pewarna pink
1 cawan laici
1 sudu perisa laici/esen vanilla

CARA-CARA:
Didihkan air dan 1 cawan air laici tin,serbuk agar2 dan gula di dalam periuk sehingga agar2 larut

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair, buah laici . Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. Masukkan satu warna pink dan satu warna asal.

Ambil sesenduk/sesudu ikut kebesaran acuan dan masukkan dalam bekas lapis demi lapis hingga selesai. Caranya, curahkan sesenduk ditengah-tengah bekas atau acuan dan biarkan ketepi sendiri. Buat berselang –seli warna sampai habis.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk. Boleh taburkan buah laici ketika makan.





RESEPI KUIH SERABAI

Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka dan santan memberikan rasanya lemak manis. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Di sesetengah negeri, kuih serabai juga biasa dihidangkan pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah. Nama lain bagi kuih serabai adalah "kuih mayat".


RESEPI KUIH SERABAI
BAHAN BAHAN
(bancuhan utk 3 orang makan):
5 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
Santan untuk bancuhan tepung

(Nak sedapkan santan tu, guna air kelapa untuk perah santan ya)

Satu sudu kecil mauripan + satu sudu kecil gula + sedikit air dicampurkan dan dibiarkan kembang terlebih dahulu sebelum tepung dibancuh)
sebiji telur (untuk elakkan tepung melekat bila dibakar)
secubit garam

CARA-CARA:

Bancuh semua bahan hingga kelikatan yang boleh dituang (tak berapa pekat tak berapa cair. Biarkan bancuhan untuk 1 - 2 jam sebelum mula membakar

Kalau yang ada acuan serabai, boleh bakar dengan acuan, kalau takde tak apa, just gunakan kuali kecil dan masak satu persatu (kena sabarlah sikit)

**Hanya sapu kuali dengan sedikit minyak (guna tisu untuk sapuan) dan kebiasaannya hanya yang sekali sahaja untuk membakar kuih di atas dapur (bukan di oven ya)... kalau kuali anda tak melekat tak letak minyak pun OK

Hidangkan serabai dengan kuah manis - and boleh masak santan dan gula melaka dengan sedikit tepung atau boleh juga ditambah durian pada yang suka makan raja buah

UPDATE (RESIPI KUAH)
1 sudu tepung gandum
Santan untuk bancuhan tepung sampai cair
Masukkan gula (saya guna gula kabung) - ikut rasa manis yang anda suka dan Kalau suka durian boleh tambah durian seulas dua

Selamat Mencuba 

RESEPI KUIH LEMPENG

Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater  sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega. Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.


RESEPI KUIH LEMPENG
BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa muda parut putih
2 cawan air biasa (agak2 kurang boleh tambah air)
Sedikit garam

CARA-CARA:
Tepung gandum, air & garam masukkan dalam blender...kisar sampai tepung tak berketul. Adunan mmg cair.

Panaskan kuali lagi elok guna non stick pan. Masukkan sikit minyak masak,ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.


Bila dah agak kekuningan kira dah masak lah tu. Siap utk dimakan dgn kari ikan atau sardin cili api...sedap.

RESEPI KUIH CUCUR JAWA

Kuih (juga dieja Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: 粿 KUA) adalah makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu dari wilayah Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di Indonesia. Kuih adalah satu istilah yang agak luas yang boleh termasuk perkara-perkara yang akan dipanggil kek, kuih, kuih, puding, biskut, pastri atau dalam Bahasa Inggeris dan biasanya diperbuat daripada nasi atau pulut. Kuih lebih kerap dikukus daripada dibakar, dan oleh itu sangat berbeza dalam tekstur, rasa dan rupa kek dari Barat atau pastri sedutan. 

Banyak kuih yang manis, tetapi ada yang manis. Kuih digunakan secara meluas di kawasan-kawasan Indonesia dan Malaysia untuk merujuk kepada pencuci mulut manis atau tidak manis. Walaupun dipanggil dengan nama-nama lain, seseorang itu mungkin untuk mencari pelbagai versi sama kuih di negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar. Sebagai contoh, yang berwarna-warni kue lapis kukus dan kaya kuih bingka ubi juga boleh didapati di Myanmar, Thailand, dan Vietnam.


RESEPI KUIH CUCUR JAWA 
BAHAN BAHAN

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(kalau xnk manis boleh kurangkan)
1 cawan gula merah
2 cawan air
sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
campurkan semua bahan dlm mangkuk kacau sebati kemudian masukan dlm blender kisar kisar halus kemudian tapis kan aduanan dan perap 4 jam/semalaman dlm peti ais

sebelum nak masak keluarkan 1/2jam awl. tuangkan 2/3 myk masak dlm kuali br minyak betul2 panas tuangkan sesenduk di tengah2 kuali.api jgn besar ya..

tips:biar aduanan masak dr tepi ke tgh baru terbalikan.

RESEPI HATI AYAM MASAK HITAM

Ayam (Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011. Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya.
BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg hati ayam
  • Bwg merah + bwg putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Asam keping
  • Halia (besar ibu jari)
  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit Kicap manis
  • 1 sudu jintan manis (dikisar)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajinomoto (jika suka)

CARA-CARA :-
  • Bubuh garam dan kunyit pada hati ayam dan goreng separuh masak. Dah siap, angkat dan asingkan.
  • Tumis bwg dan cili kisar hingga naik bau  Bahan tumis dah naik bau. Boleh masukkn kicap sedikit. Agak2 warna hitam2 sikit. ( boleh masukkn air klau nk berkuah sikit)
  • Masukkn jintan manis. Masukkn hati yg telah digoreng.
  • Masukkn asam keping, halia dan daun limau purut
  • Masukkn garam dan gula secukup rasa. Masak smpai agak kering. Klau nk biar berkuah sikit pn boleh Siap! Sedia utk dihidang.

RESEPI SANDWICH SARDIN

Sandwic atau roti lapis ialah makanan berupa dua potong roti yang menyepit daging, sayuran, keju atau perasa makanan atau sos sehingga rasanya menjadi lebih enak. Pelbagai jenis roti baoleh digunakan untuk membuat sandwic dan bergantung pada isinya. Permukaan roti biasanya disapu sedikit mayonis, mentega, marjerin atau minyak zaitun yang berfungsi sebagai pelekat dan penambah bau. Sandwic juga dikenali sebagai roti lapis di Indonesia. Di negara bukan makanan asasinya nasi, sandwic biasanya dibawa ke sekolah atau ke pejabat di dalam kotak yang disebut lunchbox atau di dalam beg kertas berwarna coklat yang disebut brown bag (sandwich bag) untuk dinikmati sebagai makan tengah hari.


RESEPI SANDWICH SARDIN
BAHAN BAHAN

Roti sandwich secukupnya
1 tin sardin
mayonise secukupnya
garam kalau perlu
sedikit perahan jus limau
butter untuk sapuan
kepingan chesse
tomato di potong nipis dan salad

1. Campurkan sardin dengan garam, jus limau dan mayonise.

2. Sapu roti dengan butter. letakan sardin, tomato dan salad.


RESEPI HATI AYAM MASAK BEREMPAH

Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
BAHAN-BAHAN:
Bancuhkan dgn sedikit air panas utk dijadikan pes:
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 bj bawang besar ~ hiris bulat
  • 1 bj cili merah ~ hiris serong * kalau nak lebih pedas boleh guna cili api
  • sedikit garam, gula - jika suka
  • air
  • minyak

CARA MEMBUATNYA :
  • Masukkan hati ayam, air dan sedikit garam ke dalam periuk dan rebus sekejap. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bahan2 yg dijadikan pes. Goreng hingga pecah minyak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air (boleh guna air rebusan hati ayam)
  • Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan masukkan sos tomato, kicap dan sedikit gula (rasa dulu sebelum masukkan garam sebab dah masukkan garam masa proses merebus hati ayam)
  • Goreng sekejap dan masukkan lebihan air rebusan hati ayam td. Masak hingga sedikit pekat dan masukkan hati ayam dan goreng sekejap.
  • Masukkan cili merah yg dipotong. Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan panas2.

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERSOS

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERSOS
BAHAN-BAHAN:
sotong
bawang putih - ditumbuk kasar
bawang merah dihiris2
cili padi - dibelah dua
serbuk kunyit
sos tiram
sedikit garam ikut masin

CARA MEMASAK :
Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi hingga wangi, masukkan sotong, kacau seketika, kemudian masukkan serbuk kunyit dan sos tiram Maggi , kacau sebati , letak sedikit sahaja air ...

Biarkan masak dalam 5 minit dengan api sederhana ... Siap

RESEPI KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

RESEPI KERABU UDANG DENGAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang | dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji epal hijau |dipotong memanjang atau dimayang
1 batang seleri |dipotong nipis
2 batang serai |dimayang halus
5 biji cili padi |dipotong halus
1 ulas bawang kecil | dimayang halus
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
1 biji air perahan limau nipis

CARA MEMASAK:
Rebus udang di dalam air yang sudah ddiletakkan serai yang sudah dititik dan sedikit garam. Rebus hanya sekejap (2 minit supaya udang tidak terlebih masak dan rasa manisnya tidak hilang)

Di dalam mangkuk kecil, masukkan udang dan bahan-bahanyang telah dimayang di dpotong tadi.

Masukkan sos ikan, sedikit garam, gula dan akhir sekali masukkan perahan air limau nipis. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

RESEPI KARI TELUR

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana

RESEPI KARI TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur ayam - rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang sederhana besar - potong dadu dan goreng sebentar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar ginger garlic paste
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dihiris nipis
1 biji tomato - di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar minyak sapi
Anggaran 2 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula
Sedikit minyak masak

CARA CARA
Ambil telur yang telah dikupas tadi, gunakan pisau kelar 2 @ 3. Lumur sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sebentar hingga permukaan telur menggerutu sedikit. Ketepikan.

Di dalam periuk , panaskan sedikit minyak bersama sama minyak sapi. Tumis hirisan bawang besar, cili hijau, tomato, halba campur dan daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan ginger garlic paste,serbuk kari dan sedikit air. Masak hingga semua rempah pecah minyak.

Kemudian masuk baki air bersama sama air asam jawa. Biarkan ia merenih sebentar kemudian masukkan telur dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula.