Saturday, April 13, 2019

IKAN SIAKAP STIM LIMAU

BAHAN BAHAN
5 ulas bawang putih
Stok ayam ( kalau takde guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau (kak M lupa nak beli)
Serai
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos ikan ( 5 sudu besar)
Garam (tak nak letak pun takpe)
Gula secukup rasa

CARANYA
1. Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.

2. Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. Tapi Kak M nak cepat, jadi kak M gunakan magic pan. Pun boleh. Lagi cepat masak!

3. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakan. Kak M tak letak daun limau. Pastu sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.

4. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.

5. Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Please rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.

6. Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.
7. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No.5) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Dah siap!!

RESEPI ROTI BUTTER GOLOK

BAHAN BAHAN
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

CARANYA
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih.

2. Telur dipukul sedikit.

3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati.

4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok).

5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.

6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah 
 kembang tadi dan uli hingga cantik licin.

7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas.

8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.

9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c.

10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dgn gula halus.

RESEPI ROTI BENGGALI


BAHAN BAHAN
Bahan A –
350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam

Bahan B –
120 – 160 ml air suam
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

CARA MEMBUAT
1. Semua Bahan A digaul sebentar. Bahan B digaul bersama.


2. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.

3. Perap hingga naik 2 kali ganda. Sekitar 30-40 minit.

4. Kemudian tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin, Bahagi kepada 2 bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.

5. Perap lagi hingga naik 2 kali ganda semula. Bakar 180 c selama 20-30 minit.

Enak dimakan bersama kacang pool, sup tulang, atau pun kari ayam. Selamat mencuba.

Tip : Air boleh masukkan sedikit-sedikit dulu takut terlembik adunan.

RESEPI ROTI NAN CHEESE

BAHAN BAHAN
1kilo tpg gandum cap rose
1/2  cwn planta
1/2cwn gula
21/2 cwn air
1sdb yis atau mauripan..
Cheese keping secukupnya..

CARA MEMBUAT
Mskkan gula kdlm air kacau biar sebati ketepikan

Dlm bks lain mskan tpg gandum ,planta , yis
gaul sampai sebati...

Pastu tuang air +gula tadi kdlm tpg sikit2 

Dan uli tpg tadi sehingga ianya x melekat kat tangan tapi jgn keras bsncuhan ya..

Tutup dgn kain  tuala basah selama1/2 jam

Bila doh dh nsik tumbuk2 buang angin..

Pastu bulat2kan besar mskkan cheese kdlm tpg dan canai  leper...Biarksn 15 minit..

Panaskan kuali pan mskan doh tadi dan ttup tudung..guna api perlahan.bila dh nmpk msk sapukan planta biar roti tu nmpk berkilat....tadaaaa..dh siap bleh icah dgan kuah kari atau dgan apa saja yg u all suka...
Slmt mencuba...

RESEPI CUCUR MANIS STIK

 BAHAN BAHAN
 2 cawan tepung gandum
 2 cawan air
 3 sudu gula
 1 sudu minyak masak
 1 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT STIK
1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2. Masukkan kedalam tepung gandum
3. Gaul sebati
4. Biarkan sejuk seketika
5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.
6. Goreng dengan api sederhana.siap

CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM

BAHAN BAHAN
Ikan air tawar - bergantung banyak mana yang anda perlukan
Garam - agak-agak, bergantung pada berapa banyak ikan
Beras goreng tanpa minyak - (di sangai & di tumbuk halus)

CARA MEMBUAT
Bersihkan ikan & toskan airnya semalaman. Ambil ikan yang telah di toskan tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.

Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara - disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari. Jaga jangan sampai ada air - ikan itu mesti di keringkan selalu airnya.Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi di basohkan & bilaskan serta di toskan supaya kering.

Salutkan ikan yang telah di toskan tadi dengan beras goreng & simpan 2 - 3 minggu, baru boleh di makan ikan itu - lagi lama di simpan, lagi le lebih elok menjadi ikan pekasamnya.


NOTA :

Pastikan jika ikan di dapati ada air di bawah bekasnya - buangkan airnya supaya ikan kering & kesin.

Pastikan juga supaya bekas ikan itu, tidak di hinggapi lalat/ langau kerana bila di hinggapi di takuti ikan akan berulat.

Ikan di simpan dalam dalam suhu bilik tidak di dalam peti ais, tapi sekiranya selepas 3 minggu bila telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh di simpankan ikan tersebut dalam peti ais.

Bila telah menjadi ikan pekasam - bolehlah ikan itu di goreng seperti yang di syorkan 

RESEPI MEE HONGKONG

BAHAN BAHAN
200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

CARA MASAK
1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

RESEPI MEE UDANG KUALA SEPETANG

BAHAN BAHAN
1 kati mi kuning
½ kati udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK
1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

3. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

4. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

RESEPI MEE KETAM


BAHAN BAHAN
1 bungkus mee kuning
3 ekor ketam saiz sederhana (dipotong 2)
1 biji telur
Beberapa jenis sayur yang digemari
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
1 sudu kecil air sotong (Nampla)
2 sudu besar chili paste
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
4 biji tomato saiz sederhana
1 mangkuk kecil udang kering
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 cawan air

CARA MEMASAK

1.Panaskan minyak dan tumis chili paste sehingga naik bau harum. Masukkan bahan kisar.

2. Masukkan air, kemudian masukkan ketam.

3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, air stok sotong, serbuk secukup rasa, garam dan gula secukupnya.

4. Setelah ketam masak, masukkan sayur-sayuran dan kacau.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau.

6. Asingkan ketam dan sayur-sayuran dari kuah.

7. Tinggalkan kuah di dalam periuk dan masukkan mee kuning dan tunggu sehingga mee masak.

8. Masukkan mee kedalam pinggan bersama ketam dan sayuran tadi. Tuangkan kuah ke dalam pinggan.

11. Hidangkan bersama daun sup, dau bawang dan hirisan cili merah.

RESEPI MEE REBUS TULANG


BAHAN BAHAN:

Bahan Untuk Sup/Kuah –

Tulang Lembu secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang di hiris
1 halia – diketuk
1 inc kunyit – diketuk
1 inc lengkuas – diketuk
2 batang serai – diketuk
1 kiub daging
Garam secukup rasa

Bahan Rencah –

3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 inc kunyit hidup – dikisar
30 tangkai cili kering – dikisar
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
1 cawan air asam jawa
1 kiub daging
1 buku gula melaka
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

Cara Memasak Sup/Kuah –

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.

2. Rebus tulang hingga daging empuk.

Cara Memasak Rencah –

1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.

3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.

4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.

5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak..

Thursday, April 11, 2019

RESEPI TENGGIRI MASAK CUKA


1. Goreng ikan yang dah diletak garam dan kunyit. Ketepikan. Jangan garing sangat.

2. Kurangkan minyak. Goreng biji sawi sekejap kemudian masukkan rempah kasar (buah pelaga + bunga lawang+ kulit kayu manis)

3. Masukkan bawang merah + bawang putih + halia sehingga layu.

4. Kemudian masukkan cuka + serbuk kunyit dan air. Masak sekejap sehingga mendidih

5. Masukkan timun yang dipotong dan cili merah yang dihiris. Masukkan garam.

6. Bila timun dah lembut masukkan ikan goreng. Masak sekejap

Siap. Yeay!!

Selamat mencuba

SAMBAL BERLADA IKAN BILIS

BAHAN BAHAN
300g+- ikan bilis
Sedikit sos tiram
Asam keping

BAHAN KISAR
20biji cili padi merah + 6batang cili merah besar
20biji bawang merah kecil
5ulas bawang putih
Sedikit halia

CARA CARA
Goreng garing ikan bilis...

Tumis bawang kisar + cili merah kisar. Sehingga pecah minyak.

Masukkan sos tiram, garam, gula perasa..

Masukkan asam keping..

Last masukkan ikan bilis.. Gaul rata... Siap...


PASTA SPIRAL GORENG LADA HITAM



BAHAN-BAHAN :
1 peket spaghetti
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri
1 kiub perasa daging - boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang atau daun sup secukupnya * tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya . Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe


CARA MEMASAK :
Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging .

Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

BAWANG PUTIH JERUK

                                

BAHAN BAHAN
Bawang putih
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)

PESANAN:
1.Bersihkan bawang putih dan JANGAN BUANG KULIT jika nak jeruk bawang putih anda selabu

Bersihkan bawang putih,kupaskan seulas seulas jika nak kan portion yang lebih kecil

CARA MEMASAK:
Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.Masak hingga mendidih.

Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.

Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.

Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.

RESEPI KARI LAKSA UDANG GALAH



BAHAN-BAHAN:
BAHAN PES LAKSA (DIKISAR) :
300 gm cili kering /dibuang cili
150 gm halia /dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih/ diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai, dihiris halus
1/2 cawan minyak masak
2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan/ sudah dimasak
1/4 cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus /lembut
Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)


CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.

2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.

3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.

4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.

5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.

6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.

7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya

8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.

9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).

7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.

8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan
ayam carik.

9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.

RESEPI SOTO AYAM

BAHAN BAHAN:

1 ekor ayam – potong 4
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk lada putih
Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
2 sm kayu manis

BAHAN UNTUK MENUMIS/DIHIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia

BAHAN UNTUK MENUMIS/DIKISAR :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu teh lada hitam

BAHAN SAMBAL CILI KICAP :
Segenggam cili padi / ditumbuk
2 ulas bawang putih/ditumbuk
Kicap lemak manis ikut suka
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
(Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),

Cara Memasak :
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.

Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul seketika.

Masukkan air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.

Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.