Saturday, December 09, 2017

SUP IKAN MERAH

SUP
Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur,nasi, lentil, tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.

RESEPI SUP IKAN MERAH
BAHAN BAHAN
500gram ikan merah
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan

BAHAN DITUMBUK
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

BAHAN TUMIS
1 btng kayu manis
1 kntm bnga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris

PROSES PENYEDIAAN
Ikan di siang dibersihkan dan toskan.Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan tumis.
Masukkan bahan bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..

Masukkan air, biarkan mendidih.masukkan ikan dan kacau rata.Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.

Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

RESEPI SAMBAL KUININ

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL KUININ

BAHAN BAHAN
5 biji cili merah
15 biji cili api
sedikit belacan
1 biji kuinin
garam secukup rasa
3 biji limau kasturi

PROSES PENYEDIAAN
Buangkan kulit kuinin dan cincang kasar. Masukkan cili api, cili merah dan belacan ke dalam lesung batu.

Tumbuk sehingga semuanya hancur.Masukkan kuinin dan lenyek sedikit.Gaulkan dengan garam.Perahkan limau kasturi dan sedia dihidangkan.

RESEPI AYAM MASAK BERLADA

AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum

RESEPI AYAM MASAK BERLADA
BAHAN BAHAN

300gm Ayam digaul garam kunyit 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 biji chili padi
5 tangkai cili hijau besar
1 cm halia
Air asam jawa
1 senduk kecil cili kering kisar
Garam dan gula
Minyak memasak

PROSES PENYEDIAAN
Goreng dulu ayam. Dalam masa yang sama, potong halia, bawang besar, bawang putih dan cili hjiau bersama cili  padi. semua bahan ini di tumbuk kasar sedikit.

Gunakan sesikit minyak goreng ayam tadi untuk tumis bahan kisar. Time tumis, masukkan sekali dengan cili kisar / cili boh. Tumis sampai masak / pecah minyak.

Masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. Kemudian rasalah sikit sampai dapat rasa yang diingini, kemudian masukkan ayam goreng yang ditos tadi. Kacau-kacau sikit, siap untuk dinikmati

CENDAWAN KUKUR GORENG CILI PADI

CENDAWAN KUKUR
Cendawan Kukur (Schizophyllum commune) atau juga dikenali sebagai Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, atau Kulat Sisik adalah sejenis cendawan yang pada batang kayu semasa proses pereputan. Ia tergolong dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis.

Ia merupakan sejenis cendawan yang boleh di makan dan banyak di jual di pasar tani.[Di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat.

Cendawan Kukur tumbuh menyerupai ombak batu karang yang rapat. Ingsangnya berbeza dari warna kuning berkrim hingga warna putih pucat. Bahagian atasnya kecil, lebar 1-4.5 cm dengan tekstur badan yang tebal namun lembut seperti span. Cendawan Kukur ini boleh ditemui di Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Madagascar, Nigeria dan Timur Laut India.

Ia ditemui di hutan liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semulajadi. Ia dikenali dengan nilai perubatan yang tinggi dan rasa rasa aromatik. Ia baru-baru ini menarik perhatian industri perubatan bagi aktiviti imunomodulator, antikulat, antineoplastik dan antiviral yang lebih tinggi daripada sebatian karbohidrat glucan yang lain.

CENDAWAN KUKUR GORENG CILI PADI

BAHAN BAHAN
3 cawan cendawan kukur yang dikeringkan atau sebungkus seperti yang saya beli.
1 -2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN DITUMBUK
4 - 5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
25 biji cili padi 
1 cm kunyit hidup 
100gm ikan bilis

PROSES PENYEDIAAN
Cendawan kukur dibersihkan, kerat jika ada bahagian yang keras pada umbinya. Rendam cendawan dalam air, dengan menggunakan tangan sauk cendawan yang timbul supaya habuk jatuh ke bawah. Sebaiknya buat 2 atau 3 kali, jirus air dan toskan. Tumbuk cendawan separuh lumat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumbuk serta serai hingga wangi. masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

Masukkan cendawan dan goreng atau kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan jangan lupa matikan api, maka dah boleh dihidangkan.

RESEPI MEE UDANG

MEE
Mi [atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.

Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.

RESEPI MEE UDANG
BAHAN BAHAN
1/2  bungkus mee
300 gm udang
sedikit sawi & kobis

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
13 tangkai cili kering
 2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
garam

PROSES PENYEDIAAN
mee dicelur dan toskan dan udang buang kulit dan rebus kulit udang untuk dapatkan rasa air rebusan

Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau selepas tu masukkan udang, sayuran sawi dan kobis dan air rebusan udang.masukkan semua sos.. masukkan garam


IKAN PATIN MASAK SAMBAL

IKAN PATIN
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak.


IKAN PATIN MASAK SAMBAL
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan patin siang dan potong kecil.Goreng garing
air asam jawa
garam 
2 helai daun limau purut dihiris halus..

BAHAN KISAR
3 ulas bawamg merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
segenggam cili api merah
sedikit belacan

PROSES PENYEDIAAN
panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan yang telah dikisar sehingga pecah masak.


Masukkan air asam jawa, garam  secukup rasa selepas tu masukkan pula daun limau purut.tutup api dan masukkan ikan.gaul rata dengan sambal.sedia untuk dihidang..

IKAN KEMBUNG MASAK TEMPOYAK

IKAN KEMBUNG
Ikan Kembung adalah sejenis ikan laut dalam genus Scomber dan famili Scombridae.Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial

IKAN KEMBUNG MASAK TEMPOYAK
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan kembung siang dan bersihkan
1 mangkuk tempoyak
5 batang serai dititik
3 helai daun kunyit
garam 
sedikit gula 

BAHAN KISAR
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
25 biji cili api merah
4 ulas bawang merah

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan bahan kisar kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.

Didihkan periuk dan apabila kuah mendisih bolehlah masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang..



IKAN GERUT MASAK TEMPOYAK

IKAN GERUT GERUT
Ikan Gerut-gerut atau nama saintifiknya Pomadasys Maculatus merupakan ikan air masin.

Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial

IKAN GERUT GERUT MASAK TEMPOYAK
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan gerut siang dan bersihkan
1 mangkuk tempoyak
5 batang serai dititik
3 helai daun kunyit
garam & aji
sedikit gula kalau suka

BAHAN KISAR
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
25 biji cili api merah
4 ulas bawang merah

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan bahan kisar kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.

Didihkan periuk dan apabila kuah mendisih bolehlah masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang..



Friday, December 08, 2017

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

 BAHAN BAHAN
500grm sotong, siang dan cuci bersih
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
kicap manis apa pun jenis

BAHAN DIRUMBUK
5 ulas bawang Merah
3 Ulas bawang putih
1 inci Halia

CARA PENYEDIAAN
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik minyak dan selepas tu masukan bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan lepas tu masukkan sotong.. bawang besar dan cili hijau.masukkan kicap.
tutup api.. sedia untuk dihidang

AYAM MASAK SAMBAL TAUCU

AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum

RESEPI AYAM MASAK TAUCU


BAHAN BAHAN
500gm ayam
1 ketul halia diketuk
5 batang serai dititik
1 ketul lengkuas diketuk
Bawang besar -Hiris
5 helai daun limau purut

BAHAN KISAR
2 genggam cili api api
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
sedikit belacan

CARA PENYEDIAAN
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan harum dan hingga kekuningan.

Masukan daging ayam yang telah dipotong potong dan digoreng tidak terlalu garing.

masukkann taucu yang telah dicuci bersih, air asam jawa,garam dan gula dan bawang besar dan daun limau purut..biarkan sekejap.. tambah air jika perlu.