Friday, December 22, 2017

RESEPI PECAL SEDAP


BAHAN BAHAN PECAL
sayur - kacang pjg, kangkung, tempe, tauhu, timun, taugeh, karot atau apa2 sayur yg disukai - celur dg sikit garam & toskan 

BAHAN KUAH
300 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak & tumbuk kasar)- mama letak dlm 2 cwn 
5 tangkai cili kering 
3 biji cili merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 kpg gula melaka/ gula merah 
1 inci belacan 
seketul asam jawa- gaul dg air panas & tapis garam 

PROSES PENYEDIAAN
Goreng dg sikit minyak sekaligus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia(bulat2 tak perlu hiris)beberapa minit. kemudian tumbuk dg garam dan belacan sampai lumat.Campur dg air asam jawa. 

Campurkan pula dg kacang tanah dan gula 
melaka.masukkan air panas 1 cawan (atau secukupnya), kacau diatas api hingga agak pekat. rasakan asam dan garam. Siap hidangkan kuah atas sayur2 yg dicelur tadi.

RESEPI SARAPAN PAGI BIHUN GORENG

BAHAN BAHAN
Sebungkus bihun
5 ulas bawang putih
Cili boh
Udang/ ayam/sotong
Sawi
Sos Tomato
Kicap
Sos Tiram
Taugeh


PROSES PENYEDIAAN
Rendamkan bihun goreng hingga lembut. Toskan dan asingkan.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang dihiris nipis. Gaul sehingga garing. Masukkan cili boh. Biarkan dan kacau sehingga masak.

RESEPI KUIH TALAM COKLAT

Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih seperti Bengkang ubi, kuih lapis, Kuih Seri Muka dan pelbagai lagi.

Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, samaada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.

Kuih lapis dipotong berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat Kuih lapis dipotong berbentuk segi tiga dan bulat. Sekiranya ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual dikedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang mungkin akan memilik gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding kuih pesaing.

RESEPI KUIH TALAM COKLAT
BAHAN BAHAN LAPISAN ATAS 1& 2
1 1/2 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 biji telur-pukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla warna kuning dan hijau
secubit garam

CARA MENYEDIAKAN ATAS
Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.

Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul ketul . Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Setiap 10 buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH
1 cwn santan pekat
2 cwn air
1 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jagung
3 biji telur
1 cwn gula pasir
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
1 sudu kecil coklat emulco

CARA MENYEDIAKAN LAPISAN ATAS
Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.

Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil Cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.


kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit

RESEPI APAM GULA HANGUS

Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).

RESEPI APAM GULA HANGUS
BAHAN BAHAN
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

PROSES PENYEDIAAN
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit

Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.


Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

RESEPI KUIH KERIA

Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair).  Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.
RESEPI KUIH KERIA
BAHAN BAHAN
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar
soda bikarbonat – 1/2 sudu teh

SIRA GULA MELAKA
2 keping gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
1 sudu besar gula batu 
1 sudu besar gula merah 

PROSES BUAT KUIH
Kopek keledek , potong sederhana besar dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk. Angkat keledek , toskan airnya

Lenyekkan keledek kemudian satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Gaul sebati

Bulat-bulatkan adunan dan tebuk tengah macam kuih donat

Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan

PROSES BUAT SIRA GULA MELAKA
Satukan semua bahan dalam kuali dan biarkan sehingga gula berbuih mendidih baru masukkan kuih keria dan gaul semuanya sehingga semua tersalut gula

Agak-agak gula dah mula berat angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis

Pisahkan kuih segera jangan bagi melekat .

Biarkan kuih menjadi sedikit sejuk untuk rasa yang lebih sedap

Thursday, December 21, 2017

RESEPI KUIH PERIA

kuih Peria merupakan sejenis kuih yang dibuat dengan menggunakan tepung pulut dan popular di Malaysia. Kuih Peria secara tradisi menggunakan daun dari pokok Pandan bagi memberi warna hijau. Ia berbentuk bujur dan mempunyai inti kelapa manis.

RESEPI KUIH PERIA
BAHAN BAHAN KULIT
250gms tepung pulut
200 ml santan
1/4 sudu teh garam
25gms minyak masak untuk sapuan
pewarna merah/hijau
daun pisang yang telah dipotong kecil

BAHAN UNTUK INTI
250gms kacang hijau tanpa kulit
100 gms gula melaka
100 gms gula pasir
50 ml air
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar tepung pulut

PROSES PENYEDIAAN
Rebus kacang hijau yang telah dibersihkan. Kalau nak empuk boleh juga Rendam kacang hijau selama 4 – 5  jam sebelum direbus. . Rebus hingga masak dan lenyek sedikit ketika masih panas.

Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau dan gaul rata. Sejukkan inti dan buat bulat bulat dan ketepikan.

Untuk doh: Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Kebiasaannya hijau atau merah.

Ambil doh sebesar ibu jari atau anggaran 15gms, isikan inti didalamnya dan bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit dan sapukan sedikit minyak masak keatasnya. Letak di atas daun pisang yang telah dipotong kecil. Buat hingga adunan habis.


Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8-10 minit. Siap

RESEPI KUIH CARA BELAUK

Kuih cara berlauk merupakan sejenis kuih tradisional [yang dibuat daripada tepung gandum dengan inti daging. Cara membuatnya mencerupai kuih cara tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya.

Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan. Bagaimanapun inti daging pada bahagian atas ini menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Kuih cara berlauk tidak tahan disimpan pada suhu bilik, dan hanya tahan 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.

RESEPI KUIH CARA BELAUK
BAHAN BAHAN
300g daging atau ayam kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada putih atau lada sulah

BAHAN HIASAN ATAS:
2 biji cili merah, hiris halus
Bawang goreng
daun bawang
daun sup
BAHAN-BAHAN UNTUK ADUNAN KUIH
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian. kacau sehingga kering airnya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

CARA-CARA UNTUK ADUNAN KUIH
Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.

Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan

RESEPI KUIH SERI MUKA GULA MERAH

Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia. Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.

Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.

Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

RESEPI KUIH SERI MUKA GULA MERAH
BAHAN BAHAN
1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam

PROSES PENYEDIAAN
Basuh beras pulut dan toskan.Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam Kukus sehingga masak
Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 x 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastic dan Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan2 biar padat dan rata

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS
200 gm gula melaka ( potong kecil-kecil ) 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum sudu besar lagi
1/2 tsp garam

PROSES PENYEDIAAN
Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.

Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula melaka/merah tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan.

Masakkan adunan di atas api hingga naik wap. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak


Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan

RESEPI KUIH BAHULU

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,

Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi. Bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

RESEPI KUIH BAHULU
BAHAN BAHAN
Tepung gandum (dalam 250g)
10 Biji Telur
400gm gula
Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)

PROSES MASAK
1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat

2. Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter

3. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi

4. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa

5. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)

6. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang.

7. Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.

8. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.

9. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.

10. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.

11.Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.

12. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas Selesai membuat kuih bahulu.  

RESEPI SIPUT KAANGA MASAK KICAP

Siput kahanga termasuk dalam keluarga siput gonggong dan banyak terdapat di perairan negeri Sabah. Siput yang berduri tetapi isi enak dimakan dan menjadi santapan dalam pelbagai menu masakan bertumis, masak lemak, rebus, kerabu, sambal dan lain lain masakan.
Siput gongong, atau nama saintifiknya Laevistrombus canarium atau juga dikenali sebagai sinonim Strombus canarium, merupakan spesies siput boleh dimakan , moluska gastropod laut dalam keluarga Strombidae, konch sebenar. Spesies Indo-Pasifik, L. canarium hidup di dasar berlumpur dan berpasir, meragut algae dan detritus. Cengkerang individual dewasa bewarna perang muda hingga keemasan dan kelabu. Ia memiliki ciri gelung badan kembung, bibir kuar cengkerang gastropod tebal melebar, dan stromboid notch tirus. Sungguhpun ia dianggap bernilai sebagai hiasan, disebabkan kulitnya yang tebal dan padat, ia sering digunakan sebagai pemberat bagi jala ikan.



RESEPI SIPUT KAANGA MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
  • 500gm isi siput Kahanga
  • 2 biji bawang merah besar (potong bulat)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 1 batang cili merah (hiris)
  • 7 batang cili padi - hiris
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2sb sos tiram
  • 1sb sos cili
  • 1sk gula
  • garam secukup rasa (hati-hati sebab sos tiram tu dah masin)
  • sedikit daun sup (hiris halus)

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga layu dan berbau wangi.
  • Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Gaul rata. Jika suka kuah agak cair dan banyak, sila tambah sedikit air. 
  • Tambah gula dan garam secukup rasa. Gaul seketika.
  • Masukkan Siput Kahanga, gaul rata. 
  • Masukkan daun sup, kacau sekejap dan tutup api,siap

RESEPI TELUR IKAN MAYONG MASAK KARI

Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.

RESEPI TELUR IKAN MAYONG MASAK KARI
BAHAN BAHAN
400gm Telur ikan Mayong
1 paket kecil serbuk kari – campurkan sedikit air untuk membuat pes
1/2 sudu besar asam jawa + 1 mangkuk air
2 daun kari
1biji cili hijau – perpecahan
1 sudu teh halba bercampur
1/2 sudu teh mustard
1 tomato – dikerat 4
1 cawan santan
serbuk garam 

BAHAN DIHIRIS NIPIS
2 ulas bawang putih
4 bawang merah

PROSES MASAK
Masukan minyak dan tumis biji sawi, bawang putih, bawang, daun kari dan halba dicampurkan sehingga wangi. Masukkan pes kari ikan dan kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan asam jawa, tomato dan cili hijau. Biarkan ia mendidih.Masukkan telur ikan, garam dan perasa sedikit (jika anda suka). Biarkan ia mendidih.


Setelah ikan masak telur dan sos secukup rasa, tutup api dan boleh disampaikan dapur.

RESEPI TELUR MAYONG MASAK LEMAK CILI API

Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.

RESEPI TELUR MAYONG MASAK LEMAK CILI API
BAHAN BAHAN
500gm telur ikan mayong
Santan secukupnya
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup*
15 biji cili api*
asam keping
garam secukup rasa

PROSES MASAK
Tumbuk kunyit dan cili api sampai lumat. Bawang boleh jadi sebagai pilihan untuk dimasukkan sekali atau tidak.

Masukkan semua bahan dalam kuali. Masak dengan api perlahan, sentiasa kacau agar santan tidak pecah.

Tambahkan garam secukup rasa. Biar hingga telur ikan masak


(tambah hirisan cili, tomato, belimbing buluh dan sebagainya jika suka)

RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN MAYONG

Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.

RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN MAYONG
BAHAN BAHAN
400 gram telur ikan Mayong
1 genggam daun kesum
2 kuntum bunga kantan
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

PROSES MASAK
Telur ikan dicuci dan dibersihkan  Bunga kantan dibelah dua setiap satu. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.

Tuang sedikit air kacau dan biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa, telur ikan, bunga kantan dan daun kesom, kacau perlahan dan biarkan mendidih.


Tambah lada hitam tumbuk, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.