Wednesday, April 18, 2018

RESEPI BISKUT BANGKIT


 Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.
RESEPI BISKUT BANGKIT

BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
20 gm buah badam(dihiris)

CARA PENYEDIAAN
Pukul mentega & gula kastor hingga kembang,masukkan tepung gandum & uli hingga sebati.Canaikan adunan & terapkan



mengikut bentuk yg anda suka.Susunkan kuih atas dulang pembakar yg telah disapu mentega.Sapukan kuning telur & letakkan badam hiris atasnya.Bakar hingga masak.

RESEPI BISKUT BADAM


Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.

RESEPI BISKUT BADAM
BAHAN BAHAN
1 ¼ cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
½ cawan badam halus       
½ cawan kismis hitam
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum ikut lembut

CARA PENYEDIAAN
Pukul rata mentega dan gula. Masukkan telur dan kacau lagi. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai.

Terap ikut acuan disukai. Sapu kuning telur dan hiasi dengan badam.

RESEPI BISKUT AYAM

DUNIA MAKANAN: BISKUT AYAM


Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.

RESEPI BISKUT AYAM
BAHAN BAHAN
100 gm tepung gandum
1 kiub pati ayam
60 gm mentega
100 gm kentang berperisa ayam (potato crips), dihancurkan      
1 biji kuning telur
2 camca besar susu segar
1 camca besar susu segar (untuk disapu)
2 camca besar bijan

CARA PENYEDIAAN
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Gaul dan ramaskan pati ayam bersama mentega hingga rata. Masukkan serbuk kentang, telur dan susu. Uli menjadi doh.

Bungkus adunan dengan plastik dan simpan 30 minit di dalam peti sejuk. Kemudian canai doh dan potong segi empat 2 cm.

Susun di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Sapu sedikit susu di atas adunan dan tabur bijan. Bakar pada suhu 190'C hingga keperangan.

RESEPI BISCOTTI

DUNIA MAKANAN: BISCOTTI:
Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.

RESEPI BISCOTTI
BAHAN BAHAN
1 ¾ cawan tepung serba guna
1 cawan gula halus
½ camca teh serbuk penaik
¼ camca teh garam
4 camca besar mentega tanpa garam, disejukkan dan didadu
1 camca teh esen vanila     ½ cawan ceri merah, dicincang
1 ½ cawan pistacio, dibuang kulit
2 biji telur, dipukul sedikit
Gula aising untuk tabur
Coklat cair

CARA PENYEDIAAN
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan dulang pembakar dengan sedikit mentega. Masukkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam pengadun elektrik dan putar seminit. Masukkan mentega, esen vanila dan ceri lalu putar sebentar hingga menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan pistacio dan telur, putar seminit lagi. Kemudian bahagi adunan 4 bahagian. Tabur sedikit tepung pada papan canai dan canai serta gulung setiap bahagian adunan memanjang 20 cm.

Letakkan adunan di atas dulang bakar jarak 10 cm di antara satu sama lain. Menggunakan jari, leperkan sedikit adunan dan tabur gula di atasnya.

Bakar 25 minit atau hingga kuning. Keluarkan biskut dan sejukkan setengah jam. Kerat-kerat biskut setebal 1.25 cm. Bakar semula 7 minit lagi.

Angkat biskut dan sejukkan. Tabur lagi gula aising atau celup sebahagian biskut ke dalam coklat cair.

RESEPI KUIH BATANG BURUK

DUNIA MAKANAN: RESEPI KUIH BATANG BURUK SABAH:

Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng.


RESEPI KUIH BATANG BURUK
BAHAN BAHAN
Kulit popia
2 sudu besar gula
4 sudu besar nestum honey
6 sudu besar susu powder

CARA PENYEDIAAN
Sekeping kulit popia dipotong 4*3  Kemudian gulung ikut straw dan digoreng  Selepas digoreng, biarkan ia sejuk dahulu.

Bagi bahan-bahan tadi, nestum dan gula dikisar sehingga betul2 halus. Masukkan susu powder pada adunan tadi dan dikisar sekali lagi.

Ambil popia yang dah sejuk dan digaul dengan bahan-bahan yang dikisar tadi. Siap untuk dihidang.

RESEPI KUIH BANGKIT

DUNIA MAKANAN: KUIH BANGKIT SANTAN:


Kuih bangkit merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan tepung sagu.Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. Rasanya yang manis menarik minat kanak-kanak.

RESEPI KUIH BANGKIT
BAHAN BAHAN
340 g tepung ubi
95 g tepung gandum
37 g gula halus
3 biji kelapa (santan pekat) 
3 helai daun pandan
2 biji telur
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN
Masak santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Satukan tepung ubi dan tepung gandum.

Goreng tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan sejukkan. Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi. Uli hingga sebati.

Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.

RESEPI KUIH BAHULU KAMPUNG

DUNIA MAKANAN: KUIH BAHULU RAYA: KUIH BAHULU


Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.

RESEPI KUIH BAHULU KAMPUNG

BAHAN BAHAN
10 biji telur
600 gm tepung      
300 gm gula

CARA PENYEDIAAN
Pukul telur dan gula sehingga kembang.

Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.

Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk.

Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Masak sehingga selesai. 

RESEPI KUIH BAHULU KAMPUNG

DUNIA MAKANAN: KUIH BAHULU KAMPUNG:

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,
RESEPI KUIH BAHULU KAMPUNG
BAHAN BAHAN
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
setengah kg. tepung gandum
sedikit minyak.
acuan kuih bahulu atau kuih cara.

CARA PENYEDIAAN
Goreng tepung sampai masak. Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.Agar kuih jadi ringan.Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.

Pukul telur dan gula sampai kembang.Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedik demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Masak sehingga selesai....

Tuesday, April 17, 2018

RESEPI CHICKEN MANGGO

Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
BAHAN UNTUK AYAM
  • 2 keping dada ayam ( nak banyak lebihkan)
  • 3 sudu besar kicap cair (manis dan masin)
  • 2 sudu lada sulah
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • minyak utk menggoreng

CARA-CARA
  • gaul ayam dgn garam, kicap dan lada sulah. Perap lebih kurang 30 minit.
  • Campurkan tepung gandum dan tepung jagung...gaul rata
  • Golekkan ayam di atas tepung, kemudian goreng hingga kekuningan. Tos dan Biarkan

BAHAN UTK SOS
  • 1 botol sos plum
  • ½ botol sos tiram janama maggi (jgn guna jenama lain sebab lain rasa)
  • 1 gelas air limau kasturi (tak ada kasturi boleh ganti limau nipis tp rasa tak kick lerr ... tang limau ni rasa ler nak masam setakat mana... jgn curah semua sekali )
  • cili padi - atas citarasa sendiri nak pedas mana - tumbuk kasar2
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2-3 tangkai daun ketumbar

CARA-CARA
  • campurkan semua sekali bahan itu kecuali daun ketumbar dan masak di atas api sederhana
  • kacau hingga pekat, kalau agak pekat tambahkan sedikit air..sebab sos ni tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair ... bila dah nak serasi rasa, masukkan daun ketumbar dan tutup api. Siap.

BAHAN TABUR ATAS AYAM
  • 1-2 biji mangga (sy guna mangga yg org makan dgn pulut yg tak berapa masak)
  • daun ketumbar
  • 4-5 ulas bawang merah
  • cili padi ikut citarasa
  • carrot

CARA-CARA
  • sagat/parut mangga dan carrot
  • hiris nipis bawang merah dan daun ketumbar
  • potong kecil2 cili padi
  • gaul semua bahan tu kemudian tabur di atas ayam yg di goreng tadi
  • tuang sos di atasnya

RESEPI MEE SANGGUL GORENG

Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina kerana makanan ini juga berasal dari China.

Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.


RESEPI MEE SANGGUL GORENG

 BAHAN BAHAN
Mee sanggul (3 bungkus untuk 6 org makan)
Isi ayam atau daging dihiris nipis
Fishball or any meatball
Bawang putih 2 ulas (cincang)
Bawang besar 2 biji (hiris nipis)
Tomato 2 biji belah 6
Cili merah 2 biji (potong serong)
Cili kisar 2 sudu
Kicap manis
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Pes tomyam 1 sudu (optional)
Gula garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
Serbuk lada sulah
Air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
rendamkan mee sanggul dalam kuantiti air yang banyak sehingga lembut, toskan dan letak tepi

tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili potong sehingga kekuningan

msukkan cili kisar dan pes tomyam dan msak sehingga betul2 msak..kang sakit perut.

msukkan daging atau any lauk yg nak dimakan bersama meatball or fishball

msukkan air stgah cawan, sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram. perasakan dgn gula dan garam secukupnya

msukkan mee sanggul dan kacau sebati

msukkan tomato, sy lebih suka separuh darinya sy lecek di tepi kuali nak bg air tomato kluar. last sekali, taburkan serbuk lada sulah

sedia untuk dimakan

RESEPI SUP GEAR BOX

Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

BAHAN BAHAN
  • Tulang Gear-Box / atau tulang bahagian lain lembu
  • halia 2 inci - diketuk
  • bawang puteh 3 ulas - diketuk
  • 2 bungkus sup bunjut
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • daun sup

PROSES PENYEDIAAN
  1. Rebus tulang sampai empuk (tips nak cepat empuk masukan biji kurma, insyaallah empuk dlm 2 jam atau ikut petua kami terdahulu)
  2. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.Sementara itu buat bawang goreng, angkat.

Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.

Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.

Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.

RESEPI SUP EKOR

Sup ekor atau sup buntut dibuat dengan ekor sapi. Sedikitnya ada lima versi sup buntut yang populer di seluruh dunia: makanan tradisional Korea, makanan Cina yang lebih mirip semur, ekor sapi goreng/panggang dicampur dengan berbagai variasi sup merupakan makanan populer di Indonesia, makanan etnis Amerika Serikat Selatan yang sudah ada sejak periode sebelum perang revolusi, dan sup kuah tebal dan gurih yang populer di Britania Raya sejak abad ke-18. Sup buntut Kreol dibuat dari tomato dengan ekor sapi, kentang, kacang hijau, jagung, mirepoix, bawang putih, dan rempah-rempah.


BAHAN BAHAN
  • 1 kilo ekor lembu
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu bawang besar
  • 15 tangkai cili padi }di belah dua
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji tomato

PROSES PENYEDIAAN
  1. Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkankicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  2. Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limaupurut, dan bolehlah diangkat.