Wednesday, December 27, 2017

RESEPI PAIS UDANG GALAH



BAHAN BAHAN
7 ekor udang galah sederhana besar
½ biji kelapa parut
2 cm kunyit hidup
Sehelai daun kunyit - dimayang halus
6 ulas bawang merah         Sebatang serai - dimayang halus
6 biji cili padi - dikisar
4 biji cili merah - dikisar
Sehelai daun pisang untuk membungkus
Garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Udang galah dibelah di bahagian belakang. Gaul kelapa parut dengan semua bahan. Sumbat kelapa di bahagian belakang udang.


Bungkus udang dengan daun pisang. Kukus di dalam ketuhar dalam suhu 150'C selama 15 minit. Hidangkan dengan hiasan mengikut selera.

RESEPI OTAK OTAK

Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak. Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan.
RESEPI OTAK OTAK


BAHAN BAHAN
5 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 cawan pati santan
1 camca sagu
2 pokok daun bawang

BAHAN GILING:
625 ikan tenggiri cabut tulang
3 hiris halia
8 ulas bawang merah
4 ualas bawang putih
8 cm serai (dihiris)
1 camca jintan putih 2 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Daun pisang (dilayurkan)-untuk membungkus
1 camca jintan manis
7 batang lada kering (direndam & ditoskan)
1 camca ketumbar (direndangkan)
1.2 cm kunyit hidup
2 camca gula halus

PROSES PENYEDIAAN
Satukan semua bahan kecuali daun pisang. Gaulkan rata-rata & sesuaikan

rasanya. Bungkus bahagian-bahagian campuran itu dengan daun pisang. Sematkan dengan lidi.

Kukuslah selama 20-30 minit,hingga masak.Hidangkan panas-panas atau sejuk dengan nasi & sayur-sayuran atau dengan nasi kunyit.


Kalau nak sedap boleh bakar sekali

RESEPI UDANG KICAP

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata .Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.


BAHAN BAHAN
300 gm udang
½ cawan kicap manis
3 sudu besar tomato sos
4 labu bawang besar - dimayang bulat
3 ulas bawang putih - dimayang
2 senduk minyak kelapa    1 batang lobak merah
1 ikat daun kucai
4 keping tauhu
2 sudu teh lada sulah serbuk
2 biji cili merah - dimayang
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Udang  dibersihkan. Pijarkan 1 senduk minyak ke dalam kuali dan gorengkan udang  sebentar. Selepas itu angkat dan ketepikan. Lobak merah dikikis dan diparut kasar-kasar.

Tauhu dipotong kecil dan digoreng hingga garing. Daun kucai dipotong sepanjang 1.2 sm. Tambahkan 1 senduk lagi minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih. Setelah garing masukkan udang yang telah digoreng.


Balik-balikkan sebentar dan masukkan pula kicap, tomato sos, gula, garam, ajinomoto dan lada sulah. Goreng-gorengkan hingga rata. Setelah itu masukkan tauhu, bawang besar, lobak merah, daun kucai dan cili merah. Goreng lagi tetapi jangan terlalu empuk. Kemudian angkat. Semasa menghidang bubuhkan udang dahulu di dalam pingggan kemudian curahkan kuah bersama-sama dengan sayurnya sekali di atas udang tersebut.

RESEPI LEMAK KETAM

KETAM
Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m

RESEPI LEMAK KETAM


BAHAN BAHAN
½ kg ketam dibersihkan
8 ulas bawang merah
2 hiris lengkuas
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji kelapa diparut dan diambil santannya       6 tangkai cili kering dikisar
2 keping asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk bawang merah dan lengkuas. Campurkan bersama cili kisar, masukkan ke dalam santan.


Panaskan kuah di atas api perlahan, setelah kuah mendidih masukkan asam keping dan ketam yang telah dibersihkan. Biar lagi sehingga mendidih, masukkan garam dan gula. Setelah ketam masak, angkat dan hidangkan.

RESEPI LALA TUMIS

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA TUMIS


BAHAN BAHAN
1 kilo lala - bersihkan
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris        
1 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos tomato
garam + air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Pijarkan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan cili boh dan gaul hingga cili masak.  Masukkan sos tomato dan lala.


Masukkan garam (dan air jika perlu). Gaul sebati dan angkat  Sedia untuk dihidang.

RESEPI LALA SOS TIRAM

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA SOS TIRAM


BAHAN BAHAN
I kilo Lala
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
22 biji telur batang serai (dititik)
Sedikit halia (dihiris)
sedikit minyak masak untuk menumis
sos tiram secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga kuning dan naik baunya.


Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk and hirisan halia. Selepas itu masukkan lala, telur dan sos tiram dan gaul sehingga mendidih.

RESEPI LALA REBUS

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA REBUS


BAHAN BAHAN
500 gm lala
2 cawan air
3 batang serai (diketuk pangkalnya) 
1 sudu kecil serbuk lada sulah

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan air, lala  & serai ke dalam periuk. Tutup periuk. Masak kesemua bahan tersebut.


Setelah air mendidih & kulit lala terbuka, masukkan serbuk lada sulah. Kacau sehingga sebati. Setelah masak, angkatkan. Hidangkan bersama lauk-lauk lain.

RESEPI LALA MASAK TAUCU

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA MASAK TAUCU


BAHAN BAHAN
1 kilo lala/kupang (di cuci)
2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar tauchu
2 biji cili merah besar
1 sudu kecil gula.
5 sudu besar minyak masak
¼ cawan air

PROSES PENYEDIAAN
Bawang besar dimayang.  Bawang putih, halia, tauchu di kisar.

Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumiskan bahan kisar dan bawang


besar hingga naik bau, kemudian masukkan kupang / lala. Kacau hingga sebati , masukkan air .Tutup kuali , biar hingga kupang / lala tadi terbuka...taburkan cili besar.

RESEPI LALA MASAK LEMAK CILI API

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA MASAK LEMAK CILI API


BAHAN BAHAN
lala (suku kilo)
sebatang serai - diketuk
suku ibu jari halia - diketuk /di tumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih -ditumbuk
5 biji cili api-ditumbuk
sedikit kunyit - ditumbuk
sedikit santan (cair)
setengah biji limau nipis
1 Biji Tomatio – Bahagi 6
garam
gula
bahan perasa
sedikit daun kunyit – dihiris

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kuali. masukkan bahan yang ditumbuk didalam kuali.  kalau guna santan, masukkan sedikit santan kedalam kuali soalah menumis bahan tadi dengan santan.  Jika guna susu, masukkan sedikit minyak (satu sudu) untuk menumis bahan.

Masukkan serai. kacau hingga mendidih.  Masukkan lala yang telah bersih kedalam kuali dan tutup kuali dalam 1 minit.


masukkan garam, gula dan bahan perasa.  perah limau kasturi (sebelah). buka kuali dan taburkan daun kunyit keatas hidangan.

RESEPI LALA MASAK BERLADA

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA MASAK BERLADA


BAHAN BAHAN
1 kg lala
300 gm cili boh
6 tangkai cili merah
20 gm belacan, dibakar
100 gm minyak Bahan-bahan kisar:
250 gm bawang merah
150 gm bawang besar
7 sm lengkuas
3 batang serai

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau hingga garing.


Masukkan belacan bakar. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan lala dan kacau hingga mendidih. Akhir sekali masukkan cili merah yang dibelah.

RESEPI LALA GORENG PEDAS

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA GORENG PEDAS


BAHAN BAHAN
500 gm lala
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
10 biji cili padi - dititik
1 batang serai
2 sm halia
Minyak untuk menumis
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Lala dicuci dan ditoskan. Halia, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serai dan cili padi.


Kacau sekejap lalu tuangkan sos tiram dan kicap. Bubuh gula serta garam. Akhir sekali masukkan lala dan kacau rata-rata. Angkat.

RESEPI LALA GORENG HALIA

LALA
Bagi mereka yang kurang mengenali remis atau disebut lala kecil dan kepah Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai. hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu. Namun, bagi masyarakat pesisir pantai spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

RESEPI LALA GORENG HALIA


BAHAN BAHAN
1 kg lala segar
3 cm halia
3 sudu besar cili boh
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 cm asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
1) Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
3) Masukkan cili boh dan tumis lagi.
4) Masukkan lala, asam keping dan gaul sebentar supaya sebati dengan bahan tumis.
5) Masukkan sedikit air supaya lala masak.
6) Akhir sekali masukkan garam, gula dan bawang besar yang dipotong ring.

7) Apabila lala mula terbuka ia menandakannya sudah masak.