Monday, March 25, 2019

AYAM MASAK MADU KURMA

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • 15 biji buah kurma
  • 1 biji bawang besar - dipotong membulat
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 6 sudu besar sos tomato - blh tambah
  • 6 sudu besar sos cili - boleh tambah
  • 2 sudu besar madu - boleh tambah
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun sup/bawang yang telah diracik halus

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji ulas bawang putih yang besar
  • 1 1/2 inci halia
  • *Boleh ditambah lagi bahan-bahan mengikut citarasa sendiri .

CARA MEMASAK :
  • Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Buah kurma dibuang biji dan dibelah 2 . Potong bawang besar nipis -nipis .
  • Ayam dibersihkan kemudian dipotong menjadi 12 bahagian kecil dan digaul dengan garam serta kunyit . Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan agak garing .
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar ,cili kisar, bawang besar serta serai. 
  • Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato dan kacau lagi. 
  • Masukkan buah kurma, air secukupnya , buah tomato dan madu secukupnya. 
  • Kacau semua bahan sehingga kuah menjadi mendidih dan buah kurma menjadi agak lembik . 
  • Masukkan semua ayam goreng serta garam secukupnya , rasa kuah jika kurang manis boleh la ditambah sedikit gula. 
  • Gaulkan semua bahan-bahan dan taburkan daun sup/bawang yang telah diracik kecil. Terus kacau dan boleh la dimatikan api dapur.
  • SELAMAT MENCUBA.

RESEPI POPIA CARBONARA

BAHAN INTI
isi ayam (dipotong kecil) (nak guna ayam -cincang pun boleh) 
-crab stick (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang) 
-capsicum(dipotong dadu kecil) 
-sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut suka. 
-black pepper
-tepung gandum
-susu (sy pakai fullcream. kalau pakai susu cair pn ok) 
-cheese slice 3 keping (x kisah ape brand. nk lebih rse cheese boleh juga potong n letak masa kita gulung. lg sedap) 
-chicken stock
-bawang merah*
-bawang putih*
-halia* (* bahan ni dicincang halus) 
-minyak sedikit
-butter
-garam n perasa jika perlu

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak n butter. letak minyak sikit sebab takut butter hangus

Kemudian tumis halia, bawang putih n merah

Bila bwg dh layu sikit, masukkn isi aym dan cendawan. msk sekejap. msukkan juga chicken stock

Kemudian letak tepung dlm 3 sudu. (tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah. 

kemudian masukkan susu. tambah air sikit dlm setengah cawan. 

Bila kuah dah agak pekat sikit,  masukkan sayur sayuran termasuk capsicum. 

Masak sekejap. letak black pepper,  garam n perasa. 

Sebelum tutup api baru sy masukkan crab stick.tujuan masukkn lambat sbb xnk die hancur sbb lama masak. 

akhir sekali gulung mcm biasa.. 

tips masa goreng: 
api jgn kecil sgt sbb kalau lama die akn kluar inti n bocor. minyak pun kotor. 

selamat mencuba..

KUIH KERIS GULA MELAKA

BAHAN BAHAN
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar
soda bikarbonat – 1/2 sudu teh

BAHAN SIRA GULA MELAKA
2 keping gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
1 sudu besar gula batu jika ada
1 sudu besar gula merah jika ada

CARA PENYEDIAAN
Kopek keledek , potong sederhana besar dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk

Angkat keledek , toskan airnya. Lenyekkan keledek kemudian satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Gaul sebati

Bulat-bulatkan adunan dan tebuk tengah macam kuih donat

Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan 

CARA BUAT SIRA GULA MELAKA
Satukan semua bahan dalam kuali dan biarkan sehingga gula berbuih mendidih baru masukkan kuih keria dan gaul semuanya sehingga semua tersalut gula

Agak-agak gula dah mula berat angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis

Pisahkan kuih segera jangan bagi melekat . Biarkan kuih menjadi sedikit sejuk untuk rasa yang lebih sedap

Tips Tambahan : jika adunan jadi melekit jangan tambah tepung lagi , tapi gunakan minyak masak untuk memudahkan membentuk .

Selamat Mencuba !

ROTI ARAB

BAHAN BAHAN A
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air

BAHAN BAHAN B
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa 

PROSES PENYEDIAAN
Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.

kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.

Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.

tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.

selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.

Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.

bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.

alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.

Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.

KEK KURMA LEMBUT

BAHAN BAHAN
5 biji telur
1 cwn gla
1 cwn myk msk
1 cwn kurma yg di rebus di lenyek
2 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu esen vanila

CARA PENYEDIAAN
Putar telur gula hga gebu masukkan esen vanila.

Masukkn kurma putar perlahan. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn beking powder dan soda bicarbonat

Last sekali masukkn minyak putar sekejap saja.

Sapukan loyang dgn majerin alaskan loyang dgn kertas supaya kek x melekat

Bakar 160c selama 40-45 mnt.

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

BAHAN BAHAN
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

PROSES PENYEDIAAN
Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.

Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau 

Masukkan sedikit air supaya tak kering sgt sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, 

Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.

Goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.