Saturday, April 14, 2018

RESEPI BERGEDIL UDANG

Bergedel, perkedel atau 'pergedel adalah makanan yang diperbuat daripada kentang yang digoreng atau direbus sebelum dilumatkan lalu dicampur dengan daging cincang, hirisan daun bawang dan daun saderi kemudian di campur bahan-bahan perencah. Dibentuk bulat-bulat pipih, dicelupkan ke dalam pukulan telur ayam lalu digoreng.

Bergedel juga ada yang dibuat daripada ubi keledek, ubi kayu direbus atau digoreng dan di lumatkan, yang dibuat dari tauhu, tauhu dilumatkan dan dicampur dengan bahan-bahan perencah dan telur ayam lalu digoreng. Bergedel yang dibuat dari tauhu biasa disebut dengan bergedel tauhu.


RESEPI BERGEDIL UDANG

BAHAN BAHAN

300 g udang - dibuang kulit
300 g ubi kentang – direbus
1 pokok daun sup - dihiris
1 pokok daun bawang - dihiris
10 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

PROSES PENYEDIAAN

Lecek ubi kentang dan cincang halus udang. Gaulkan bersama.

Masukkan semua bahan-bahan tadi gaul rata. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

Panaskan minyak, celupkan bahan-bahan yg digaul dan dibulatkan tadi ke dalam telur dan gorenglah hingga garing.


Wednesday, April 11, 2018

RESEPI KUEW TEOW GORENG BASAH

Lala atau juga dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan


RESEPI KUEW TEOW GORENG BASAH

BAHAN BAHAN
Kuew Teow
Sedikit udang
Sedikit kerang rebus - kupas kulitnya
Sebiji telur
2 keping tauhu goreng
Secekak kucai
Sebiji tomato
Lada merah - dihiris
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sos tomato
Kicap masin

BAHAN - BAHAN SOS
Bersihkan kuew teow dan toskan.

Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan udang, kerang, garam.

Pecahkan telur. Masukkan sedikit sos tomato, kicap dansedikit air.

Masukkan tauhu goreng, tomato dan cili merah. Masukkan kuew teow dan daun kucai.

Sesuaikan rasa dengan garam dan kicap. Siap

Tuesday, April 10, 2018

RESEPI LALA PEDAS

Lala atau juga dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan
BAHAN BAHAN
  • 1/2 kilo lala ~ cuci bersih
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 biji cili api ~ di ketuk
  • 3 ulas bawang putih ~ di ketuk atau hiris halus
  • 1 cm halia ~ di ketuk atau hiris halus
  • 1 batang serai ~ diketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 helai daun limau purut ~ di siat-siat atau hiris halus
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap manis
  • sedikit daun bawang atau daun sup ~ di hiris saya letak daun ketumbar
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis

BAHAN - BAHAN SOS
  • Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut.Kacau sebati. Masukkan lala dan sedikit air.
  • Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
  • Hidangkan setelah masak.

RESEPI TAUHU BAKAR

Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia dan Malaysia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Tauhu adalah kata pinjaman daripada bahasa Hokkien (Hanzi: hanyu pinyin: doufu) yang secara harfiahnya bermaksud "kacang soya yang ditapaikan". Tauhu pertama kali muncul di China sejak zaman Dinasti Han pada sekitar 2,200 tahun yang lalu. Penemunya Liu An.


RESEPI TAUHU BAKAR

BAHAN BAHAN
2 - 4 keping tauhu pok (saiz besar)
Sengkuang secukupnya, dihiris halus memanjang
Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
Taugeh secukupnya, buang ekor dan celur sekejap dalam air panas, toskan
Hirisan cili padi, jika suka pedas
Kacang tanah secukupnya, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar

BAHAN - BAHAN SOS
1 botol petis @ otak udang
1 camca besar penuh sos tiram
4 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
5 - 6 biji cili padi merah, ditumbuk halus (optional)
1/4 cawan jus asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari + 1/4 cawan air panas = tapis jusnya)
3 camca besar gula melaka, hiris kecil*
1 1/2 cawan air*(*disatukan, masak hingga gula larut dan tapis)
Gula secukup rasa (che mat tak taruk sebab dah ada gula melaka)
1 camca besar penuh tepung gandum + 3 camca besar air = kacau rata

PROSES PENYEDIAAN

UNTUK SOS
Dalam periuk, masukkan petis, sos tiram, cili kisar, cili padi tumbuk (jika guna), kicap pekat, jus asam jawa dan juga air gula melaka tadi. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Rasa dan jika kurang manis, anda boleh masukkan sedikit gula pasir. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum (kacau sebelum dimasukkan ke dalam periuk). Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

UNTUK TAUHU
Tauhu untuk anda panggang dalam kuali atau jika rajin boleh bakar atas bara api. Balik2kan agar kulit tauhu pok garing sekata. Angkat dan ketepikan. (jika anda guna tauhu pok jenis kecil2, boleh guna lebih dari yang disyorkan dalam resipi).

UNTUK TAUHU BAKAR
Tauhu pok dipotong kepada 6 bahagian (ikut besar mana tauhu pok yang anda guna). Taruk dalam pinggan sesuai, taruk taugeh celur, sengkuang dan timun atasnya. Curah sos secukupnya, tabur kacang tanah tumbuk dan sedikit hirisan cili padi, jika suka pedas. Boleh hidangkan...


RESEPI BISKUT KACANG HIJAU

Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.


RESEPI BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN BAHAN
1 kg tepung kacang hijau
1 kg tepung gandum
500g gula icing
1 sudu kecil garam halus
650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjd doh yg lembut
Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning

PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan semua bahan kecuali minyak.

Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.

Susun dlm loyang bergris kemudian sapu dgn campuran kuning telur.

Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.

Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara.

RESEPI SUP JAGUNG PEKAT

Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.


RESEPI SUP JAGUNG PEKAT
BAHAN BAHAN

1 tin jagung dalam tin
Semangkuk isi ayam yang telah d rebus dan di carik halus
1 paket isi ketam roll
5 keping cendawan kering
1 sudu minyak bijan
Tepung jagung secukup nya
Garam, ajinomoto n serbuk maggie cukup rasa (secukupnya)
2 biji telur

PROSES PENYEDIAAN
Rebus isi ayam setelah masak carik2 kan isinya..air rebusan jangan di buang..campurkan dengan air jagung dlm tin..rebus di dlm periuk...tambah air scukupnya..

setelah mndidih masukan cendawan yg telah d rendam n d hiris halus..xnak pun xpe..masukan isi ketam ,isi ayam..jagung n minyak bijan.. simpan smua serbuk perasa n garam sckupnya.. gaul..kecik kn api ..br lah masukan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sdikit air..

Kacau dgn api perlahan sehingga sup benar benar pekat...baru lah masukan telur dan kacau sebati.. slamat mncuba

RESEPI RENDANG PUCUK UBI BELIMBING HITAM

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya lembut dan sedap. Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.


RESEPI RENDANG PUCUK UBI BELIMBING HITAM

BAHAN BAHAN
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
1 mangkuk kecil belimbing hitam( belimbing buluh yg telah direbus berjam2)- dicincang kasar
santan dari 3 biji kelapa
5 ulas bawang kecil dihiris
3 batang serai ditik
Segenggam besar ikan bilis
1 mangkuk kecil cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
1 keping asam keping

PROSES PENYEDIAAN
sediakan kuali yang sesuai.

masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar..

masukkan belimbing hitam dan kerisik bila santan agak pekat..

kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana. Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api...kacau hingga pucuk ubi garing..

RESEPI KUIH LIPAT ATAU KUIH ROPA

Kuih (juga dieja Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: 粿 KUA) adalah makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu dari wilayah Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di Indonesia. Kuih adalah satu istilah yang agak luas yang boleh termasuk perkara-perkara yang akan dipanggil kek, kuih, kuih, puding, biskut, pastri atau dalam Bahasa Inggeris dan biasanya diperbuat daripada nasi atau pulut. Kuih lebih kerap dikukus daripada dibakar, dan oleh itu sangat berbeza dalam tekstur, rasa dan rupa kek dari Barat atau pastri sedutan.

Banyak kuih yang manis, tetapi ada yang manis. Kuih digunakan secara meluas di kawasan-kawasan Indonesia dan Malaysia untuk merujuk kepada pencuci mulut manis atau tidak manis. Walaupun dipanggil dengan nama-nama lain, seseorang itu mungkin untuk mencari pelbagai versi sama kuih di negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar. Sebagai contoh, yang berwarna-warni kue lapis kukus dan kaya kuih bingka ubi juga boleh didapati di Myanmar, Thailand, dan Vietnam.


RESEPI KUIH LIPAT ATAU KUIH ROPA 
BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 1/2 air
1 biji telor
Garam
1 sk air kapur (kalau takde tak isi pun tak apa)

PROSES PENYEDIAAN
Campur semua bahan diatas dan kisar/blend guna pengisar

Panaskan non stick pan.. ambil 1 senduk kecil adunan tepung dan layang2 atas pan seperti kita buat kuih ketayap

tak perlu diterbalikkan..agak2 dah kering adunan terus angkat

buat sampai habis

BAHAN BAHAN INTI IKAN
5 ekor ikan kembung dibuang isi perut,dibersihkan dan direbus
2 biji bawang besar dipotong halus
1 sudu kecil halba
sedikit garam
1/2 inci halia di potong halus memanjang
1/2 cwn santan
2 sudu besar minyak


PROSES PENYEDIAAN
ikan kembong yang telah direbus di ambil isinya sahaja

Panaskan minyak dalam kuali, tumis sebentar bawang besar dan masukkan paste ikan kembung dan masukkan kesemua bahan2 diatas..masak sehingga kering

Ambil sekeping kulit kuih dan masukkan inti dan lipat seperti gambar. buat sampai habis

Panaskan pan dan masukkan sedikit sahaja minyak dan goreng kuih ini (seperti gambar) tak perlu goreng sampai garing.

Monday, April 09, 2018

RESEPI TERUNG BERLADA

Terung atau brinjal ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena.

Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.


RESEPI TERUNG BERLADA
BAHAN BAHAN

200 gm isi kerang

BAHAN UNTUK DI KISAR
Terung pendek dibasuh dan dibelah tengah digoreng kemudian ditoskn
Serai dititik
Daun limau purut disiat2
Garam
Gula
Sedikit perasa secubit rasa klu nk buh
Sedikit air asam jawa

BAHAN DITUMBUK / KISAR
Cili besar merah
Cili kecil/cili padi
Bawang besar
Bawang kecik
Bawang putih
Sedikit belacan
Udang kering

PROSES PENYEDIAAN
Bahan tumbuk di ditumis sehingga nik bau wangi dan layu

masukkan juga serai yg telah dititik...kacau2 kemudian masukkn sedikit air asam jawa.masukkn sekali garam,gula dan perasa klu n buh

Masukkn pula daun limau purut yg telah disiat siat.

klu nak lebihkan kuah masukkn sedikit air. biarkn mendidih kemudian masukkan terung yang telah ditoskn tadi.

biarkan kejap bagi sambal berlada sebati denagn terung