Showing posts with label RESEPI SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label RESEPI SAYURAN. Show all posts

Sunday, April 28, 2019

SALAD AYAM MANGGA

BAHAN BAHAN
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji lemon – jus diperah
1/4 cawan daun parsli – dihiris
1 biji cili merah -dibuang biji dan dihiris
2 1/2 cawan ayam panggang dihiris -kulit dibuang
2 biji mangga, dikupas dan dipotong dadu atau hiris.
1 biji Bawang besar
100g daun salad, tomato cherry, avocado campurkan

CARA CARA
Masukkan minyak, 2 sudu besar jus lemon, daun parsli dan cili dan mangkuk kecil.

Masukkan ayam, mangga, daun salad hijau, tomato, avocado dalam mangkuk besar. Masukkan kuah salad dan gaul rata.

Saturday, April 27, 2019

SAMBAL SARDIN CILI PADI + KENTANG+ PETAI

BAHAN BAHAN:
1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)
*3 biji cili masak/cili besar
*12 biji cili padi
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 biji kentang-hiris n goreng
1 biji tomato-hiris nipis
Petai/jering
1 biji bwng besar-hiris bulat
Garam n perasa

CARA:
Mesin  kasar bhn bertanda *

Tumis bhn mesin..masukkan tomato hiris

Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing

Masukkan garam n perasa

Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai n bawang hiris..gaul rata..

Thursday, April 11, 2019

RENDANG/SERUNDING PUCUK UBI


BAHAN BAHAN

1 ikat pucuk ubi - diambil daunnya dan dipotong 3
2 biji kelapa
2 sb cili kisar
2 sb rempah kari
1/2 cawan ikan bilis
2 batang serai - dititik
garam

BAHAN TUMBUK:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" kunyit hidup

1.  Kelapa diperah untuk lebih kurang 600 ml santan.

2.  Masukkan bahan tumbuk, rempah kari, cili, serai, ikan bilis, santan dan garam dalam kuali.  Masak hingga pekat sambil dikacau-kacau.

3.  Akhir sekali  masukkan daun pucuk ubi.  Daun pucuk ubi memang kena dimasukkan semasa kuah itu hampir kering.  Masak lagi hingga kering dan ikan bilis tu nampak garing.

Jika dimasak basah-basah sikit macam rendang basah pun sedap.



Wednesday, April 10, 2019

ASAM REBUS SAYUR KELADI

BAHAN BAHAN

10 tangkai cili kering
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
segenggam ikan bilis
stgh hirisan bwg merah
air asam jawa,garam,perasa,gula,daun kesom

CARANYA:-
- Kisar Lada Kering,Bwg Merah,Putih
- Masukkan Sayur Keladi Tadi Dlm Periuk
- Masukkan Bahan Kisar Ke Dlm Periuk Yg Ada Sayur Keladi Tu
- Masukkan Air Asam,Garam,Perasa,Gula,Ikan Bilis,Hirisan Bwg Merah,Daun Kesom
- Masak Hingga Mendidih.


CARA-CARA MEMBUAT PETAI JERUK


BAHAN BAHAN
Petai secukupnya, pilih yang agak tua (4 cawan isi petai)
Garam (1 cawan garam)
Air secukupnya
beberapa keping asam gelugur

CARA MEMBUATNYA
Didihkan air, celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan isinya.

Rendamkan ke dalam air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih. Gaulkan dengan garam secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca, tutup dan perap selama dua malam.

Selepas itu, masukkan asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.

Nota :

Kuah jeruk petai hendaklah masin dan masam sedikit untuk mengelakkan jeruk petai cepat rosak.

Sekiranya kuah petai jeruk kelihatan jernih dan tidak keruh, menandakan garamnya telah cukup, tetapi sekiranya kuah petai jeruk kelihatan keruh, cepat2 tambahkan garam.

Sunday, April 07, 2019

TEMPOYAK IKAN BILIS & PETAI

BAHAN-BAHAN:

2 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
Segenggam cili padi
Ikan bilis
3 sudu tempoyak (nk letak sekilo pon blh.selera masing2😂)
Daun kunyit - hiris(urat tengah daun yg keras tu aku buang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa

tumbuk pakai lesung batu semua bahan tanda *.kalau korg mls sila la pakai blender

CARA-CARA:
Tumis bahan tumbuk/blend smpai garing & Masukkan ikan bilis.. dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.

Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit.jgn ko letak air 1 baldi pulak.jadi sup nanti. kacau 3-4 kali terus tutup api. siap

Saturday, April 06, 2019

MASAK LEMAK KUBIS

BAHAN BAHAN

1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
1/2 batang karot, hiris nipis
1 ketul tauhu, potong kiub
1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, tauhu dan karot.

Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.

Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Thursday, January 17, 2019

RESEPI DAGING PEKASAM MASAK PETAI

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).


RESEPI DAGING PEKASAM MASAK PETAI 

BAHAN BAHAN
1 Plastik Daging Pekasam (hiris halus2)
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Cili Padi
2 Papan Petai.

CARA MEMASAK :
Goreng Daging dengan api yang pelan sehingga garing. Bila dah garing angkat dari kuali dan asingkan dalam pinggan.

Tumis bawang besar sehingga garing dan mengikut selera masing2..kalau suka sampai kuning goreng lama sikit, kalau suka yang lembik2 separuh masak macam saya, so jangan lah goreng lama sangat.

Masukkan semula daging pekasam tadi dan masukkan pula cili padi.

Gaul2 sekejap dan boleh tutup api.Siap untuk dihidang, makan pula dengan nasi panas..perghhhh!!terangkat! ;)


Friday, November 02, 2018

RESEPI SAMBAL TERUNG IKAN BILIS

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL TERUNG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil belacan (optional)
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk ikan bilis goring

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.


Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.


Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang.



Wednesday, October 31, 2018

RESEPI REBUNG GORENG

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh.


RESEPI REBUNG GORENG

BAHAN-BAHAN:
100 gm rebung
100 gm bilis kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar - dimayang
1 tangkai cili merah - dimayang
2 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

CARA MENYEDIAKAN
Rebung dibersihkan kemudian ditus. Jika menggunakan rebung masam, rendam terlebih dahulu kemudian buang airnya. Ulang proses ini beberapa kali untuk kurangkan rasa masamnya.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dimayang. Bila bawang layu, masukkan bilis dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan rebung, serbuk kunyit, garam dan gula. Kacau rata selama dua minit dan angkat.

RESEPI PERIA KATAK CRISPY

Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

RESEPI PERIA KATAK CRISPY
BAHAN-BAHAN:
1 atau 2 biji peria “cina” atau peria katak (5-6 biji).
1 sudu besar serbuk cili.
1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa.
1 sudu besar (tbsp) santan pekat ( tidak mestikan).
50 gm tepung gandum.
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu.
1 sudu besar (tbsp) tepung beras.
1 biji telur dipukul.
1/2 kiub ayam  (knorr atau maggi) tidak kemestian.
100 liter air ais atau sejuk atau kelikatan yang diperlukan untuk adunan tepung goreng yang sempurna.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
Basuh buah Peria. Potong dan buang kedua hujung peria. Kerat melintang dua (berbentuk selinder). Bersihkan biji dan isinya supaya peria berongga, jangan cacatkan betuk bulatnya. Hiriskan peria. Jangan terlalu nipis akan hangus dan rupa bulat akan terjejas. jangan tebal, sukar untuk masak, habis ahngus tepung tapi peria tak masak.

Ambil sebuah bekas masukkan  serbuk cili, tepung beras dan garam dan adunkan. Ambil hirisan peria satu persatu tekapkan (tekan) pada pada adunan tepung disediakan pada kedua-dua belah permukaan. Asingkan semua hirisan yang selesai tekap. Cara ini untuk mengeringkan hirisan peria supaya bila goreng ia akan ranggup dan garam untuk mengurangkan pahit.

Dalam sebuah bekas lain masukan tepung gandum, tepung ubi dan tepung yang baki adunan tekapan. Masukan santan, lada hitam, telur telah dipukul, air dan garam secukup. Adunkan supaya anda dapat adunan tepung goreng kelikatan yang tepat. Terlalu pekat adunan tepung akan menhilangkan fizikal peria. maka adunan tepung gorengan kelikatanya perlu seperti gorengan pisang. Dalam adunan tepung untuk goreng tak semestinya anda ikut cara mamak haji anda boleh sediakan berbagao adunan tepung goreng ini. kalu ada tepung gorengan ayam yang berlebihan boleh juga gunakan untuk gorengan ini. Biasa untuk berniaga mamak haji cuma gunakan tepung berlebihan ayam goreng ia lagi lazat. yang penting dalam gorengan ini ailah tekapan kepada tepung untuk mengeringkan air yg terdapat dalam hirisan peria tersebut.

Panaskan minyak, bila minyak panas secukup(miinyak perlu panas, uji minyak panas dulu), masukkan sekeping demi sekeping hirisan peria yang dicelup tepung. Mas goreng cuma 5-6 minit saja. Bila garing akan dan toskan minyak berlebihan. Sudah siap peria goreng ranggup. Mudah bukan

RESEPI GULAI LEMAK LABU AIR DENGAN UDANG

Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan.Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.

RESEPI GULAI LEMAK LABU AIR DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN::
1 biji labu air ~ kupas kulit dan potong ikut suka
300 gm udang
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sb serbuk kari daging ~ bancuh dgn sedikit air
1/2 sk serbuk kunyit
santan secukupnya
garam
minyak utk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan bwg merah hingga kekuningan, masukkan rempah dan serbuk kunyit.

Kacau selalu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan labu dan udang. Tambah 1/2 cwn air jika terlalu kering.

Bila labu agak lembut sedikit masukkan santan dan garam.

Setelah mendidih bolehlah diangkat dan dihidang utk seisi keluarga.

Tuesday, October 30, 2018

RESEPI GULAI DAGING BATANG PISANG/UMBOK PISANG

Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan. Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.

Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas..


RESEPI GULAI DAGING BATANG PISANG/UMBOK PISANG

 BAHAN BAHAN
500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam. (Orang tua2 kata, seelok2nya guna batang pisang hutan atau batang pisang awak)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kesrisik
1 peket kecil rempah kari daging
2 pelepah daun kari

BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.

Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan sedikit kepala santan hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga keluar air daging.
Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga daging empuk.

Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak lagi sebentar. Sedia untuk dihidangkan.