Thursday, March 15, 2018

RESEPI BAKWAN UDANG BERSAYUR

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI BAKWAN UDANG BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:
250gmtepung gandum
50gm cawan tepung beras
150gm udang kecil | buang kepala dan bersihkan
1 biji telur
50gm tauge | bersih dan tos
50gm kucai | potong 3cm
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu the serbuk kunyit
Air sejuk  secukupnya
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS CILI BAWANG PUTIH:
1/2 cawan pes cili kering
3/4 cawan gula Melaka
1/2 cawan air asam Jawa
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu makan kacang tanah kisar

PROSES PENYEDIAAN
Mulakan dengan menyediakan sos. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga perang.

Masukkan pes cili kacau seketika masukkan pula air asam Jawa. Setelah mendidih masukkan gula perang dan garam secukup rasa.

Kacau rata atas api perlahan hingga kuah pekat. Setelah cukup rasa tutup api. Ketepikan.

Sediakan pula bancuhan cucur, campurkan tepung gandum bersama tepung beras, garam,serbuk kunyit serta serbuk perasa ayam. Gaul rata.

Pecahkan telur di dalamnya dan tambah air, kacau rata hingga tiada tepung yang berketul.

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian campurkan kucai, tauge dan udang di dalam bancuhan tepung tadi, gaul rata.

Setelah minyak panas gunakan seduk tuangkan  perlahan-lahan bancuhan ke dalam kuali supaya bancuhan cucur menjadi lebar dan nipis.

Goreng hingga keperangan.Setelah selesai boleh guntingkannya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih dan taburkan kacang tanah di dalam mangkuk sos. Sedia dihidangkan.

RESEPI BIHUN SUP UDANG

Mihun (atau mi siam di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China, bentuknya seperti mi namun lebih tipis. Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli atau rice noodles atau rice sticks. Sebutan asal mihun ialah "bihun", yang berasal dari bahasa Cina, iaitu "bi" iaitu berasdan "hun" iaitu tepung. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal dari negara Chinadan Asia Selatan, seperti India.


RESEPI BIHUN SUP UDANG
BAHAN BAHAN
15 ulas bawang putih (cincang)
10 sudu minyak bijan
3-4 cawan air
1/2 buku kiub pati ayam
Mushrooms
Udang
Fish balls
Fish cakes
Sawi
Cili kicap- (cili, kicap, jus limau nipis)

PROSES PENYEDIAAN
Celur bihun hingga lembut, ketepikan.

Minyak bawang putih-: Panaskan minyak bijan, masukkn bwn putih yg tlh dicincang. Tumis hingga bawang putih garing, angkat dan ketepikan.

Didihkan air bersama 2 sudu minyak bawang putih. Masukkn mushrooms, kiub ayam. Didihkan lg.

Masukkn udang, fish balls dan fish cakes, serta garam. Masukkn sawi, Didihkan hingga semua masak.


Isi kan bihun dlm mangkuk, diikuti kuah sup, minyak bawang putih, chili flakes, dan cili kicap.

RESEPI RENDANG KERANG KACANG PANJANG

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.

Rasa dagingnya lembut dan sedap. Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya
BAHAN BAHAN
  • 2 kg kerang laut segar  - basuh bersih2, rebus dan kopek.. ketepikan
  • 2 biji kelapa - ambil pati santan
  • 1 -2 helai daun kunyit-dimayang nipis
  • 5 helai daun limau purut
  • 5 sudu besar kerisik-
  • 15 biji cili api - ketuk
  • 9 tangkai kacang panjang- basuh bersih,potong seperti biasa
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Aji – optional

BAHAN2 YG DIKISAR HALUS:
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - di potong nipis2 dulu ye sblm kisar
  • 5 sudu besar cili kisar

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut ... Kacau semua bahan bagi rata dan biarkan hingga naik minyak.
  • Bila dah naik minyak,masukkan isi kerang, asam keping serta cili api..kacau seminit.
  • Masukkan santan pekat tadi serta kacau rata semua bahan.
  • Bila rendang hampir mengering masukkan kerisik, garam, gula & aji, kacang panjang serta daun kunyit.. kacau rendang hingga kacang panjang empuk..
  • kalau tak suka rendang terlalu kering bolehlah tutup api awal ye.. rasa dulu jgn lupa ye.. kalau dah cukup rasa boleh la di tutup api..





RESEPI SAMBAL TUMIS KERING BILIS PETAI

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL TUMIS KERING BILIS PETAI

BAHAN BAHAN
5 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
Belacan
Cili kering
Cili besar merah
Bawang besar
Petai
Ikan bilis
Air asam Jawa
Garam gula
Minyak

PROSES PENYEDIAAN
Goreng Ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikn Goreng petai hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Blend bwg merah, bwg putih, cili dan belacan.

Panaskn minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkn air asam jawa, masak hingga pekat dan masukkn bwg besar hiris, garam dan gula.

Masak lg hingga bwg besar layu. Akhir sekali masukkn petai dan Ikan bilis. Kacau rata, dan tutup api.
 Petua



IKAN TONGKOL MASAK KARI


Ikan aya atau tongkol kerai, Katsuwonus pelamis, ialah ikan perciform sederhana dalam famili tuna, Scombridae. Ia juga dikenali sebagai aku, bonito artik, mushmouth, oceanic bonito, tuna berjalur, atau ikan victor. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki). Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan

IKAN TONGKOL MASAK KARI
BAHAN BAHAN
500gm ikan Tongkol.Bersihkan dan potong bulat
kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang
sedikit bawang merah dan bawang putih (dihiris halus @ dimayang)
serbuk kari (adabi pakai yang daging punya)
minyak santan

BAHAN BAHAN KISAR
bawang merah
bawang putih
halia

PROSES PENYEDIAAN
ikan tongkol direbus terlebih dahulu bersama garam, ajinomoto, asam keping dan  sedikit gula

Panaskan minyak,bahan yang dihiris halus @ mayang tadi sehingga layu,dan masukkan bahan yang diblender tadi bersama serbuk kari

Tumis sehingga naik bau dan masukkan kayu mianis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, tumis sehingga masak

masukkan ikan yang sudah direbus tadi. masukkan santan. masukkan garam, gula, asam keping dan gula melaka dan kacau sehingga masak dan pecah minyak

sesuai dimakan bersama nasi dagang ,kalau tak cukup ikan tongkol tadi jika kuah masih banyak rebus telus dan letak didalam kuah tadi, boleh juga dimakan bersama nasi dagang..


RESEPI MURTABAK MAGGIE

Murtabak atau juga dikenali sebagai martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia, terutamanya di Johor. Murtabak ada dua jenis iaitu murtabak ayam dan daging.

Di Kelantan, terdapat hidangan murtabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Murtabak Raja.Makanan ini terkenal di seluruh Malaysia.

Martabak Raja merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga di-Raja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini martabak dijual kepada umum. Martabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam.

RESEPI MURTABAK MAGGIE
BAHAN BAHAN
Maggie Kari
Telur (4-5 Biji)
Garam secukup rasa
Bawang Besar yang dah dipotong nipis
Daun Bawang yang dah dipotong kecil
Daun Sup/Kucai yang dah dipotong kecil
Sedikit Minyak

CARA PENYEDIAAN
Rebus mee maggie dalam air yang mendidih. Sekejap saje jangan sampai terlalu kembang. Kemudian toskan dan letak tepi.

Ambil mangkuk yang besar masukkan maggie mee yang dah ditoskan tadi. Gaulkan dengan perencah maggie tadi. Masukkan juga bawang besar, daun bawang dan sup kucai tadi.

Masukkan telur kedalam mangkuk tadi dalam 4-5 biji dan kacau seketika.

Panaskan sedikit minyak masak ke dalam non-stick pan. Tuang campuran maggi tadi dalam pan. Tekan2 sikit bagi maggi tu padat.

Bila agak agak bahagian bawah maggie tadi tu dah garing/keras terbalikkan untuk masakkan lagi sebelah.

Bila kedua dua belah dah agak garing dan x bercerai maggi tu, boleh angkat. Siap!! 



RESEPI DAGING BLACKPAPER BROKOLI

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal.

Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


RESEPI DAGING BLACKPAPER BROKOLI
BAHAN-BAHAN
800 gm daging lembu
1 pokok brokoli , dipotong
2 ulas bawang besar kuning (Holland)
3 sudu besar penuh lada hitam- dikisar kering
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil gula
Garam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air

BAHAN PERAP:
3 sudu besar kicap manis – kicap biasa yang selalu kita makan dengan nasi
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih di tumbuk
1 inci halia, ditumbuk
2 sudu besar serbuk lada hitam halus

PROSES PENYEDIAAN
Perap daging dengan bahan perap selama lebih kurang 1 jam atau semalaman. Lebih lama lebih sedap

Bila nak masak, panaskan minyak, masukkan daging perap, sesudu gula dan air secukupnya. Masak sehingga air kering dan daging lembut. Jika daging masih belum lembut, tambah air dan masak lagi sehingga kering.

Bila kering masukkan lada hitam dan kacau rata.

Masukkan brokoli dan bawang besar dan masak seketika.

Jika nak kuah lebih pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau terus tutup api.




RESEPI PUDING MILO LAPIS OREO

Puding adalah jenis makanan yang boleh jadi sama ada pencuci mulut yang manis atau hidangan savori. Perkataan puding adalah dipercayai datang dari bahasa Perancis boudin, yang berasal dari bahasa Latin botellus, yang bererti "sosej kecil", merujuk kepada daging bersalut yang digunakan dalam puding abad pertengahan Eropah

Di United Kingdom dan beberapa negara, perkataan puding boleh digunakan untuk menggambarkan kedua-dua hidangan manis dan savori. Kecuali yang layak, bagaimanapun, istilah sehari-hari penggunaan biasanya menandakan pencuci mulut; di United Kingdom, puding digunakan sebagai sinonim untuk pencuci mulut tentu. Puding manis yang pekat berasaskan kanji atau tenusu seperti puding nasi, kek kukus campuran seperti puding span Tetes dengan atau tanpa tambahan bahan-bahan seperti buah-buahan kering seperti dalam puding Natal. Hidangan savouri termasuk puding Yorkshire, puding hitam, puding lemak dan steak dan puding buah pinggang.

RESEPI PUDING MILO LAPIS OREO
BAHAN-BAHAN
10gram serbuk agar agar
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

PROSES PENYEDIAAN
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.

Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.

Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo.

Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi.

Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.
Potong dan Hidangkan.




RESEPI BINGKA GULA MELAKA

Kuih (juga dieja Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: 粿 KUA) adalah makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu dari wilayah Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di Indonesia. Kuih adalah satu istilah yang agak luas yang boleh termasuk perkara-perkara yang akan dipanggil kek, kuih, kuih, puding, biskut, pastri atau dalam Bahasa Inggeris dan biasanya diperbuat daripada nasi atau pulut.

Kuih lebih kerap dikukus daripada dibakar, dan oleh itu sangat berbeza dalam tekstur, rasa dan rupa kek dari Barat atau pastri sedutan. Banyak kuih yang manis, tetapi ada yang manis. Kuih digunakan secara meluas di kawasan-kawasan Indonesia dan Malaysia untuk merujuk kepada pencuci mulut manis atau tidak manis. Walaupun dipanggil dengan nama-nama lain, seseorang itu mungkin untuk mencari pelbagai versi sama kuih di negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar. Sebagai contoh, yang berwarna-warni kue lapis kukus dan kaya kuih bingka ubi juga boleh didapati di Myanmar, Thailand, dan Vietnam.


RESEPI BINGKA GULA MELAKA
BAHAN BAHAN A
175gm tepung beras
3 1/2 sb tepung hoen kwee - boleh ganti tepung jagung
100gm gula pasir - saya guna 50gm je
1/2 sk garam
875ml santan pekat

BAHAN BAHAN B
150ml santan cair
200gm gula melaka
2 helai daun pandan - disimpul
1 sb air kapur - opt
1 sk pewarna coklat

PROSES PENYEDIAAN
Bahan A dikacau dan tapis.

Santan cair, gula melaka dan daun pandan dimasak mendidih kemudian tapis. Satukan kesemua bahan dan masak hingga pekat.

Tuang adunan dan ratakan di dalam loyang yang digris dan bakar selama 40-45 minit pada suhu 160C. Untuk mendapatkan permukaan kuih yang garing, bakar dengan api atas sebentar.

Biar kuih benar-benar sejuk, potong dan hidangkan.



RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Kuih badak berendam, atau juga dikenali sebagai sopang di Negeri Sembilan, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.


RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

BAHAN UNTUK INTI
1 biji kelapa parut
2 sudu besar gula pasir
2 cawan gula merah
1/2 sk garam
1/2 sb tepung gandum(bancuh ngan sedikit air)
2 cawan air
2 helai daun pandan ikat simpul

masak semua bhn hingga gula da sekata.
jgn terlalu kering ya..sejukkan

BAHAN UNTUK DADIH
2 cawan santan pekat
1 sb tepung beras
1 sk tepung gandum
1 sk garam
2 helai daun pandan ikat simpul

campur semua bhn..kacau2 hingga tiada tepung bergentel baru naikkan atas dapo..

masak hingga doh pekat atas api sederhana..

kena sentiasa kacau agar dadih x berketul2..ketepikan

BAHAN UNTUK DOH
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan jus pandan
Air secukupnya
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau

bancuh semua bhn hingga bole membentuk doh..didihkan air dlm periuk kecil

bulatkan doh & masukkan inti kemudian rebus dlm air yg telah mendidih td.

biar hingga doh timbul keatas angkat & toskan

bila da siap rebus semua doh bole la dihidang bersama dadih tdselamat mencuba

Wednesday, March 14, 2018

RESEPI AYAM LENGGANG

Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.


RESEPI AYAM LENGGANG
BAHAN KISAR
2 biji bawang
2 inci halia
2 inci kunyit
10 biji cili hijau
6 ulas bawang putih
3 inci belacan

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah
3 batang serai (dititik)
4 tangkai daun kari
Ayam
Serbuk lada hitam
Lobak merah dan tomato jika suka

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan-bahan tumis hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan bahan kisar, air, serbuk lada hitam dan lobak merah.

Biarkan hingga mendidih dan ayam empuk. Akhir sekali masukkan tomato dan garam. Kacau dan biarkan seketika.


Sungguh sedap dimakan dengan nasi panas @ roti.