Showing posts with label RESEPI JERUK. Show all posts
Showing posts with label RESEPI JERUK. Show all posts

Thursday, May 02, 2019

TENGGIRI JERUK HOMEMADE


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan tenggiri dipotong agak tebal anggaran 1 jari
1 genggam garam kasar
1 mangkuk cuka masakan
10 keping asam gelugur/keping
Minyak masak secukupnya

CARA CARA
1. Cuci bersih ikan yg dipotong. Toskan airnya. Susun di dulang dan jemur pada panas terik selama 2 jam

2. Lepas 2 jam angkat ikan dan sejukkan. Lap2 sikit dgn tisu dapur kalau ikan masih basah

3. Sediakan cuka dlm mangkuk yg boleh muat ikan. Sediakan juga 1 bekas bertutup yg bersih

4. Celupkan ikan dlm cuka, angkat ikan guna sudu atau pengepit, susun dlm bekas bersih tu. Buat 1 barisan (mungkin 3,4 keping ikan)

5. Taburkan sebahagian drp garam kasar dan susun asam di antara ikan - proses pengawetan ikan ya

6. Celup baki ikan dan susun lg 1 barisan. Buat sampai ikan habis. Taburkan baki garam dan asam pd ikan

7. Tutup bekas rapat2. Balut bekas dgn plastik hitam atau kain gelap dan simpan dlm tpt gelap mcm kabinet dapur selama seminggu (5-7 hari)

8. Selepas di peram seminggu tu, buangkan air ikan dan asam keping, pindahkan ikan dlm bekas lain yg bersih. Susun cantik2 dan tuang minyak masak secukupnya utk awetkan dan supaya isi ikan tak kering

Saturday, April 13, 2019

CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM

BAHAN BAHAN
Ikan air tawar - bergantung banyak mana yang anda perlukan
Garam - agak-agak, bergantung pada berapa banyak ikan
Beras goreng tanpa minyak - (di sangai & di tumbuk halus)

CARA MEMBUAT
Bersihkan ikan & toskan airnya semalaman. Ambil ikan yang telah di toskan tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.

Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara - disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari. Jaga jangan sampai ada air - ikan itu mesti di keringkan selalu airnya.Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi di basohkan & bilaskan serta di toskan supaya kering.

Salutkan ikan yang telah di toskan tadi dengan beras goreng & simpan 2 - 3 minggu, baru boleh di makan ikan itu - lagi lama di simpan, lagi le lebih elok menjadi ikan pekasamnya.


NOTA :

Pastikan jika ikan di dapati ada air di bawah bekasnya - buangkan airnya supaya ikan kering & kesin.

Pastikan juga supaya bekas ikan itu, tidak di hinggapi lalat/ langau kerana bila di hinggapi di takuti ikan akan berulat.

Ikan di simpan dalam dalam suhu bilik tidak di dalam peti ais, tapi sekiranya selepas 3 minggu bila telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh di simpankan ikan tersebut dalam peti ais.

Bila telah menjadi ikan pekasam - bolehlah ikan itu di goreng seperti yang di syorkan 

Thursday, April 11, 2019

BAWANG PUTIH JERUK

                                

BAHAN BAHAN
Bawang putih
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)

PESANAN:
1.Bersihkan bawang putih dan JANGAN BUANG KULIT jika nak jeruk bawang putih anda selabu

Bersihkan bawang putih,kupaskan seulas seulas jika nak kan portion yang lebih kecil

CARA MEMASAK:
Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.Masak hingga mendidih.

Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.

Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.

Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.

Wednesday, April 10, 2019

CARA-CARA MEMBUAT PETAI JERUK


BAHAN BAHAN
Petai secukupnya, pilih yang agak tua (4 cawan isi petai)
Garam (1 cawan garam)
Air secukupnya
beberapa keping asam gelugur

CARA MEMBUATNYA
Didihkan air, celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan isinya.

Rendamkan ke dalam air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih. Gaulkan dengan garam secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca, tutup dan perap selama dua malam.

Selepas itu, masukkan asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.

Nota :

Kuah jeruk petai hendaklah masin dan masam sedikit untuk mengelakkan jeruk petai cepat rosak.

Sekiranya kuah petai jeruk kelihatan jernih dan tidak keruh, menandakan garamnya telah cukup, tetapi sekiranya kuah petai jeruk kelihatan keruh, cepat2 tambahkan garam.

Wednesday, October 31, 2018

RESEPI JERUK MANDAI TUMIS CILI

Penjerukan, juga dikenali sebagai rendaman air garam, merupakan proses pengawetan makanan oleh pemeraman makanan melalui organisma anaerobik dalam larutan bergaram (larutan garam boleh makan bersama air) untuk menghasilkan asid laktik, atau pengaraman dan disimpan dalam laurtan berasid, biasanya cuka (asid asetik). Makanan terhasil dikenali sebagai jeruk. Prosedur ini memberikan makanan rasa masin atau masam. Di Asia Selatan, minyak boleh dimakan biasanya digunakan sebagai medium jeruk bersama cuka.

RESEPI JERUK MANDAI TUMIS CILI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan hirisan jeruk mandai @ jeruk kulit cempedak
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/2 camca teh gula
Garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :
Cuci mandai atau jeruk kulit cempedak bawah air paip.

Kemudian perah hingga kering dan hiris kecil. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan ikan bilis dan masak hingga ikan bilis sedikit garing.

Tambah mandai, kacau rata dan masak hingga kering dan mandai kering. Tambah gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan matikan api.

Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng

Monday, October 22, 2018

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.


RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI
BAHAN-BAHAN
mangga muda/mempelam
asam boi
gula(6 sudu besar)
garam(1 sudu besar)
cili padi (dipotong dan jika suka pedas lebihkan)

CARA-CARA:
kupas mangga muda,cuci dan toskan air sehingga kering.

campurkan semua bahan-bahan diatas.

simpan dalam peti sejuk buat seketika.(4-5jam) siap untuk dimakan




Sunday, April 01, 2018

RESEPI JERUK BELIMBING BULUH


Penjerukan ialah proses pengawetan makanan dengan direndam di dalam larutan berasid (seperti cuka) atau larutan garam yang pekat. Makanan sebegini disebut jeruk.

Penjerukan, juga dikenali sebagai rendaman air garam, merupakan proses pengawetan makanan oleh pemeraman makanan melalui organisma anaerobik dalam larutan bergaram (larutan garam boleh makan bersama air) untuk menghasilkan asid laktik, atau pengaraman dan disimpan dalam laurtan berasid, biasanya cuka (asid asetik). Makanan terhasil dikenali sebagai jeruk. Prosedur ini memberikan makanan rasa masin atau masam. Di Asia Selatan, minyak boleh dimakan biasanya digunakan sebagai medium jeruk bersama cuka.

RESEPI JERUK BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN
Bemibing
1 sudu makan kapur makan
3 sudu besar garam kasar
1-2 cawan gula pasir
2 sudu makan cuka masakan (tambahan)
air secukupnya.

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan belimbing. Potong ujung dn pangkalnya.

Bubuh dlm molo. Isi air dan garam. Tutup molo dan biorkan 2 malam.

Lepas 2 malam. Buang air garam. Rendam belimbing dgn air biasa 3 jam.

Masak air gula. Biar sejuk.

Lepas 3 jam, toskan belimbing. Masuk semula dlm molo. Masukkan air gula, garam sikit, cuka sikit, rak lada halus masuk sekali. Tutup molo. Biorkan kejap. Pastu masuk dlm peti ais. Lepas sejam dua, bolehlah mamam.


RESEPI JERUK MANGGA MUDA



Penjerukan ialah proses pengawetan makanan dengan direndam di dalam larutan berasid (seperti cuka) atau larutan garam yang pekat. Makanan sebegini disebut jeruk.

Penjerukan, juga dikenali sebagai rendaman air garam, merupakan proses pengawetan makanan oleh pemeraman makanan melalui organisma anaerobik dalam larutan bergaram (larutan garam boleh makan bersama air) untuk menghasilkan asid laktik, atau pengaraman dan disimpan dalam laurtan berasid, biasanya cuka (asid asetik). Makanan terhasil dikenali sebagai jeruk. Prosedur ini memberikan makanan rasa masin atau masam. Di Asia Selatan, minyak boleh dimakan biasanya digunakan sebagai medium jeruk bersama cuka.

RESEPI JERUK MANGGA MUDA

BAHAN-BAHAN
8-10 biji mangga muda
1 sudu makan kapur makan
3 sudu besar garam kasar
1-2 cawan gula pasir
2 sudu makan cuka masakan (tambahan)
air secukupnya.

PROSES PENYEDIAAN
Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh...hanya bersihkan kulitnya dan kemudian belah dua....buang biji dan selaputnya.

Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit.

Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk pelam ranggup. Jangan abaikan step yang ini.

Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut....toskan.
Masukkan mangga dalam bekas bertutup. Tuangkan bancuhan air + garam kedalamnya. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.

Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam

Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.

Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan.

Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.

Tuang air gula + cuka kedalam bekas mangga tadi.

Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.

Wednesday, August 09, 2017

KILAU MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU PANTAI TIMUR SABAH

Makanan tradisi suku kaum Bajau Sabah ada pelbagai jenis sepertimana saya sudah post d Blog saya sebelum sebelum ini. Selain putu, tehe tehe, sagol dan lain lain lagi makanan tradisi suku kaum Bajau. Terdapat juga satu lagi makanan tradisi suku kaum ini iaitu Kilau atau Kinilau.

Kilau atau kinilau merupakan isi ikan terpilih yang dimakan secara mentah. Walaupun demikian kilau selamat dimakan kerana sebelum proses makanan ini siap dihdang untuk dimakan, ia melalui proses peraman samaada menggunakan cuka atau limau nipis. Walaupun dikatakan mentah, tetapi apabila telah dicampur dengan cuka atau limau ia sebenarnya telah pun masak. Cuka dan limau mempunyai acid yang boleh memasakan makanan.

Sebenarnya cara menyediakan kilau hamper sama dengan penyediaan kerabu isi ikan. Bahan yang digunakan sama kecuali serai. Kerabu menggunakan banyak serai yang dicincang halus tetapi kilau tidak menggunakan serai amnya. Walaupun demikian ada juga menggunakan serai untuk penambah rasa.

Jenis ikan yang selalu digunakan untuk membuat kilau adalah seperti isi ikan tenggiri,ikan tuna,  ikan bilis putih, ikan tamban, ikan alu alu dan lain lain ikan pun boleh digunakan yang penting isi dia boleh serap asam yang akan digunakan.



Hidangan kilau selalunya akan dicampurkan bahan bahan asas masakan iaitu bawang besar, manga muda, cili hijau dan chili merah/ cili padi, limau, garam, cuka dan tomato.

Cara penyediaan atau resepi adalah seperti berikut :

Bahan-bahan:
o  500 gram ikan bilis, ikan tenggiri, ikan alu alu atau lain lain ikan - bersihkan - buang isi perut, kepala dan tulang serta ekor
o   2 biji mangga muda - kupas dan cincang halus
o   1 labu bawang besar - hiris halus
o   1 biji cili hijau  / merah - hiris
o   7-10 biji cili padi - hiris / biarkan saja - jika hendak makan baru patahkan
o   3 sudu makan cuka / perahan jus limau kasturi
o   garam / perasa pilihan
o   tomato

Cara:
1. Gaulkan kesemua bahan di atas.

2. Peram dalam 5-10 minit untuk asam serap masuk ke dalam isi ikan. Hiding dan makan bersama nasi putih atau putu