Saturday, February 24, 2018

TUHAU

Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional masyarkat di Sabah. Ia merupakan makanan yang popular bagi suku kaum Kadazan-Dusun.

Tuhau adalah sebutan dalam bahasa Kadazan dan Dusun atau [nama saintifik = E.Coccinea] dan [Bahasa Iban = Upak Kecalak] bagi sejenis tumbuhan herba yang hidup subur di kepulauan Borneo yang mempunyai jenis pokok rendah tidak berbatang jenis keras. E. coccinea,ala kerabu. Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah.

TUHAU


Tuhau merupakan makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun di negeri Sabah. Pokok Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di Kepulauan Borneo dan merupakan tumbuhan yang tidak mempunyai batang yang keras. Di negeri Sabah, Pokok Tuhau banyak tumbuh di kawasan atau daerah seperti di Tambunan, Ranau dan juga Keningau.

Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Tuhau adalah :

01. Pokok Tuhau muda
02. Cuka
03. Garam
04. Limau Kasturi
05. Lada Padi
06. Lada Merah

Dan cara penyediaannya adalah :

01. Potong pokok tuhau muda dengan halus
02. Hiris lada merah halus-halus
03. Tumbuk lada padi hingga halus
04. Letakkan garam secukup rasa
05. Perahkan limau kasturi atau guna cuka
06. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati

Setelah semuanya telah digaul sehingga sebati, maka Tuhau tersebut boleh sudah untuk dihidangkan atau di makan.

NONSOM

Bosou atau juga dikenali sebagai nonsom atau nama lain dipanggil sambaat, kinaraatan,gagau dan tinamba(ranau) merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun-murut (KDM), Sabah, sebagai pembangkit selera. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau jeruk. Antara bahan utama bosou ialah biji kepayang (bahasa Malaysia), pang (bahasa Dusun) ataupun keluak (bahasa Indonesia).

Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional penduduk negeri Sabah. Ia merupakan makanan tradisi suku kaum Kadazan-Dusun.

NOONSOM

Noonsom merupakan makanan tradisi dan merupakan hidangan istimewa bagi bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Noonsom adalah sejenis makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (Buah) dan Noonsom Tuhau (Tumbuhan).

Noonsom Sada (Ikan) biasanya menggunakan ikan air tawar telah yang dibersihkan dan dijeruk bersama buah pangi, nasi dan garam. Bahan-bahan ini akan dimasukkan ke dalam bekas dan dibiarkan (dijeruk) selama lebih kurang 1 minggu hingga 2 minggu sebelum dihidang.

Noonsom Bambangan (Buah) pula biasanya menggunakan isi buah bambangan yang dihiris kemudian dicampurkan bersama biji buah bambangan yang diparut dan diletakkan sedikit garam. Noonsom Bambangan biasanya dijeruk dalam bekas atau botol selama lebih kurang 1 minggu sebelum dihidang.

Bagi Noomsom Tuhau pula, ia menggunakan isi pokok tuhau iaitu sejenis tumbuhan yang dihiris halus dan dijeruk bersama cuka, garam dan cili merah. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas dan dibiar beberapa minit sebelum dihidang.

Thursday, February 22, 2018

UDANG LIPAN GORENG KUNYIT


UDANG LIPAN
Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.
Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.

Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang

UDANG LIPAN GORENG KUNYIT



BAHAN BAHAN
Udang lipan
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit sos lada hitam

PROSES PENYEDIAAN

Ambil semua bahan, gaul sebati. Biarlah dalam 15 minit. Lepas itu goreng.


BELANGKAS MASAK SAMBAL


BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.


BELANGKAS MASAK SAMBAL



BAHAN BAHAN
Telur belangkas dari 1 Ekor Belangkas
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
1 bawang besar - potong bulat
1 batang serai - diketuk
sedikit air (optional)
garam secukup rasa
minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.

Akhir sekali, masukkan telur Belangkas. Gaul sebati. Padamkan api.

KERABU TELUR BELANGKAS


BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

KERABU TELUR BELANGKAS


BAHAN BAHAN
1 ekor belangkas keluarkan telur dan isi
2 biji tomato | dipotong
1 biji timun | dihiris nipis
1 cawan hirisan batang saderi
5 biji cili padi | dihiris nipis
2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan atau sotong
Sedikita hirisan daun ketumbar
Gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Celur telur belangkas dan isi seketika dan toskan.

Dalam sebuah mangkuk besar, satukan sayuran dan telur belangkas.

Masukkan sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis. Boleh ditambah kuantiti sos ikan, gula atau jus limau agar seimbang rasa masin, masam dan manisnya.

Gaul hingga rata dan hidangkan.


BELANGKAS MASAK ASAM PEDAS


BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

BELANGKAS MASAK ASAM PEDAS


BAHAN BAHAN
1 Ekor belangkas ada telur  - di bersihkan dan belah ikut suka
1 cawan air asam jawa dan air secukupnya (bergantung kepekatan masing2)
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
1 batang serai - diketuk
1 inci halia - ketuk
daun kesum secukupnya
garam, gula@perisa secukup rasa
minyak untuk menumis

BAHAN DIKISAR
15 tangkai lada kering- rebus dan toskan
3 biji bawang merah
2 bawang putih
1 inci kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, halia, lada hitam dan juga serai titik. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar kemudian masukkan air lagi secukupnya, Didihkan.

Masukkan belangkas, daun kesum dan teruskan masak. Sesekali balik2kan ketam agar masak rata. Akhir sekali masukkan garam dan gula@perisa secukup rasa . *Jika suka boleh masukkan tomato/bendi.

Siap untuk dihidang.

BELANGKAS MASAK SAMBAL


BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

BELANGKAS MASAK SAMBAL


BAHAN BAHAN
1 ekor belangkas (siang dan basuh bersih)
2/3 cawan air asam jawa
1 ulas bawang besar dihiris kasar
2 cawan air
1 cawan minyak masak
garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS
2 Ulas bawang besar
4 Ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit
1 1/2 inci halia
18 tangkai lada kering yg dibelah dan direndam air panas
1 inci belacan

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang besar yg dihiris kasar sehingga wangi.Angkat bawang tadi dan toskan dari minyak.

Tumis pula bahan kisar menggunakan minyak yang sama menggoreng bawang tadi.

Apabila bahan tumisan pecah minyak atau garing, masukkan air.Kacau rata.

Masukkan garam, gula dan bahan perasa (jika mahu) secukupnya. Kacau sebati.

Masukkan pula belangkas yang siap disiang dan dibersihkan. Gaul rata.Biar mendidih.

Letakkan air asam jawa.Kacau rata, perlahankan api.Tutup kuali dengan penutup.

Biar 5-7 minit sehingga belangkas masak. Taburkan bawang yang sudah digoreng tadi dan kaup balik sebentar. Matikan api, sedia dihidang.

JERUK BAMBANGAN


BAMBANGAN
Pokok Bambangan merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Mangifera pajang.
Pokok Bambangan ("Mangifera pajang")merupakan salah satu spesies Mangifera, ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga gajus, Anacardiaceae. Ia mengandungi kira-kira 69 spesies.

JERUK BAMBANGAN


BAHAN BAHAN
4 biji buah bambangan (bacang) masak
2 biji bambangan
50 gm cili merah
20 gm cili padi
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Buah bambangan dibunag kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang Berukuran setengah inci. Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar.

Cili merah dibelah dua. Gaulkan semua bahan-bahan hingga sebati. Simpan di dalam botol.

UDANG GALAH MASAK BERLADA

Udang galah (Macrobrachium Rosenbergii) adalah sejenis udang air tawar, Udang galah (Macrobrachium Rosenbergii) atau dikenal juga sebagai Giant Freshwater Shrimp merupakan salah satu jenis Crustacea, dari famili Palamonidae dengan species Macrobrachium rosenbergii. yang mempunyai ukuran terbesar dibandingkan dengan udang air tawar lainnya. Udang galah hidup pada dua habitat, pada stadia larva hidup di air payau dan kembali ke air tawar pada stadia juvenil hingga dewasa.


Udang galah adalah jenis udang yang bisa dibudidayakan pada lahan tanah sawah, kolam atau empang air tawar. Pemeliharaannya relatif lebih mudah dibandingkan dengan jenis udang lainnya dan sampai saat ini belum ditemukan adanya hama atau penyakit yang membahayakan yang dapat mengganggu budidaya udang galah dan dapat menyebabkan terjadinya kegagalan panen.


RESEPI UDANG GALAH MASAK BERLADA

BAHAN BAHAN

400gm Udang Galah
Bawang Mearah+Bawang Putih Cincang
Chili Hijau dan Chili Merah
Halia Cincang
Serai
Sos Tiram
Sedikit Air Asam Jawa Perasa


PROSES PENYEDIAAN

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga kekuningan.

Masukkan Chili yang telah ditumbuk  dan tumis hingga pecah minyak

Masukkan sedikit sos tiram

Masukkan perasa (gula, garam,aji) dan sedikit air asam jawa. Biar ada rasa masam manis.

Masukkan udang dan masak hingga keringSiap dan boleh dihidangkan

Wednesday, February 21, 2018

UDANG GALAH MASAK TELUR MASIN


UDANG GALAH
Udang galah (Macrobrachium Rosenbergii) adalah sejenis udang air tawar, Udang galah (Macrobrachium Rosenbergii) atau dikenal juga sebagai Giant Freshwater Shrimp merupakan salah satu jenis Crustacea, dari famili Palamonidae dengan species Macrobrachium rosenbergii. yang mempunyai ukuran terbesar dibandingkan dengan udang air tawar lainnya. Udang galah hidup pada dua habitat, pada stadia larva hidup di air payau dan kembali ke air tawar pada stadia juvenil hingga dewasa.

Udang galah adalah jenis udang yang bisa dibudidayakan pada lahan tanah sawah, kolam atau empang air tawar. Pemeliharaannya relatif lebih mudah dibandingkan dengan jenis udang lainnya dan sampai saat ini belum ditemukan adanya hama atau penyakit yang membahayakan yang dapat mengganggu budidaya udang galah dan dapat menyebabkan terjadinya kegagalan panen.

UDANG GALAH MASAK TELUR MASIN


BAHAN BAHAN
400 gm udang Galah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar


PROSES PENYEDIAAN
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.

Udang galah dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)

Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.

Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)

Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.

Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.


UDANG GALAH MASAK LEMAK BELIMBING BULUH

Udang galah (Macrobrachium Rosenbergii) adalah sejenis udang air tawar, Udang galah (Macrobrachium Rosenbergii) atau dikenal juga sebagai Giant Freshwater Shrimp merupakan salah satu jenis Crustacea, dari famili Palamonidae dengan species Macrobrachium rosenbergii. yang mempunyai ukuran terbesar dibandingkan dengan udang air tawar lainnya. Udang galah hidup pada dua habitat, pada stadia larva hidup di air payau dan kembali ke air tawar pada stadia juvenil hingga dewasa.

Udang galah adalah jenis udang yang bisa dibudidayakan pada lahan tanah sawah, kolam atau empang air tawar. Pemeliharaannya relatif lebih mudah dibandingkan dengan jenis udang lainnya dan sampai saat ini belum ditemukan adanya hama atau penyakit yang membahayakan yang dapat mengganggu budidaya udang galah dan dapat menyebabkan terjadinya kegagalan panen.

UDANG GALAH MASAK LEMAK BELIMBING BULUH
BAHAN BAHAN
400gm udang galah (saiz besar)
10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap biji
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
3 biji cili merah
10 biji cili padi hijau (optional)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

PROSES PENYEDIAAN
Udangdibersihkan, kerat muncung dan kakinya, cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik, masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.

Masukkan asam gelugor dam juga santan pekat. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu.

Tambah garam secukup rasa, secubit gula, belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.