Saturday, March 23, 2019

ROTI NAN CHEESE

BAHAN ROTI NAN
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut..

CARANYA..
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dr resepi diatas bakinya nanti 
masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam..kacau biarkan selama 5 
minit. *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti dlm gambar

2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti

3. Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung..aduk sebati kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit

4. Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan 
doh)

5. Adunan dah naik... bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung..Bulatkan2 seperti dlm gambar sehingga habis. biarkan seketika dlm 10 minit tutup ngan kain..

6. Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat pau)

7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya cheese tadi tak terkeluar

8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan

9. Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia..

10. Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging..

RESEPI KEEMA DAGING
1/2 kg daging dipotong kecil dibersihkan
sedikit halia
3 biji bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar saiz sederhana dicincang halus.
2 sudu kecik serbuk ketumbar (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 btg kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1@2 biji tomato dipotong dadu
kacang pis
sedikit minyak utk menumis
2 sudu yogurt plain
1 sudu besar garam masala

CARANYA...
1. Panaskan minyak..masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia..biar ia naik bau dan masukkan cili kisar

2. masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga) kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala

3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air..masak hingga empuk

4. Masukkan sedikit air lagi jgn terlalu cair sangat ye..sbb ia tak guna santan..masukkan tomato , kacang pis , yogurt dan perasakan dgn garam..

RESEPI TEPUNG TALAM

LAPISAN ATAS
3 cwn santan
2 cwn tepung beras
sedikit garam

LAPISAN BAWAH
½ cwn gula merah
½ cwn gula putih
3 cwn air
1½ cwn tepung gandum*
1 sudu besar tepung ubi*
1 sudu besar air kapur*

CARANYA..
LAPISAN ATAS
1. campurkn gula merah, air dan gula putih...  kemudian masak sebentar utk larutkn gula dan tapis... sejukkan

2. satukn bahan yang bertanda * dan tuang air gula tdi.. kacau sebati dan tapis...

3. tuangkn ke dlm acuan lompang yg telah dioles dgn minyak dan kukus selama 15 minit..biarkn sejuk sedikit baru tuang lapisan atasnya.

LAPISAN BAWAH
1. satukn semua bhn dan kacau sebati.. tapiskan.

2. tuangkn keatas lapisan bwh tdi dan kukus selama 15 minit.. siap..

KEK LAPIS MASAM MANIS

BAHAN BAHAN
5biji telur
1sk ovelet
1sk serbuk penaik
1cwn susu pekat manis
1cwn Biskut Tiger-hancurkan jd serbuk 
1cwn tepung kek
1sk Esen vanila
1/2cwn gula
1cwn planta-cairkan
Haw flakes secukupnya 

BAHAN BLEND
Telur,ovelet hingga kembang
Masuk gula,susu,palnta cair
Bland lg last masukkan biskut n tepung
Bland lg...kukus dlm loyang pilihan
5minit bersama asam manis

RESEPI PUTU BAMBU

BAHAN BAHAN
●400 Gram Tepung Beras
●300 ml Air
●3 Lembar Daun Pandan
●1/2 Sendok Garam
●125 Gram Gula Melaka yang telah dikisar
●125 Gram Kelapa Parut

CARA MEMBUAT PUTU BAMBU
1. Rebuslah air yang dicampur dengan garam dan daun pandan sampai mendidih, jika sudah angkat dan biarkan sampai hangat

2. Masukan tepung beras ke dalam sebuah bekas, kemudian masukan air pandan tersebut sedikit demi sedikit sambil diadun hingga merata

3. Gunakan penapis kasar kemudian masukkan adunan tepung, dan diayak hingga adunan menjadi halus

4. Masukan adunan ke dalam cetakan bambu yang dibawahnya sudah diberi potongan kecil daun pandan(atau daun pisang) sebagai alas.

5. Lubangi bagian tengah adonan kemudian masukan sisiran gula melaka secukupnya. Jika sudah tutup dengan adunan tepung beras hingga cukup penuh dan ratakan

6. Siapkan pengukus yang terdapat lubang-lubang kecil, kemudian letakan cetakan yang sudah berisi adunan putu dengan posisi berdiri tepat di atas lubang kukusan.

7. Kira-kira setelah sekitar 10 minit dikukus, angkat dan keluarkan kuih putu dari cetakan dan sajikan di atas piring.

8. Taburi kuih putu yang sudah masak tadi dengan parutan kelapa ditambah sedikit gula pasir.

Friday, March 22, 2019

RESEPI COCONUT SHAKE

Disediakan resepi untuk menghasilkan coconut shake yang sedap.selamat mencuba korang.
BAHAN RESEPI 1
1 Gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
1 scoop ais krim
sedikit air batu

RESEPI 2
bahan-bahan
1 litter air kelapa muda
1 cawan isi kelapa muda
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)
2 tin air 'ice-cream soda'
ais secukupnye

RESEPI 3
bahan-bahan
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila
1/2 cawan susu pekat atau susu segar (bergantung kepada kehendak anda, lebih banyak lebih berkrim)

PROSES PENYEDIAAN
masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas.

Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang

BISKUT SUSU

BAHAN BAHAN
  • 500gram – Tepung Jagung
  • 1 cup – Buttercup
  • 1/2 tin- Susu Pekat

BAHAN TAMBAHAN
Untuk bahan tambahan ini jika tiada pun tak apa, ianya hanya ditambah untuk menyedapkan lagi biskut susu ni
  • 1 sudu kecil – Esen Vanilla
  • Coklat Chip

CARA PENYEDIAAN
  • Pastikan buttercup berada dalam keadaan suhu bilik 
  • Masukkan buttercup kedalam bekas dan susu pekat (ikut pada kemanisan yang korang nak)
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung
  • Masukkan Esen vanilla dan coklat chip
  • Adunkan bahan tersebut sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. ( biarkan seketika selepas adunan siap)
  • Buatkan doh kecil-kecil diatas dulang pembakar.
  • Tekan doh menggunakan hujung garfu Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.

RESEPI CHEESEKUT

             
BAHAN BAHAN
3 paket biskut saltcheese
(kalau tkda biskut saltcheese ni bole guna biskut cheese lain)
250g creamcheese tatura
150g pure butter
1cwn gula halus
1/2 cwn susu manis
Fresh milk utk celup sekejap saltcheese.

CARA PENYEDIAAN
Butter cheese gula susu manis mixer hingga kembang.

Sedia acuan yg telah di lapik plastik.Tuang sikit adunan cheese tadi utk lapisan pertama, celup biskut saltcheese sekejap jak dlm freshmilk then susun atur atas adunan cheese tadi..buat begitu selang seli hingga habis..antara lapisan boleh juga bubuh coklet rice ..

siap simpan dlm petisejuk..nyaman..senang dn simple tk perlu bakar.

KEREPEK POPIA CHESSE

BAHAN BAHAN
Kulit popia (dipotong kecik2)
Serbuk cheese
Gula halus (sckup rsa)
*nak pedas ltk serbuk cili kering/serbuk kari skit*xyah ltk garam serbuk cheese dh masin

PROSES BUAT
1. Goreng kulit popia (ketepikn)
2. Didalam bekas lain Masokn serbuk cheese dan gula lepastu gaul sebati..
3. Kemudian Masokn kulit popia tdi kdlm bekas cheese dan gaul(sy gna tgn je).
4. Siap

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

BAHAN BAHAN
  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)

CARA PENYEDIAAN
  • Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  • Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau 
  • Masukkan sedikit air supaya tak kering sgt sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, 
  • Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai y6g diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. 
  • Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

AYAM MASAK RENDANG

BAHAN BAHAN
  • 10 ketul ayam
  • 2 biji bwg besar
  • 3 biji bwg putih
  • 1 inci halia
  • 4 btg serai (kurus)
  • *kalau serai gemuk 2 btg shj
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci kunyit hidup/serbuk
  • *semua bahan di atas untuk diblend
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 mangkuk santan (sy guna santan perah)
  • 5 sudu Kerisik (jangan membukit)
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)

PROSES PENYEDIAAN
1. Blend semua bahan tumis.
2. Tumis dalam minyak panas. Biar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
4. Perasakan gula, garam dan letak asam keping.
5. Masukkan ayam. Kacau sebentar.
6. Masukkan santan dan tutup kuali dengan api sederhana.
7. Apabila agak kering masukkan kerisik dan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

Selamat mencuba!



HOMEMADE SOS CHESSY & POTATO WEDGES

BAHAN SOS CHESSY
3@4 sudu marjerin
2 sudu tpg gandum
1 mug@300ml susu cair @ susu full cream
Lada sulah, lada hitam
1kiub pati ayam
6keping cheese
Pewarna kuning atau oren

CARA CARA
Cairkn marjerin, masukkn susu, kemudian tepung gaul sebati smpi x Berbintil.

Masukkn kiub ayam dan cheese dan perasakan dgn lada sulah dan lada hitam.. Dan pewarna.

Tambah garam jika perlu, masak sos x terlalu pekat atau x terlalu cair.

POTATO WEDGES
Kentang 5,6 biji
Garam
Lada sulah, lada hitam
Tepung jagung

CARA CARA
1.basuh kentang Bersih2, xperlu buang kulit.
2.potong memanjng ala2 wedges kfc tu.
3.rebus 5 minit jgn smpi masak. Nnt mse goreng lembik plk.
4.toskn,masukkn dlm bekas.
5.perasakan garam, lada sulah, lada hitam, dan tepung jagung.
6.goreng api kecil. Klu api besar hitam dan pahit nnt.

RESEPI PENGAT PISANG

BAHAN BAHAN
  • 3 biji pisang tanduk
  • 1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dalam 3 minit
  • Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu

BAHAN KUAH
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan

CARA MASAK
  • Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus terlalu lama.
  • 2Sementara itu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah direndamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
  • Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
  • Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan. Gaul sebati. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah.
  • Biarkan mendidih seketika. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.
  • Selamat mencuba

RESEPI KEK LAPIS CHESSE OREO

BAHAN BAHAN
450g Mentega Berkualiti
240 g gula halus (sudah dikurangkan)
2 sudu ovalette
250 g cream cheese
10 Biji Telur
5 sudu makan susu pekat
250 gm tepung hong kong
50 g tepung aiskrim vanilla
1 oz air sejuk (peti ais) / 25 ml
Sedikit cheddar utk lapisan atas sekali (ikut kesukaan)/ Untuk setiap lapisan oreo
3 bungkus oreo di buang inti

CARA PENYEDIAAN
Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukan ovalate pukul sampai sebati,

Masukan cream cheese pukul smpai sebati

Masukan telur satu persatu dan Masukan susu pekat sampai sebati

Masukan tepung hong kong, tepung aiskrim vanila sebatikan lepas tu Masukan air sejuk pukul sampai sebati

SETIAP 3 LAPISAN LETAK OREO DAN PARUTAN CHEESE CHEDDAR

1 lapisan bersamaan 7 sudu makan (1 cawan kecil)
Panaskan Oven Suhu 160 C 10 minit
*ikut kesesuaian oven masing-masing
Untuk Lapisan pertama bakar GUNA API ATAS BAWAH

Lapisan Kedua hingga Habis Guna API ATAS SAHAJA
Setiap lapisan mengambil masa 7-10 minit utk masak

RESEPI KEK NENAS


BAHAN BAHAN
lapisan bawah
1 Sudu mentega
1/2 cawan  gula perang
1 tin nenas bulat
sira ceri

LAPISAN ATAS
2 Cawan tepung kek
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 Cawan mentega..lembutkan
1 Cawan gula kastor
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 cawan jus nenas

CARA CARA
Untuk lapisan bawah: Griskan loyang Kek dengan mentega dan taburkan gula Perang didasar loyang..Susun kepingan Nenas pada lapisan pertama dan letak Ceri ditengah lubang nenas tu.

Untuk Lapisan atas ayakkan tepung serbuk penaik..ketepikan

Didalam mangkuk lain..putarkan Mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan bahan yang diayak tadi. Telur esen vanila dan jus nenas.. Gaul sebati.

Tuangkan adunan mentega kedalam Lapisan bawah dan bakar selama 45 minit Pada suhu 175°C..cucukkan dengan lidi ditengah kek..bagi memastikan kek masak atau tidak..jika bersih..tanda dah masak. Sejukkan baru diterbalikan kek tu.


RESEPI KEREPEK LIDAH BUAYA


BAHAN BAHAN
1 kg tepung gandum
4 sd mkn marjerin
3 sd mkn minyak
2 biji telur
1 1/2 cwn air
1 sdt garam
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn minyak masak
*utk sira gula pasir d kisar halus...

PROSES PENYEDIAAN
Satukn tepung jagung dn minyak msk hingga mnjadi pes klu agk pekat tmbh lgi minyak..ketepikn..

Panaskn marjerin n minyak..

Satukn tepung gandum,marjerin n minyak yg dh dpanaskn,garam...gaul rata.

Telur dpukul dulu kejap curah dlm tepung..gaul lgi..

Curahkn air sikit2 hingga mnjadi doh yg lembut.

Bulat2 kn doh sebesar penumbuk.Lepas tu ambil sebiji doh canaikn nipis sapukn rata pes cmpuran tepung jagung ngan minyak tadi..gulung dgn kemas.

Potong doh yg dgulung tdi dn canai leper setiap doh yg dpotong tdi..jgn tekn sgt semasa canai leper tu nnti x nmpk lapisannya...buat smpi abis.

Goreng smpi kekuningan dan setelah sejuk gaulkn brsama gula pasir yg d kisar halus....

RESEPI MEE BANDUNG

Resipi kuah mee bandung utk 5-6org makan


BAHAN BAHAN
Cili kering dlm 15tangkai(rebus)
1bj bwg besar
4ulas bwg putih
Bahan diatas blande
1/2cawan sos cili
4sudu sos tiram
Udang..ayam..sotong...dging..ikut selera masing2.
Gula..garam..serbuk sedap maggie..
Air rebusan ayam@daging
Sayur2an
Telur
1sudu besar penuh tepung jagung

CARA PENYEDIAAN
Tumis bawang putih smpai wangi..masukkan bahan yg di blande..tumis smpai pecah minyak

Masukkan air rebusan.masukkan bahan2 mentah mcmudang, sotong, ayam atau daging

Masukan sos cili, sos tiram dan perasakan

Masukkan sayur...telur...n last letak air bancuhan tepung jagung...kacau2. Siap...

RESEPI AYAM PANGGANG SERAI


BAHAN BAHAN
  • 1 kuntum bunga kantan - hiris nipis
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun kesom
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil - hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder) - resepinya ada diwall saya ye..
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas
  • 2 sudu besar thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja
  • 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung - optional

CARA CARA
  • Satukan semua bahan2.. kacau sebati.. sesuaikan rasa.. siap utk dihidang bersama daging bakar..
  • Ayam Panggang Serai
  • 1 ekor ayam - size sederhana jgn besar sangat ( ikut suka nak panggang bulat @ nak kerat 4)

BAHAN BAHAN PERAP
  • 7 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 3 batang serai- hiris nipis2, kemudian tumbuk halus
  •  3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil cajun
  • 4 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 biji perahan limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Aji- optional

CARA CARA
  • Satukan dan gaul sebati bahan2 perap.. kemudian lumurkan rata2 pada ayam..
  • Perap ayam paling kurang 4 jam atau perap semalaman dalam peti sejuk..
  • Setelah masa perapan cukup, bakar ayam pada suhu 200c selama 1 jam 20min atau sehingga ayam cukup masak..
  • Selamat mencuba

RESEPI KUAH YONG TAUHU JENIS SUP

RESEPI KUAH YONG TAUHU JENIS SUP

BAHAN BAHAN
3 liter cawan air
2 cawan ikan bilis(bersihkan,basuh dan toskan airnya)
1 sudu besar lada putih
5 biji bawang putih(titik)
2 ketul kiub stok ayam
2 inci halia-ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukupnya

CARA CARA
sediakan periuk..panaskan minyak

masukkan bawang ,halia dan ikan bilis...seperti melayur saja ..jangan sampai hangus,

Masukkan stok ayam,gula, lada putih

Renehkan selama 1 jam kuahnya bg menghasilkan kuah yg betul2 sebati rasa nya

hidangkan bersama pelbagai jenis2 bahan tauhu khas,bebola daging, bebola ikan utk yong tauhu..banyak jual di pasaraya..ikut citarasa anda