Showing posts with label MAKANAN ARAB. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN ARAB. Show all posts

Wednesday, May 22, 2019

RESEPI KAMBING MASALA

BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing - dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana

BAHAN KISAR
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1-2 batang serai

BAHAN LAIN
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
Sedikit daun ketumbar
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu besar biji jintan putih
1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk garam masala
2 gelas air
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN 
1. Daging yang telah dipotong tadi gaulkan bersama 1 sudu besar serbuk unyit dan sedikit garam.Kemudian rebus daging tersebut dengan sedikit air dan masak hingga air kurang atau daging masak empuk.Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato.

4. Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. 

5. Tutup periuk dan biarkan mendidih.Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. 





6. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Hidangkan.

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI NASI BUQARI

BAHAN BAHAN
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

BAHAN TUMIS
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

CARA MASAK
1. Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.

2. Kemudian masukkan ayam dan sedikit air,biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubidan bunga kobis, garam dan aji.

3. Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.

4. Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.

Tuesday, April 30, 2019

RESEPI NASI BERIANI AYAM


BAHAN-BAHAN
235 gram beras basmathi @ 1 tin kecil beras (tin susu pekat F&N yg kecil) - basuh dan rendamkan 30 minit (jangan lebih 30 minit nanti beras akan patah dan nasi lembik)

Air sama dengan sukatan beras 1 tin kecil

1/2 ekor ayam - potong besar @ kecil - saya just potong separuh sebab lebih juicy

1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar rempah Briyani
3 sudu besar plain yogurt
2 ulas bawang putih -hiris kasar
1/2 inci halia - hiris kasar
1 biji cili hijau
1 labu bawang besar holand - hiris
1 biji tomato - dadukan kecil2
1 1/2 sudu besar tomato puri
Minyak zaitun/ Minyak masak
Daun ketumbar
Hirisan almond goreng - hiasan

CARA MASAK
1.   Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, rempah lahori briyani dan yogurt.  Perap paling kurang 1 jam atau sehingga 3 jam.  Lagi lama diperap ayam lebih sedap.

2.   Campurkan beras, air dan garam ke dalam periuk nasi/rice cooker.  Pastikan air tu rasa lebih masin dari biasa.  Kalau kurang garam nasi akan tawar.  Masakkan nasi sehingga separuh masak.

3.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4.  Masukkan tomato dan tomato puri. Tumiskan sehingga tomato sedikit layu.

5.   Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi.  Masakkan ayam sehingga separuh masak.

6.   Apabila ayam sudah masak.  Boleh buat lapisan nasi.  Di dalam periuk nasi yang lain buat lapisan ini.  Untuk resepi ini 4 lapisan sahaja.  Ulang lapisan sehingga nasi dan ayam habis.

Lapisan pertama letakkan nasi. 

Lapisan kedua masukkan ayam. 

Lapisan ketiga masukkan nasi.

Lapisan keempat masukkan ayam, daun ketumbar dan cili hijau.

7.   Masakkan nasi sehingga masak.  Boleh juga nak masakkan di atas dapur gas, tutupkan periuk dengan aluminium foil.

8.  Apabila nasi sudah masak, sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan gaul rata rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

9.  Taburkan daun ketumbar dan hirisan almond goreng.  Kalau ada kismis yang digoreng lagi sedap.  Boleh hidangkan dengan salad atau raita.

Saturday, April 06, 2019

RESEPI NASI KABSAH

BAHAN BAHAN
700g daging kambing yang bertulang
2 sudu besar rempah kabsah Al Hexa (campur sedikit air jadikan pes)
1 labu bawang besar (cincang halus)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji tomato (dadu)
Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
2 helai daun bay Al Hexa
Garam dan gula/perasa
Air secukupnya
Minyak/butter

BAHAN NASI KABSAH
4 cawan beras basmati (rendam selama 30min)
4 cawan air rebusan kambing (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
1 cawan susu cair
1 kiub ayam
Cili hijau dan daun ketumbar
Gajus

PROSES PENYEDIAAN

CARA MASAK KAMBING
Cairkan butter dan tambah sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga, daun bay bersama bawang besar hingga terbit bau dan bawang sedikit layu, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing.

Masukkan buah tomato yg telah didadu..kacau hingga tomato agak lembut.

Masukkan rempah kasah Al Hexa, tumis hingga garing dan pecah minyak

Masukkan kambing dan gaul sebati, biarkan sebentar untuk kecutkan daging kambing dan mesra dengan rempah tumisan.

Masukkan garam dan gula/perasa.Tambah air dan renehkan hingga daging kambing betul2 empuk.

Setelah kambing masak, asingkan daging kambing dengan air rebusan

CARA MASAK NASI
Ambil air rebusan kambing sebanyak 4 cawan (kalau tak cukup, tambah air panas biasa) tambahkan susu cair dan kiub ayam.Pastikan mendidih terlebih dahulu

Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan nasi berkerak di bahagian dasarnya.

Setelah nasi kering, kecilkan api dan masukkan daging kambing dan cili hijau, daun ketumbar dan taburkan gajus. Tutup periuk. Tunggu hingga nasi betul2 masak.

Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu..sedia dihidang bersama sos salata.

Monday, March 25, 2019

ROTI ARAB

BAHAN BAHAN A
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air

BAHAN BAHAN B
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa 

PROSES PENYEDIAAN
Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.

kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.

Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.

tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.

selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.

Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.

bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.

alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.

Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.

Saturday, March 23, 2019

ROTI NAN CHEESE

BAHAN ROTI NAN
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut..

CARANYA..
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dr resepi diatas bakinya nanti 
masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam..kacau biarkan selama 5 
minit. *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti dlm gambar

2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti

3. Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung..aduk sebati kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit

4. Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan 
doh)

5. Adunan dah naik... bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung..Bulatkan2 seperti dlm gambar sehingga habis. biarkan seketika dlm 10 minit tutup ngan kain..

6. Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat pau)

7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya cheese tadi tak terkeluar

8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan

9. Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia..

10. Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging..

RESEPI KEEMA DAGING
1/2 kg daging dipotong kecil dibersihkan
sedikit halia
3 biji bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar saiz sederhana dicincang halus.
2 sudu kecik serbuk ketumbar (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 btg kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1@2 biji tomato dipotong dadu
kacang pis
sedikit minyak utk menumis
2 sudu yogurt plain
1 sudu besar garam masala

CARANYA...
1. Panaskan minyak..masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia..biar ia naik bau dan masukkan cili kisar

2. masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga) kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala

3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air..masak hingga empuk

4. Masukkan sedikit air lagi jgn terlalu cair sangat ye..sbb ia tak guna santan..masukkan tomato , kacang pis , yogurt dan perasakan dgn garam..

Tuesday, October 23, 2018

RESEPI BAKLAVA

Baklava adalah sejenis makanan ringan di kawasan Turki dan daerah-daerah tempat mantan kekuasaan Kerajaan Ottoman. Makanan ini terdiri dari kacang walnut atau pistache yang dicincang dan diberi pemanis (gula atau madu) dan dibungkus adonan roti tipis. Baklava sendiri sudah sangat lama didokumentasikan. Salah satu bukti tertua ialah resepi baklava di dalam sebuah buku resepi dari abad ke-14 yang ditemukan di Tiongkok. Dalam buku resepi ini baklava disebut güllach


RESEPI BAKLAVA
BAHAN-BAHAN
185gm fillo pastri
2 cawan kacang walnut dipanggang.
1/2 cawan kacang pistachios
1/2 cawan mentega
1 Sudu Kecil serbuk kayu manis

SOS BAKLAVA:
1 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan madu

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan oven 175 c. cairkan mentega, sapukan mentega pada loyang pembakar.

Potong kacang walnut dan gaulkan dengan kayu manis.

Atur 2 keping fillo pastri, sapukan mentega dan letakkan 2-3 Sudu Besar kacang walnut yang telah digaul bersama kayu manis tadi. Ulangi proses sama sehingga habis. Keseluruhan lapisan dalam 6-8 keping fillo pastri.

Potong baklava macam saiz kuih talam, dan bakar dari selama 50 minit (180 c) sehingga warna keemasan dan garing.

Sementara itu, satukan baki gula, jus lemon, madu, kulit kayu manis dan air dalam periuk kecil dan panaskan di atas dapur sehingga gula cair, tapiskan, sejukkan dan buang kulit kayu manis.

Selepas baklava masak, keluarkan dari oven dan segera tuangkan sos diatas baklava. jangan ditutup untuk mengelakkan baklava laper basah.


Sejukkan baklava, keluarkan dari loyang, taburkan pistachios di atas baklava dan sedia dihidangkan.

Sunday, October 01, 2017

RESEPI MAKANAN ARAB NASI KASEROL DENGAN KAYU MANIS DAN KACANG


BAHAN BAHAN UTAMA

o  3 cawan nasi bijirin panjang
o  Kg daging lembu atau kambing
o  4 biji bawang merah
o  setengah cawan kacang kupas yang dikupas
o  campuran mentega dan minyak
o  Oudines daripada kayu manis.

CARA PENYEDIAAN
Basuh beras dan rendam dalam air mendidih dengan garam.

Potong bawang dan goreng dalam minyak sehingga betukar warna.

Potong daging itu ke dalam kepingan dan tambah bawang dan gorengkan kedua-duanya bersama-sama sehingga warna daging berubah. Masukkan kacang goreng dan goreng selama beberapa minit di atas api sederhana.

Masukkan air yang secukupnya, tambah garam dan kayu manis. Masak sehingga daging empuk dan lembut.

Bersihkan beras dan masukan kedalam periuk. Kemudian tuangkan daging, tambah setengah sudu teh lada putih. Tambahkan air yang mencukupi untuk menenggelamkan nasi, tutup periuk dan letakkan terlebih dahulu di atas api yang kuat. Kemudian gunakan api yang kecil dan masak sehingga semua air diserap dan dimasak dengan baik.

Makanan siap untuk dihidangkan. Campur dan hias bersama kacang. Siap untuk dimakan