Saturday, April 06, 2019

RESEPI TAUHU BERGEDIL

BAHAN BAHAN
1. Kentang 5-6 biji
2. Daging kisar 200 gram
3. Tauhu pok
4. Daun sup*
5. Bawang goreng*
6. Garam*
7. Lada hitam*
8. Serbuk perasa*
9. Bawang holland

CARA CARA
1. Kupas kentang dan potong 4
2. Rebus kentang sampai empuk
3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar.
4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering.
5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas.
6. Masukkan daging yang dah siap masak.
7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *. Bahan2 ni main agak2 je. Ikut taste masing2.

8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. Kot la terkurang garam ke. Kurang rasa ke. 

9. Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu.

10. Sumbat inti dalam tauhu cantik2😂

CELUPAN
1. 3 biji telur
2. Garam sikit

Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.

BAHAN BAHAN SOS (sumber dari azian collection):
1. 2-3 ulas bawang putih
2. 1 inci halia
3. 1 cawan cili kisar
4. 1 cawan sos cili
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 1/2 cawan gula melaka/merah
7. 1 cawan air asam jawa (2 tbsp asam jawa)
8. 1/2 cawan air

Resepi Tauhu bergedil sambal kicap sedap

4-5 biji ubi kentang di rebus tp tidak terlalu empuk
300gm daging/ayam cincang/kisar
2 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar serbuk kurma atau kalau takde guna rempah sup
1 sudu kecik serbuk lada hitam
sedikit minyak utk menumis
secukup rasa /garam

BAHAN CAMPUR
lada merah dicincang halus
daun bawang/sup dipotong nipis
bawang goreng
1 sudu besar tpg jagung

20 biji tauhu pok
2biji telor dikocok terlebih dahulu
minyak utk menggoreng

CARA CARA
1.  Bersihkan ubi kentang dan buang kulit lalu direbus sehingga masak tp tak terlalu empuk
2.  Dah masak lecek ubi kentang hingga halus
3.. Panaskan kuali letak 2 sudu minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan masukkan rempah kurma/sup kacau 
4.  masukkan daging cincang/kisar dan lada hitam  kacau sebati dan sehingga masak dan masukkan secukup rasa/garam ..
5.  Masukkan adunan daging dlm adunan ubi kentang yang telah kita lecek dan masukkan semua bahan campur kacau sebati dan rasa kalau tawar masukkan garam sikit lagi
6.  Potong tauhu (gambar) dan sumbat sedikit bergedil dlm tauhu tadi buat sampai habis
7.. Kocok telur dlm satu bekas..sambil2 tu panaskan minyak dlm kuali ..lg bagus guna periuk kecik sahaja sbb nanti minyak yang akan digunakan biar terendam tauhu tadi
8.  Celup tauhu bergedil dlm telur dan masukkan dlm minyak panas tadi.. goreng biar warna keemasan .siap

SAMBAL KICAP
5-10 biji cili api
2 biji lada merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili/tomato
2-3 sudu besar gula
garam
1/2 cawan kicap

campur kesemuanya kisar sebati. boleh dimasak sebentar

RESEPI MEE UDANG

             
BAHAN BAHAN
½ kilo udang saiz sederhana/besar
2 biji tomato, dipotong
10 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
7 cawan air
1 biji ubi kentang, direbus dan dilenyek

BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
½ inci halia
10-15 ekor udang kering, direndam sehingga kembang
10 tangkai cili kering

CARA CARA
Di dalam kuali, panaskan 4 sudu besar minyak.

Apabila kuali sudah panas secukupnya, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili dan kacau sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan air dan tinggikan api dan renehkan sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan ubi kentang yang telah dilenyek halus dan kacau sebati.

Masukkan udang dan kacau dalam 5 hingga 7 minit.

Masukkan pula tomato dan tambahkan garam dan gula sehingga secukup rasa.

Biarkan kuah direneh sehingga mendidih dan tutupkan api.

RESEPI NASI KABSAH

BAHAN BAHAN
700g daging kambing yang bertulang
2 sudu besar rempah kabsah Al Hexa (campur sedikit air jadikan pes)
1 labu bawang besar (cincang halus)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji tomato (dadu)
Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
2 helai daun bay Al Hexa
Garam dan gula/perasa
Air secukupnya
Minyak/butter

BAHAN NASI KABSAH
4 cawan beras basmati (rendam selama 30min)
4 cawan air rebusan kambing (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
1 cawan susu cair
1 kiub ayam
Cili hijau dan daun ketumbar
Gajus

PROSES PENYEDIAAN

CARA MASAK KAMBING
Cairkan butter dan tambah sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga, daun bay bersama bawang besar hingga terbit bau dan bawang sedikit layu, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing.

Masukkan buah tomato yg telah didadu..kacau hingga tomato agak lembut.

Masukkan rempah kasah Al Hexa, tumis hingga garing dan pecah minyak

Masukkan kambing dan gaul sebati, biarkan sebentar untuk kecutkan daging kambing dan mesra dengan rempah tumisan.

Masukkan garam dan gula/perasa.Tambah air dan renehkan hingga daging kambing betul2 empuk.

Setelah kambing masak, asingkan daging kambing dengan air rebusan

CARA MASAK NASI
Ambil air rebusan kambing sebanyak 4 cawan (kalau tak cukup, tambah air panas biasa) tambahkan susu cair dan kiub ayam.Pastikan mendidih terlebih dahulu

Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan nasi berkerak di bahagian dasarnya.

Setelah nasi kering, kecilkan api dan masukkan daging kambing dan cili hijau, daun ketumbar dan taburkan gajus. Tutup periuk. Tunggu hingga nasi betul2 masak.

Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu..sedia dihidang bersama sos salata.

RESEPI KUIH LOMPANG PANDAN

BAHAN BAHAN
11/2 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh air kapur
2 cawan air
5 helai daun pandan
Pewarna hijau
Kelapa parut putih
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN
Kisar daun pandan bersama 2 cawan air.Tapis Satukan tepung beras,gula pasir,tepung jagung dan air kapur.Tuang air pandan tadi.Kacau sebati sehingga gula larut dan tapis

Titiskan pewarna hijau. Acuan disapu dengan minyak masak dan kukus sekejap lebih kurang 5 minit

Tuang adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh

Kukus selama 15-20 minit sehingga lesung pipit terbentuk

Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan
Kelapa parut digaul bersama garam dan kukus sekejap supaya tahan lama

Hidang kuih lompang bersama kelapa parut

RESEPI AGAR AGAR SANTAN


BAHAN BAHAN
1 paket kecil/25gram agar2(bertali)
Air 7 cawan/lebih kurang 1700ml
Gula pasir 1 cawan
3 ketul gula batu(xletak pon xpe)
Pewarna hijau sesedap mata memandang
Esen perisa pandan 1 sdb
1 santan kotak kecik(sy pakai yg m&s punya)
2 biji telur

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan air dlm periuk dan masak agar2 sampai hancur.Msukkan gula dan gula batu dan kacau sebati.

Masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Masukkan santan dalam bekas/mangkuk berasingan dan pecahkan telur,kacau sebati..

Tuangkan santan ke dalam periuk agar2 dan kacau perlahan hingga mendidih. Bila dah mendidih,tuang agar2 ke dalam loyang.

Biarkan agar2 sejuk dan membeku sekejap,masukkan dalam peti ais..siap

RESEPI SOTONG PHAT PHET

                
BAHAN BAHAN A - (KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong...

BAHAN BAHAN B
Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut

Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis

CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)

Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula...

Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat.siap dan hidangkan dgn nasi panas

PES IKAN BAKAR

BAHAN BAHAN
📍 10 biji bawang merah
📍 4 biji bawang besar
📍 1/2 labu bawang putih
📍2 ikat serai
📍10 cm halia
📍2 cm lengkuas
📍2 cm kunyit hidup
📍cili padi (kalau suka pedas)

Blend semua bahan2 di atas.  Tumis cili boh dan masukkan bahan2 yang telah di blend. Lepas tu tambahkan :

📍 air asam jawa
📍 belacan
📍 gula melaka / gula gerek
📍 gula
📍 garam
📍 serbuk perasa
📍 daun kunyit / limau purut (kalau suka)

Masak lama2 sampai pekat. Dah ada pes, boleh la bakar apa2 yang patut .

RESEPI RENDANG PADANG IKAN TONGKOL

BAHAN KISAR
20 biji cili padi..anggaran..nak lebih pedas bole tambah..*
Cili hijau 5 biji*
Cili merah 3 biji*
Bawang Besar 2 biji*
Semua yg di tanda* ditumbuk kasar guna lesung
Asam keping 2/3
Garam gula,perasa secukupnya..
Minyak utk.menumis( kene lebih)
Boleh guna bekas minyak goreng ikan tu juga

CARA MEMBUAT
Bila semua bahan dah siap tumbuk. Panaskan minyak..tumis bahan kisar..sehingga pecah minyak..masukkan asam keping

Gula garam,perasa..masak hingga sebati. Agak nak kering sedikit..masukkan ikan yg telah di goreng...sesuaikan rasanya..

Agak dah sebati..kuah dah sedap mata memandang. Bole tutup api..dan hidang kan bersama nasi panas

Selamat mencuba..resepi yg sgt ringkas,cpt,dan mudah

TOMYAM PUTIH

BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg ayam - potong sederhana dan cuci bersih kemudian toskan
  • 4 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 7 batang sweet peas - kerat 2
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 3 kuntum cendawan butang - belah 2 setiap 1
  • 2 camca besar sos ikan
  • 10 biji chili padi thai merah - dititik
  • 1 batang serai - ditik
  • 1 biji bawang besar - belah 6
  • 1/2 inci lengkuas - dititik
  • 1/2 inci halia - dititik
  • 1/2 cawan santan
  • 1 batang saleri - kerat
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato - belah 6

CARA MEMBUAT
  • Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. masukan ayam dan masak hingga ayam setengah masak.
  • Masukan air secukupnya kemudian masukan halia, bawang besar, serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai. biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.
  • Perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.
  • Akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, sweet peas, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata. dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

RESEPI TOMYAM KAKI AYAM ALA THAI

                  
BAHAN A - KISAR
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

BAHAN B
  • Kaki ayam ikut suka nk bnyk mana
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu perencah tomyam
  • Pelbagai sayuran
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau keluar.
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu susu peka
  • 1 biji limau kasturi
  • air – lebih kurang 1L
  • garam & gula

PROSES PENYEDIAAN

1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.

2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula kaki ayam.

3. Bila kaki ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika

4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato. Siap!



NASI GORENG CILI KERING

BAHAN BAHAN
Nasi,
cili kering,
bawang merah,
bawang putih,
ikan bilis,
belacan (bahan bertanda * dikisar),
telur & garam.

PROSES PENYEDIAAN
1. Goreng telur & ketepikan di dalam kuali yang sama.

2. Tumis bahan-bahan bertanda * hingga masak.

3. Masukkan nasi & gaul sebati.

4. Perasakan dan siap.

PULUT PANGGANG

BAHAN-BAHAN ( 15 BATANG ):

4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
beberapa helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)


CARA-CARA :
cuci beras pulut dengan air suam, masukkan santan+garam+daun pandan

tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)

bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci.

Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya

ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dan letak di tengah2 pulut tadi

tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup

gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya

letak atas api dan balik2kan hingga garing makan masa panas-panas... best!

KETAM MASAK PEDAS ALA THAI


BAHAN BAHAN
Ketam (1kg)
1 Batang Serai
Daun limau purut 10 keping
Daun Ketumbar Segenggam
Cili api, suka hati banyak mana
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Asam Keping 1 (besar)
Serbuk Kari 2 Sudu
Cili Giling 3 Sudu
Paste Cili Thai 2 Sudu
Gula & Garam sedikit
Ketam Masak Thai

CARA MEMASAK :-
1.Bersihkan ketam, rebus dahulu, buang apa yang tak patut, dan potong 2.

2.Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti

3.Dalam Periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai hingga naik bau

4.Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.

5.Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi, agak-agaklah kuah nak banyak mana ye.

6.Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam. Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.

7.Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi berkahwin (bersatu). Dan bolehlah dihidang…sedapnyee!! Selamat Mencuba!

TOMYAM PUTIH THAILAND


BAHAN BAHAN
  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • 2 Batang Serai dipotong serong
  • Seinci Halia dihiris nipis
  • Sedikit Lengkuas dihiris nipis
  • Daun Limau Purut
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Bunga Kubis
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • Kulat/ Cendawan
  • Cili Padi
  • Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Rebus isi ayam
  • Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
  • Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
  • Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato. Jangan lupa garam secukup rasa

AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP

BAHAN-BAHAN A - DIKISAR
Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

BAHAN BAHAN B:
Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung
* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

PROSES PENYEDIAAN
1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.

2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.

3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.

4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.

5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.




KEK LAPIS SARAWAK



BAHAN BAHAN
Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

CARA PENYEDIAAN
1. Telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih
2. Adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. Masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.

MASAK LEMAK KUBIS

BAHAN BAHAN

1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
1/2 batang karot, hiris nipis
1 ketul tauhu, potong kiub
1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, tauhu dan karot.

Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.

Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

IKAN KERAPU MASAK MASAM MANIS

BAHAN BAHAN

1ekor ikan kerapu
120g tepung jagung
1biji telur
Minyak untuk menggoreng
5 ulas bawang merah - di kisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia - diketuk
Sebatang serai - dititik
3 sudu sos cili Maggi®
3 sudu sos tomato Maggi®
1 cwn air
Maggi® CukupRasa™
Gula
Garam
1 sudu cili giling / boh
Sedikit cuka
Kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng.

CARA PENYEDIAAN
Gaulkan ikan, tepung, telur, garam dan goreng hingga rangup.

Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, serai sehingga bau naik.

Masukkan cili giling dan serbuk kunyit dan kacau sehingga naik minyak.

Masukkan air, tomato sos,cili sos dan Maggi® CukupRasa™ sebagai bahan perasa, kacau sehingga mendidih. Tuangkan di atas ikan.