Showing posts with label PENCUCI MULUT. Show all posts
Showing posts with label PENCUCI MULUT. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

CARA-CARA MEMBUAT PETAI JERUK


BAHAN BAHAN
Petai secukupnya, pilih yang agak tua (4 cawan isi petai)
Garam (1 cawan garam)
Air secukupnya
beberapa keping asam gelugur

CARA MEMBUATNYA
Didihkan air, celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan isinya.

Rendamkan ke dalam air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih. Gaulkan dengan garam secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca, tutup dan perap selama dua malam.

Selepas itu, masukkan asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.

Nota :

Kuah jeruk petai hendaklah masin dan masam sedikit untuk mengelakkan jeruk petai cepat rosak.

Sekiranya kuah petai jeruk kelihatan jernih dan tidak keruh, menandakan garamnya telah cukup, tetapi sekiranya kuah petai jeruk kelihatan keruh, cepat2 tambahkan garam.

Saturday, April 06, 2019

RESEPI AGAR AGAR SANTAN


BAHAN BAHAN
1 paket kecil/25gram agar2(bertali)
Air 7 cawan/lebih kurang 1700ml
Gula pasir 1 cawan
3 ketul gula batu(xletak pon xpe)
Pewarna hijau sesedap mata memandang
Esen perisa pandan 1 sdb
1 santan kotak kecik(sy pakai yg m&s punya)
2 biji telur

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan air dlm periuk dan masak agar2 sampai hancur.Msukkan gula dan gula batu dan kacau sebati.

Masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Masukkan santan dalam bekas/mangkuk berasingan dan pecahkan telur,kacau sebati..

Tuangkan santan ke dalam periuk agar2 dan kacau perlahan hingga mendidih. Bila dah mendidih,tuang agar2 ke dalam loyang.

Biarkan agar2 sejuk dan membeku sekejap,masukkan dalam peti ais..siap

Tuesday, October 23, 2018

RESEPI DRAGON FRUIT CREPE

Crepe adalah panekuk tipis yang terbuat dari gandum dan merupakan makanan yang sangat digemari di seluruh Eropa dan tempat lainnya. Bahan utamanya adalah terigu, telur, susu, mentega, dan garam. Terdapat dua jenis crepe, yaitu crepe manis yang terbuat dari tepung gandum dan crepe Masin yang terbuat dari tepung buckwheat.


RESEPI DRAGON FRUIT CREPE
BAHAN BAHAN
BAHAN UNTUK ADUNAN CREPE
225gm buah naga
187gm tepung serbaguna
50gm gula pasir
1/2tsp garam
358 ml-473 ml susu
4biji telur besar
1tbsp esens vanila
Minyak

UNTUK WHIPPED CREAM
225gm keju mascarpone
100gm gula pasir
473 ml krim putar
1 biji vanila segar

CARA PROSES BUAH NAGA
Potong buah naga, memanjang. Kisarkan buah naga sehingga menjadi jus.

Tapiskan jus buah naga. Buang biji. (Harusnya menghasilkan 1 gelas jus buah naga.)

Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam.

Dalam mangkuk lain, campurkan jus buah naga, susu, telur dan esen vanilla.

Perlahan tuangkan campuran basah ke dalam campuran kering dan aduk rata. Jika terlalu kental, tambahkan susu.

Ratakan minyak dalam non-stick pan. Panaskan pan di atas api sedang dan masukkan 2-3tbsp adunan.

Dengan cepat, ratakan adunan ke seluruh pan. Masak sampai bahagian hujungnya agak kecoklatan dan bahagian tengahnya mengering.

Pindahkan crepe ke piring hingga sejuk sepenuhnya.

Terus masak crepes sampai semua adunan habis.

WHIPPED CREAM MASCARPONE
Dalam mangkuk standing mixer, masukkan mascarpone dan gula, gaul sedang sehingga rata, gosok ke bawah sisi mangkuk jika perlu.

Seterusnya, masukkan whipped krim dan vanilla. Dengan kelajuan rendah, gaul krim sampai mengental, lalu tingkatkan kelajuan ke sedang-tinggi sampai kaku.

MENGHIAS KEK
Lapiskan crepe dengan whipped cream dan ulang langkah ini sehingga habis semua lapisan crepe.


Salut seluruh kek coklat crepe dengan whipped cream. Sedia dihidangkan

Sunday, October 21, 2018

RESEPI TALAM PISANG

Kue talam adalah salah satu jenis makanan camilan tradisional Indonesia jadi mudah ditemukan di mana-mana di semua daerah Indonesia. Di bulan puasa, kue talam merupakan salah satu menu buka puasa yang cukup populer. Kue talam umumnya dibuat dengan bahan baku tepung-tepungan seperti tepung beras, tepung singkong (tapioka), tepung terigu atau tepung sagu. Tepung-tepung ini termasuk dalam kategori karbohidrat sederhana yang memilki nilai indeks glikemik yang tinggi. Di resep sehat ini saya mencoba memodifikasi kue talam sehingga menjadi lebih sehat, bernutrisi dan dapat disajikan untuk menu buka puasa.


RESEPI TALAM PISANG
Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang 9 atau 10 inci - saya guna acuan kecil


3 1/2 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
1 1/4 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula pasir.
Secubit garam.
1 cawan pisang lenyek.
pewarna kuning-saya tambah

CARA-CARANYA:
Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang. Tapiskan.

Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata. Masak hingga keluar wap.

Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.

Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya. Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air guna sudu atau lap guna tisu dapur.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS:
3 cawan santan (1 cwn santan pekat dan selebihnya tambah air)
3/4 cawan tepung gandum.
1/4 cawan tepung jagung.
1/4 cawan gula pasir.
secubit garam.
*saya letak sedikit pewarna hijau apple

CARA-CARANYA:
Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.

Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)

Apabila masak, buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.

**Alaskan plastik terlebih dahulu di sekeliling loyang, sapukan sedikit minyak masak dan bolehlah kukus kuih spt biasa.(jika guna loyang besar..Saya guna acuan kecil hanya sapu sedikit minyak masak pada acuan.)

RESEPI PANDAN OGURA CAKE

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar. Kek moden, terutamanya kek lapis, biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak, dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair (biasanya susu atau air) dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik). Bahan perisa seperti puri buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim pastri), ais dengan butterkrim atau icing lain, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau halwa buah-buahan

RESEPI PANDAN OGURA CAKE

BAHAN-BAHAN
Bahan A
5 kuning telur ~ gred A atau B
1 biji telur
1/4 garam halus
2 sudu besar pati pandan ~ saya guna sedikit pewarna hijau apple + sedikit perisa pandan
70 gm @ 70 ml minyak jagung ~ minyak sawit pun boleh
95 gm fresh milk ~ susu cair atau santan pun boleh
70 gm tepung kek ~ diayak

Bahan B
5 putih telur ~ gred A atau B
70 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cuka masakan ~ saya tambah

CARA CARA
Pukul ringan kuning telur dan sebiji telur...kemudian masukkan minyak jagung,fresh milk dan garam halus, pukul dengan menggunakan whisk hingga sebati.

Masukkan tepung kek dan pati pandan whisk lagi hingga adunan sebati...kemudian saya tapiskan adunan supaya tiada tepung yang berbintil..adunan akan jadi halus dan licin cantik...tutup dan biarkan adunan sementara kita buat meringue putih telur.

Gunakan mixer pukul 5 putih telur dan cuka masakan /jus lemon hingga berbuih.. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula castor pukul lagi hingga adunan kembang gebu ( soft firm peak )

Ambil 1/3 adunan meringue putih telur dan masukkan ke dalan adunan kuning telur tadi dan kaup balikkan dgn whisk hingga sebati.Kemudian masukkan adunan ini ke dalam meringue putih telur dan kaup balik hingga adunan betul2 sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang 7" persegi ataupun 8" bulat...Hentakkan loyang sedikit untuk mengeluarkan buih udara di dalam adunan kek.

Bakar kaedah waterbath suhu 150.  70~80 minit api atas bawah atau sehingga kek masak sempurna ~ Oven 160 70 minit,kemudian saya keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek selama 10 minit suhu 100 bertujuan untuk mengeringkan bahagian bawah dan tepi kek.

Setelah kek masak keluarkan dari oven dan sejukkan diredai besi,tunggu sehingga keliling kek lekang dari loyang segera keluarkan kek dan sejukkan baru boleh dipotong..

RESEPI SAGO DELIGHT

Pokok sagu tergolong dalam tanaman dari famili Palmae yang mengeluarkan sulur. Pokok sagu banyak terdapat di Malaysia dan kawasan hutan hujan ASEAN. Pokok sagu juga dikenali sebagai pokok Rumbia. Pokok sagu mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Pokok sagu juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau


RESEPI SAGO DELIGHT

 BAHAN-BAHAN
1 cawan sago merah
1 cawan sago hijau
4 sudu makan gula pasir
6 cawan air

CARA CARA
Cuci bersih sago, masukkan sago merah ke dalam periuk. Masukkan 3 cawan air dan 2 sudu makan gula. Masak hingga sago kembang dan tiada lagi putih mata sago. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.

Ulang langkah yang sama untuk sago hijau.

KUAH
1 tin susu cair
1 tin laici ( termasuk airnya )
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan
3 sudu makan gula pasir

CARA CARA
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Matikan api.

Kuantiti gula boleh diubah ikut kemanisan yang dikehendaki. Seeloknya masukkan sedikit dulu, rasa dan jika perlu boleh ditambah.

RESEPI PUDING ROTI CARAMEL HIJAU EPAL

Puding adalah jenis makanan yang boleh jadi sama ada pencuci mulut yang manis atau hidangan savori. Perkataan puding adalah dipercayai datang dari bahasa Perancis boudin, yang berasal dari bahasa Latin botellus, yang bererti "sosej kecil", merujuk kepada daging bersalut yang digunakan dalam puding abad pertengahan Eropah


RESEPI PUDING ROTI CARAMEL HIJAU EPAL

BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN
Caramel
Loyang 6 inci bulat
Panaskan  4 sdb gula
(Dimasak hingga perang)
*ketepikan -5 keping roti gardenia
(Dibuang tepi dan dicarikkan)

3 biji telur A
3/4 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1/2 cawan air masak
1 sdk esen vanila
1 sdk perisa @ pewarna ikut citarasa
(Blanderkan semua) -kukus air hingga mendidih

masukkan bahan blander kedalam loyang caramel td.

kukus selama 40 minit atau hingga masak

setelah masak biarkan sejuk barulah sisipkan tepi loyang untuk dikeluarkan.

Sunday, October 14, 2018

RESEPI PUDING CENDOL JAGUNG

Puding adalah jenis makanan yang boleh jadi sama ada pencuci mulut yang manis atau hidangan savori. Perkataan puding adalah dipercayai datang dari bahasa Perancis boudin, yang berasal dari bahasa Latin botellus, yang bererti "sosej kecil", merujuk kepada daging bersalut yang digunakan dalam puding abad pertengahan Eropah

RESEPI PUDING CENDOL JAGUNG
BAHAN LAPISAN SANTAN:

5gm agar2 serbuk
200ml air
1/3 cawan gula halus
200ml santan kotak
100gm jagung cream
200gm cendol
garam secukup rasa

BAHAN2 LAPISAN GULA MELAKA:
5gm agar2 serbuk
250ml air
120gm gula melaka dicincang
200ml santan kotak
garam secukup rasa.

PENYEDIAAN LAPISAN SANTAN:
1) masak air, gula dan serbuk agar2 hingga mendidih.
2) kecilkan api. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati.
3) masukkan cendol dan jagung. Kacau rata. Padamkan api.
4) basahkan acuan pilihan. Tuang larutan ke dalam acuan. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya larutan agar2 mengeras sebelum dituang lapisan gula melaka.

PEYEDIAAN LAPISAN GULA MELAKA:
masak air dan gula melaka hingga mendidih. Tapiskan larutan.

masak larutan yang ditapis tadi bersama agar2 serbuk hingga mendidih (larutkan agar2 serbuk dengan sedikit air sebab agar2 serbuk akan menjadi berketul bila kita masukkan terus ke dalam air panas).

kecilkan api. Masukkan santan dan garam. Kacau rata. Padamkan api.

cucuk2 lapisan santan yang sudah mengeras sedikit dengan garfu.

kemudian tuang larutan gula melaka tadi dengan berhati2.

 biar sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.