Thursday, November 02, 2017

RESIPI KAMBING BAKAR

BAHAN BAHAN
5-6 Slice Daging kambing
2 Sudu Besar Sos tiram
3 Sudu Besar Sos lada hitam
3 Sudu Besar Kicap
Hirisan halia @ tumbuk halus
Gula atau nak pkai madu pon boleh
Serbuk lada hitam
Daun rosemary

PROSES PENYEDIAAN MASAKAN
Masuk semua bahan bahan dan gaul sebati. Perap sekejap dengan bahan bahan yang digaulkan tadi.

Boleh da bakar dan siap untuk dimakan

RESEPI UDANG MASAK LEMAK KACANG PANJANG

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
BAHAN BAHAN
1/2 K  Udang Saiz Sederhana - Cuci Bersih Dan Toskan.
5 Tangkai Cili Padi Merah *
2 Tangkai Cili Merah *
4- 5 Biji Bawang Merah *
2 Ulas Bawang Putih *
1 Biji Buah Keras *
1 Cm Kunyit Hidup * (Bahan * Dikisar Bersama Dgn Sedikit Air)
2 Batang Serai - Diketuk
2 Cawan Santan Pekat
6 Urat Kacang Panjang - Dipatahkan 2 Inci
2 Keping Kecil Asam Gelugor
Garam Dan Gula Secukup Rasa
3 Sudu Besar Minyak Untuk Menumis

PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.

Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.

Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.

Hidangkan bersama nasi putih...