Thursday, November 02, 2017

RESEPI UDANG MASAK LEMAK KACANG PANJANG

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
BAHAN BAHAN
1/2 K  Udang Saiz Sederhana - Cuci Bersih Dan Toskan.
5 Tangkai Cili Padi Merah *
2 Tangkai Cili Merah *
4- 5 Biji Bawang Merah *
2 Ulas Bawang Putih *
1 Biji Buah Keras *
1 Cm Kunyit Hidup * (Bahan * Dikisar Bersama Dgn Sedikit Air)
2 Batang Serai - Diketuk
2 Cawan Santan Pekat
6 Urat Kacang Panjang - Dipatahkan 2 Inci
2 Keping Kecil Asam Gelugor
Garam Dan Gula Secukup Rasa
3 Sudu Besar Minyak Untuk Menumis

PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.

Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.

Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.

Hidangkan bersama nasi putih...

No comments:

Post a Comment