Sunday, November 04, 2018

RESEPI IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Ikan Bawal (bahasa Inggeris: Silver Pomfret), Pampus argenteus, sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam

RESEPI  IKAN  BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

PROSES PENYEDIAAN
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.

RESEPI SIAKAP STIM TAUCHU


Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

RESEPI  SIAKAP STIM TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor siakap (sederhana besar)
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos ikan
sedikit perahan jus limau
Bahan dihiris halus:
1 btg serai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
cili merah
1 biji tomato
daun ketumbar/ daun sup

PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.
Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar)
Kukus dalam pengukus selama 15 minit
Kemudian masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan