Sunday, March 31, 2019

RESEPI KUIH DORAEMON😁


BAHAN BAHAN
3biji telur
1/2 cawan gula
Esen vanilla

**putar hingga gebu

1sb madu
2sb susu pekat
2sb minyak masak

*masukkan kedalam adunan telur td,, putar lg hingga sebati

2cawan tepung gandum
1sb baking powder

3/4 cawan air

*ayakkn tepung, masukkn air Dan kacau sebati kedalam adunan telur

Goreng Tanpa minyak dlm pan hingga permukaan atas kering.. Baru diterbalikkan.

Filling guna jem coklat 

KUEY TEOW GORENG CHINA STYLE

BAHAN BAHAN A
1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja

BAHAN BAHAN B 
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN BAHAN C
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka

PROSES PENYEDIAAN
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.

2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.

3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.

*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*