Nasi goreng merupakan
makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan
lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan,
kecuali telur goreng.
Nasi goreng dikatakan
muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan
dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng
semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi
goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang,
hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran
terutamanya sayur campur.
Bagi masyarakat
Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan.
Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng kampung yang hanya
menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan telur sebagai bahan
utama.
RESEPI
NASI GORENG MERAH
BAHAN BAHAN
250-300 gram beras
merah
4 ulas bawang putih,
dicincang
2 biji bawang,
cincang halus
1 keping cili merah,
dicincang halus
6 ekor udang saiz
sederhana di buka kulit
50 gram isi ayam
dipotong dadu
1 sudu sos ikan
1 sudu teh serbuk kari
4 daun kari
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar minyak
kacang soya
Keropok dan limau
secukup rasa.
PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang putih
sehingga kekuningan, masukkan udang dan ayam.
Masukkan daun bawang,
cili, daun kari, sos ikan, serbuk kari, kacau dengan baik.
Akhirnya, tambah nasi
merah, kacau hingga sebati. Hidangkan
keropok dan limau.
No comments:
Post a Comment