Wednesday, September 13, 2017

RESEPI NASI KERABU

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam.


Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

RESEPI NASI KERABU

BAHAN KUAH SAMBAL TUMIS
10-15  cili kering – di kisar
200 gm santan pekat
3 batang serai – di ketuk
2-3 keping asam keping
3-4  ulas bawang merah – di kisar
1 biji bawang besar – di kisar
1/2 labu bawang putih – di kisar
1/2 inci halia
2 sudu kecil garam bukit halus
2 sudu besar budu
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
 minyak masak

CARA MASAK KUAH SAMBAL TUMIS
Tumis cili, bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga pecah minyak.
Masukkan air dan santan. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai dan asam keping hingga air mendidih.
Masukkan budu dan gula.
Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga pecah minyak. Tutup api.

CARA BUAT NASI KERABU
Masukkan 5 1/2 pot beras, 2 helai daun pandan, pewarna biru (boleh guna 7 kuntum bunga telang), dan air secukupnya ke dalam rice cooker.Masak seperti biasa.

BAHAN SAMBAL IKAN
1 biji kelapa parut
7 ekor ikan sardin – di rebus, di ambil isinya dan tumbuk
5 batang serai
5 ulas bawang merah
2 1/2 sudu besar gula
2 1/2 sudu kecil garam

CARA BUAT SAMBAL IKAN
Goreng kelapa parut dengan api perlahan supaya tidak keperangan. Tumbuk kasar.

Masukkan serai, bawang merah, garam dan gula secukup rasa. Tumbuk hingga hancur.

Masukkan ikan sardin dan kelapa goreng yang telah di tumbuk. Gaul hingga rata.

BAHAN SAMBAL CILI
1/2 kg cili – di basuh
limau nipis/cuka
asam jawa
belacan
gula dan garam secukup rasa

CARA BUAT SAMBAL CILI
Cili, limau nipis, asam jawa, belacan, gula dan garam di kisar.

BAHAN ULAM-ULAMAN
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

CARA BUAT ULAM-ULAMAN
Hiris halus kubis, timun, kacang panjang, daun kesum, dan bunga kantan. Gaul semua bahan.

Ulam-ulaman sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment