Terung atau brinjal ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga
Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat
berkait dengan tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur
untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena.
RESEPI
TERUNG BERLADA
BAHAN BAHAN
Terung pendek dibasuh dan dibelah tengah digoreng
kemudian ditoskn
Serai dititik
Daun limau purut disiat2
Garam
Gula
Sedikit perasa secubit rasa klu nk buh
Sedikit air asam jawa
BAHAN TUMBUK/
KISAR
Cili besar merah
Cili kecil/cili padi
Bawang besar
Bawang kecik
Bawang putih
Sedikit belacan
Udang kering*
PROSES PENYEDIAAN
Bahan ditumbuk kasar baru sedap kemudian ditumis
sehingga naik bau wangi dan layu.
masukkan juga serai yang telah dititik.kacau2 kemudian masukkn
sedikit air asam jawa...masukkn sekali garam,gula dan perasa kalau nak bubuh
masukkn pula daun limau purut yg telah disiat2...kalau nak lebihkn
kuah masukkn sedikit air...biarkn mendidih kemudian masukkan terung yang telah
ditoskan tadi...biarkan kejap bgi sambal brlada sebati dengan terung.
Siap
No comments:
Post a Comment