Tuesday, August 08, 2017

TEHE TEHE MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU LAUT

Tehe Tehe Makanan Tradisi Suku Kaum Bajau Laut


Landak laut atau nama saintifiknya  Echinoidea turut dikenali sebagai Landak laut Buluh babi oleh pencinta laut merupakan pembunuh utama terumbu karang laut. Bagi mana mana taman laut, usaha membunuh landak laut selalu dilakukan bagi memastikan terumbu karang hidup dengan cepat.

Tapi lain pula ceritanya di Semporna Sabah, daerah yang kaya dengan pulau yang cantik dan hidupan laut termasuk batu karang yang subur dan indah tidak pernah risau akan ancaman dari landak laut atau dikenali sebagai tehe tehe oleh suku kaum Bajau Laut. Kerana landak laut atau tehe tehe ini menjadi salah satu hidangan eksotok tradisi yang sedap dan menjadi salah satu makanan wajib hidang bagi suku kaum Bajau Semporna.


Nasi tehe tehe diibartkan samalah dengan ketupat. Cara masak pun hamper sama. Cuma nasi tehe tehe ini, nasi di masukan kedalam landak laut yang buluhnya telah dibuang semua, direbus dan nasi akan mask bersama isi landak laut di dalam cengkerang. Ada juga yang menggunakan cengkerang sahaja untuk memasak nasi tehe tehe ini iaitu membuang semua isi organ dalaman landak laut dan hanya menggunakan cengkerannya sahaja.

Selalunya bahan campuran selain beras yang akan dimasukan dalam tehe tehe ini termasuklah garam, halia atau makanan lain contoh udang, sotong dan lain lain lagi. Tehe tehe ibarat periuk yang boleh digunakan untuk memasak bahan dalam satu kali masak sahaja.

Tehe tehe yang dihasilkan selalunya selain dimakan bersama keluarga, ia juga dihidang untuk tetamu yang datang. Terdapat juga pengusaha yang menjual tehe tehe di warung atau gerai di daerah Semporna Sabah.


Siapa yang datang Semporna wajib cuba tehe tehe…………

RESEPI SAGOL IKAN PARI

Sagol atau sinagol merupakan makanan tradisi dari suku kaum Bajau Semporna atau Bajau yang menetap di kawasan Pantai Timur Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Kunak dan beberapa daerah lain termasuk Kudat dan Kota Kinabalu.

Sagol merupakan tumisan kering atau basah ikan pari alah alah masakan rending di Semenanjung. Selain Ikan Pari, ikan buntal dan ikan yu juga boleh digunakan untuk masakan Sagol ini. Bahan utama masak siagol adalah kunyit dan dicampur bahan asas lain yang biasa digunakan untuk memasak.

Bagi suku kaum Bajau, ikan paling sedap digunakan untuk memasak resepi ini adalah ikan Buntal. Tetapi bagi yang tidak tahu untuk membuang racun ikan buntal janganlah cuba cuba pula nanti susah sebab racun ikan buntal adalah pembunuh. Ikan buntal yang selalu digunakan pula adalah ikan buntal jenis duri.

RESEPI SAGOL IKAN PARI

Berikut Bahan-bahan yang digunakan untuk masak sagol atau sinagol  :

Ikan Pari/ Buntal atau ikan Yu berat dalam ½ - 1kg
2atau 3  ulas bawang merah, ditumbuk.
2 ulas bawang putih, ditumbuk.
1 inci halia, ditumbuk.
1  inci kunyit. ditumbuk
2 batang serai, dititik.
3 biji cili merah besar di hiris
Cili Padi secukupnya..Kalau saya suka pedas letak banyak sikit
Air asam jawa 1 cawan.
minyak untuk menumis.
Sedikit air. Ikan sudah mempunyai air
Garam , ajinamoto dan sedikit gula


CARA MASAK 

o   Cara masak pula sangat muda. Potong ikan alah alah potong daging.
o   Masukan bahan kisar dalam minyak sampai keluar bauh dan minyak pecah
o   Masukan ikan tadi dan tumis sampai kering air
o   Masukan bahan bahan garam, gula dan ajinomoto
o   Siap untuk dihidang


Makan dengan nasi panas amat menyelerakan. Tetapi bagi suku kaum bajau, mereka lebih suka makan bersama ubi kayu yang distim yang dipanggil putu.