Tuesday, August 08, 2017

TEHE TEHE MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU LAUT

Tehe Tehe Makanan Tradisi Suku Kaum Bajau Laut


Landak laut atau nama saintifiknya  Echinoidea turut dikenali sebagai Landak laut Buluh babi oleh pencinta laut merupakan pembunuh utama terumbu karang laut. Bagi mana mana taman laut, usaha membunuh landak laut selalu dilakukan bagi memastikan terumbu karang hidup dengan cepat.

Tapi lain pula ceritanya di Semporna Sabah, daerah yang kaya dengan pulau yang cantik dan hidupan laut termasuk batu karang yang subur dan indah tidak pernah risau akan ancaman dari landak laut atau dikenali sebagai tehe tehe oleh suku kaum Bajau Laut. Kerana landak laut atau tehe tehe ini menjadi salah satu hidangan eksotok tradisi yang sedap dan menjadi salah satu makanan wajib hidang bagi suku kaum Bajau Semporna.


Nasi tehe tehe diibartkan samalah dengan ketupat. Cara masak pun hamper sama. Cuma nasi tehe tehe ini, nasi di masukan kedalam landak laut yang buluhnya telah dibuang semua, direbus dan nasi akan mask bersama isi landak laut di dalam cengkerang. Ada juga yang menggunakan cengkerang sahaja untuk memasak nasi tehe tehe ini iaitu membuang semua isi organ dalaman landak laut dan hanya menggunakan cengkerannya sahaja.

Selalunya bahan campuran selain beras yang akan dimasukan dalam tehe tehe ini termasuklah garam, halia atau makanan lain contoh udang, sotong dan lain lain lagi. Tehe tehe ibarat periuk yang boleh digunakan untuk memasak bahan dalam satu kali masak sahaja.

Tehe tehe yang dihasilkan selalunya selain dimakan bersama keluarga, ia juga dihidang untuk tetamu yang datang. Terdapat juga pengusaha yang menjual tehe tehe di warung atau gerai di daerah Semporna Sabah.


Siapa yang datang Semporna wajib cuba tehe tehe…………

No comments:

Post a Comment